Tuesday, October 9, 2012

Iblis hanya mampu membisik dan menggoda sahaja

 Antara 1-10 perkara  yang Iblis minta pada Allah

10. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.
Allah menjawab, “silakan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”

Iblis berkata : “Wahai muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda. Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa walau seorang pun…!!!


Jadi hati-hatilah apabila ada lintasan hati yang cenderung pada kemaksiatan, sekiranya terang-terangan ia membawa kepada kemaksiatan "pancung" terus lintasan yang datang..tetapi sekiranya kita tidak pasti dengan keputasan lintasan itu ucapkan lah Auzubillah....rojim.

nota: ada perkara yang awalnya nampak betul tapi di hujungnya membawa kepada kefasikan.

Wednesday, October 3, 2012

Ibu-ibu / Bapa-bapa Tolonglah jangan hina / herdik anak-anak

marah anak itu perlu tapi lihat situasi dan keadaan


Sekali lagi saya mohon pada ibu-ibu / bapa-bapa..tolonglah jangan herdik anak2..kesian pada mereka. Apa bila berlaku situasi ini anak-anak akan tersepit dalam masalah ini. Nak di lawan DERHAKA..nak di terima segala cemuhan terasa sedih / kecewa / mcm2 lagi perasaan akan timbul. Manakan tidak di cemuh oleh ibu sendiri bukan orang lain...anak2 lain mendapat pujian dan galakan dari ibubapa mereka..tapi anak2 ini menanggung derita.

Terima la kekurangan anak...terimalah ketentuan Tuhan. Jangan di sumpah seranah anak..itu amanah Allah...kalau kamu tidak menjaga anak bermakna kamu tidak menjaga amanah Allah. Anak-anak yang belum cukup umur sekiranya ia berbuat baik ibubapa mendapat pahala.

Kalau anak ini sudah dewasa bagi anak2 ini peluang untuk fikir dan membuat keputusan. Kita sebagai ibubapa, hanya menunggu apa keputusan anak ini, baru kita buat keputusan..bukan meletakkan kesalahan yang belum tentu itu adalah kesalahan atau kesilapan.

BAGI MEREKA PELUANG UNTUK BERFIKIR UNTUK MEMAHAMI HIDUP INI..jangan di sebabkan kita ibubapa ada masalah anak juga yang tertanggung.


Monday, July 2, 2012

Doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya

Doa Pendinding & Penggerak sangat wajar diamalkan di zaman ini.

 Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;





Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;


Ayat Penggerak


 Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
  1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
  2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
  3. Berbahaya
  4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
  1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
  2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
  3. Selamat dari bahaya.
  4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
1. Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
  • Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
  • Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

2. Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

3. Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

3. Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya’Allah.

Darussyifa’

Tuesday, June 26, 2012

Perlu ada keserasian dengan anak

Assalamualaikum wbth

Alhamdulillah semoga yang membaca berada dalam Rahmat Allah hendaknya.
Ada yang tanya bagus ke Kaedah al-Baghdadi (salah satu cara mengajar mengaji), ye pernah juga mendengarnya..tapi tidak pulak tahu bagai mana kedahnya, tidak mengapalah apa pun caranya yang nak di tekankan di sini ialah adakah kita ibubapa ada keserasian mengajar dengan anak ? Itu persoalannya. Bagi saya walau apa pun kaedah yang di gunakan secanggih mana pon teknik pembelajaran sekiranya tiada keserasian antara ibubapa dan anak tak kemana juga..bahkan akan bertambah rungsing ada.


Seorang yang bekerja sebagai guru tidak mampu mengajar anak di rumah sebab tiada keserasian. maksud keserasian yang saya maksudkan di sini ialah, penerangan dan pemahaman dan juga keserasian komunikasi antara ibubapa dan anak. Alasan yang di berikan ialah:
  1. anak mengada-ada bila ibubapa mengajar
  2. anak tidak fokus bila ibubapa mengajar
  3. anak tidak rasa takut / hormat bila ibubapa mengajar dll

Kalau ini berlaku memang patut anak itu di hantar ke orang lain. Kalau masih ada keinginan untuk mengajar pastikan kita betul2 paham karenah anak dan yang paling penting ialah SABARRR !
Kalau ibubapa yang mengajar berkatnya lain...besar keberkatan untuk si anak, selagi mana anak itu menggunakan / memanfaatkan ilmu itu.

Jadi apa pon kaedah atau teknik yang penting keserasian antara ibubapa dan anak.





