Wednesday, December 31, 2014

Ikhtiar, Syukur, Berserah

Ikhtiar itu adalah jalan untuk kita bersyukur atas kemurahan Allah Taala. Bukan dengan berserah membabi buta. Berserah membabi buta itu membawa kita kepada menafikan kemurahan Allah Taala. Syukur dengan kurniaan kebebasan memilih itu adalah untuk menambahkan lagi kesyukuran kita kepada kurniaan dan kemurahan Allah Taala. Makanya setiap detik perbuatan kita itu dapat membawa kita kepada Akhlak Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Thursday, December 11, 2014

Hikmah: Telah aku derhaka kepada suami

Hikmah: Telah aku derhaka kepada suami

Ketika aku sedang menanti teman menjemputku di masjid, aku melihat seorang wanita berjilbab seperti menunggu seseorang juga. Lalu aku menegurnya untuk berbual bual. Selepas bertanya khabar dan berbual seketika, tiba2 wanita itu bertanya kepadaku: “Cik sudah berkahwin?” Jawabku: “Belum.” Dan aku bertanya pula kepadanya: “Tunggu siapa?” Jawabnya: “Menunggu suami.”
Aku melihat wanita ini membawa beg laptop dan satu beg yang besar. Seperti wanita berkarier. Lalu aku beranikan diri untuk bertanya: “Kakak kerja di mana?” “Alhamdulillah sejak dua jam tadi, secara rasminya saya tidak bekerja lagi”, jawabnya dan terpancar sinar kegembiraan di wajahnya. Lalu aku bertanya: “Kenapa?”. Jawabnya tegas: “Ini adalah langkah awal supaya wanita yang berkarier lebih taat kepada suaminya.” Aku kehairanan dengan jawapannya apatah lagi melihat dia tersenyum.
“Saudari boleh saya ceritakan kenapa. Semoga ia boleh dijadikan pelajaran yang baik untuk saya”, kataku lagi. Wanita itu mula bercerita: “Saya bekerja di pejabat yang mana gaji saya sepuluh kali ganda lebih besar dari suami. Suami saya di waktu pagi berniaga roti bakar dan di waktu petang berniaga ais cendol. Kami baru bernikah tiga bulan lalu dan kelmarin buat pertama kalinya saya menangis kerana merasa derhaka kepada suami. Saudari tahu kenapa?”, dia bertanya.
“Waktu itu jam tujuh malam suami saya akan menjemput saya seperti biasa di pejabat. Kebiasaannya jam empat petang saya sudah pulang tapi pada hari itu kerja saya sangat banyak. Sampai di rumah saya kepenatan. Kerana kepenatan kepala saya begitu pening. Kebetulan suami saya beritahu badannya seperti berangin dan sakit kepala juga. Dia meminta saya mengambilkannya air segelas. Saya kata saya sangat keletihan dan memintanya mengambil sendiri.”
“Jam 11.30 malam baru saya tersedar dan cepat-cepat menunaikan solat Isyak. Selepas solat saya melihat suami sudah lena tidur. Saya ke dapur dan melihat pinggan mangkuk sudah dicuci. Pakaian kami sudah dibasuh. Siapa lagi yang buat jika bukan suami saya. Astagfirullah, saya baru teringat, bukankah suami saya juga beritahu dia juga sakit kepala. Rasa hiba mula saya rasakan. Lalu saya ke bilik untuk menerangkan kepadanya keadaan saya tadi. Saya tengok dia lena dan saya pegang wajahnya. MasyaAllah panas sungguh badannya. Dia demam panas.Saya teringat kata-kata terakhirnya sebelum saya tertidur tadi. Dia hanya menyuruh saya mengambilkannya air saja tapi saya membantahnya. Air mata saya ini menitis mengenangkan saya melupakan hak-hak suami saya,” ujarnya.
Subhanallah, aku melihat kakak ini bercerita dengan semangatnya, membuat hati ini sayu. Dan dapat ku lihat titisan air mata yang diusapnya.
Sambungnya lagi: “Dengan gaji yang saya miliki, saya merasa tak perlu meminta nafkah pada suami kerana gaji saya jauh lebih besar dari suami apatah lagi yang diberikan kepada saya nilainya begitu sedikit. Tapi suami selalu memberikan hasil jualannya dengan ikhlas dari lubuk hatinya. Setiap kali memberikan hasil jualannya, dia selalu berkata: ‘Umi, ini ada sedikit rezeki dari Allah. Ambil ya. Buat keperluan kita. Walaupun tidak banyak jumlahnya, mudah-mudahan Umi redha’, begitulah kata suami saya. Saat itu saya baru merasakan betapa harta ini membuat saya sombong dan derhaka pada nafkah yang diberikan suami saya, dan saya yakin hampir tidak ada wanita berkarier yang selamat dari fitnah ini.”
Wanita itu berkata: “Alhamdulillah saya sekarang saya sudah berhenti kerja, mudah-mudahan saya lebih tahu menghargai nafkah yang diberikan suami. Memang sifat wanita sering susah hati jika tanpa harta, dan kerana harta juga wanita sering lupa pengorbanan seorang suami. Saya berkunjung ke rumah orang tua saya dan menceritakan niat saya ini. Saya sedih mereka dan saudara-mara tidak bersetuju niat saya untuk berhenti kerja. Mereka membanding-bandingkan pekerjaan suami saya dengan suami-suami yang lain