ANAK TIDAK MAHU KE SEKOLAH

ANAK TIDAK MAHU KE SEKOLAH

Assalamualaikum wbth

Sekadar perkongsian, sekiranya anak-anak kita yang dulunya rajin ke sekolah, suka pergi sekolah tetapi sejak akhir2 ni perubahan telah berlaku..dari rajin terus pada malas, atau menangis untuk ke sekolah, memberontak untuk pergi ke sekolah cuba selidik apakah puncanya


1. Buat lah pemeriksaan secara ringkas tentang tahap kesihatan, kalau-kalau ada mengalami masalah kemurungan atau sakit fizikal yang lebih tepat jumpa doktor.

2. Buat sedikit kaji selidik tentang masalah yang di hadapi di sekolah, mungkin ada kawan2 yang suka membuli dia.

3. Semak balik janji2 kita pada anak, kalau-kalau kita pernah janji padanya sewaktu di awal persekolah. Mungkin di sebabkan janji yang tidak tertunai mengakibatkan anak kita malas atau tak nak pergi kesekolah. (biasa janji hadiah pada awal peperikasaan)


4. Sekiranya semua di atas tiada masalah, pergi pula pada rohani. Mungkin semangat anak ini lemah untuk kesekolah..jadi sebagai ikhtiar mesti kembalikan semangatnya..lakukan solat jemaah, dan doa bersama2 anak. dan pastikan doa itu di dengari oleh anak-anak, sambil di Aminkan sekali.

5. Sekiranya masih tidak mendapat apa2 yang memuaskan banyak2kan bersabar.

6. Mendapatkan khidmat nasihat dari ahli perubatan islam, kalau dulu ornag tua2 dulu rajin dapatkan air bacaan yassin atau air penerang hati untuk anak..sekiranya perlu sila dapatkan

7.Sekiranya tidak juga ada perubahan bahkan lebih teruk sila  buat sesi pemeriksaan dengan ahli perubatan islam (scanning) untuk memastikan diri anak kita itu di ganggu atau tidak. Kebiasaan anak yang di ganggu ini terdapat makhluk yang menggangunya. Apabila si anak ini hendak ke sekolah jin ini akan menghalang atas sebab jin  yang menganggu ini takut untuk ikut anak kita ke sekolah kerana adanya jin pembuli di sekolah..(jin pun ada yang suka membuli  jin lain tau....). Jadi sebab itu lah jin yang menganggu ni akan cuba menghasut anak kita ini dengan bermacam2 helah untuk tidak ke sekolah. Walhal yang kita nampak adalah kelakuan si anak padahal ianya adalah kehendak jin yang menganggu. Anak yang di ganggu ini akan lebih suka bersendiri dan banyak main. , mudah berkhayal seolah ada alam nya sendiri.

Jadi perhatikan tingkah laku dan cari punca, insyaAllah mudah-mudahan manfaat.

nota: perkara di atas boleh juga di semak sekiranya anak kita malas belajar.

Thursday, May 17, 2012

Bila DIA berkehendakan

Bila Allah berkehandakan kamu berubah dari satu sifat ke satu sifat..maka turutilah, kerana mudah bagi Allah untuk mengubah nasib dan sifat seseorang. Hari ini kita mencaci, mencerca, mengherdik..tapi bila Allah singkapkan hijapnya seseorang itu untuk melihat rahsiaNya pasti manusia itu akan berubah hidup. dari jahat pada baik, dari malas kepada rajin, dari tak mengenal dosa kini bersedih dengan dosa yang di lakukan. Apa kata kita bila orang itu kita pernah mengumpat, menghina, mengata bagai...berani kita nak pergi minta maaf, mengaku kesalahan kita...??

Mudahan2an kepada mereka yang di beri taufik dan hidayah kekal lah hendaknya dalam Rahmat Allah.
Ameen

Jangan eksen dengan amalan yang banyak

Kalau kamu rasa amalan kamu yang buatkan kamu masuk syurga Allah..kamu jangan berangan..tapi YES kita di tuntut supaya banyakkan amalan...supaya apa, dengan amalan itu lah nanti kita membayar segala hutang2 kita di dunia..jadi di mana amalan kamu yang banyak itu? semuanya telah di bayar ganti rugi. ganti rugi pada siapa? kepada orang2 yang telah kita zalimi, orang yang pernah kita mengumpat, orang yang pernah kita ketuk kepala, orang yg pernah kita bohong..itu pada manusia..haiwan, tumbuhan ... ???? Ikhlaskan amal itu supaya ALlah sendiri yang gantikan di akhirat kelak. Kita tak nak jadi manusia yang di hitungkan oleh ALlah dengan amalan kita, pasti banyak cacat celanya amalan kita..ada yang sempurna kita rasakan amalan kita tapi cacat di sisi Tuhan..jadi mana yang sempurna amalan kita.. kita nak jadi manusia yang di masukkan syurga tanpa di hisap / di hitung. Jadi lah golongan yang IKHLAS dalam amal ibadat.

Orang yang ikhlas tidak menuntut apa2 habuan dari Allah...amalnya semata2 kerana Allah..bukan untuk apa2. Tidak menuntut pahala..kerana pahala itu janji Allah, Janji Allah bukan seperti janji manusia..JANJI ALLAH pasti. APa perlunya berkira-kira dalam mencari pahala..biarkan saja, kerana setiap perbuatan baik itu di janjikan pahala..apa nak di tuntut2 lagi. IKHLAS kan saja.

Allah dah janji rezeki kamu
Allah dah tetapkan mati dan hidup kamu
Allah dah tetapkan jodoh kamu...apa perlu di tuntut lagi.

nanti sambung .. ada lagi..

Jaga hari siangmu

Malas, mengantuk, letih dalam beribadah adalah di sebabkan apa yang kamu kerja di siang hari. Jagalah waktu siang seperti mana kamu melabuhkan badan kamu di malam hari.

Malas beribadah adalah tanda hati sudah di gelapkan. Di gelapkan kerana waktu siang hari. Hati-hati di waktu siang, jagalah mata, telinga, tangan, kaki, mulut, perut dan kemaluan..itu semua pintu kepada kemalasan dalam beribadat.

Banyak makan di siang hari buatkan kita malas untuk beribadat. Kurangkan makan benda yang berdarah (daging, ikan dll). Banyakkan makan sayur2an akan membuatkan badan jadi ringan untuk beribadat.

Jaga mata, jangan melihat perkara yang mendatangkan dosa..akibatnya mata hati akan tertutup, tidak dapat melihat rahsia alam dan rahsia hidup.

Kita perlu tahu rahsia hidup supaya hidup kita tidak menjadi tanda tanya..tanda tanya yang macam mana ? Tanda tanya yang membuatkan kita putus asa dari melakukan sesuatu perkara. Bagi yang celik dan terang mata hati..dia melihat sesuatu itu langsung semuanya dari Tuhan Sekalian Alam. APa bila menerima gaji bulanan dia melihat bahawa Allah lah yang memberi, Bila di rasakan kenyang maka terlihat Allah lah yan gmembuatkan dia kenyang tapi bukan makanan yang sedap2 sehingga menjilat dinding.

Jadi jagalah waktu siang kamu sebelum malam menjelma tanpa kamu melakukan apa-apa yang boleh menjadi bekalan di sana nanti.

YASSIN kan air minuman

Assalamualaikum..

Untuk bagi anak yang kuat ingatan dan juga lapang hatinya untuk menerima pelajaran kerapkan bagi anak minum air Yassin.

Kaedah bacaan Surah Yassin ini terlalu banyak..tapi di sini nak kongsikan satu cara yang mudah untuk amalkan bacaan surah Yassin untuk anak-anak.

Baca Yassin macam biasa tapi sampai di setiap ayat yang ada "..mubin.." berhenti sejenak dan berdoa.
syaratnya DOA hendaklah sama. Se eloknya di tulis doa tu di kertas supaya tidak lupa.

Dalam Yassin ada 7 perkataan MUBIN jadi hendaklah 7 kali berdoa.
Ulang setiap doa tu minimum 3 kali.

Semoga manfaat.
“Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi yang jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.”


Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi



 Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.

Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah Pesanan dan Arahan.

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab

Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah Merujuk Pengalaman Lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah Nasihat dan Teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.

Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah Bermain dan Bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah Latihan yang Berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a) Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b) Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Sumber majalah Wanita November 2005 oleh Noraishah Ismail

Thursday, April 26, 2012

Biarkan anak bertanya

Assalamualaikum

Pernah alami dengan pertanyaan yang bertubi-tubi dari anak kita sendiri ? Apa rasa?
Memula ok le kan..lama2 ada yang rasa macam jemu nak menjawab...tapi pada pemerhatian aku la kan, anak yang banyak bertanya ni merupakan perkembangan yang sihat buat fikiran dia. tak kiralah apa soalan yang di ajukan...sebab itu adalah proses perkembangan dia.

Sesetengah dari kita bila anak banyak bertanya...jawapan herdik pulak yang kita bagi. bukan saja membantutkan pemikiran tapi membuatkan putusnya kasih sayang anak pada ibubapa. Kita yang pisah kan mereka dari kita.

Untuk makluman, kebanyaknya ...soalan dari anak-anak ini datangnya dari hati yang bersih, hati yang bersih mudah menangkap ilham yang datang dari yang HAQ. sebab tu kadang2 soalan yang di tanya kita sendiri tak mampu nak bagi jawapan yang terbaik. Kalau kita orang yang pandai..secara tidak langsung kita akan dapat belajar dengan soalan2 yang di ajukan dari anak-anak kita.

Jadi tok sah jemu dengan soalan anak2. Rasulullah sendiri sering bersoal jawab dengan sahabat-sahabat.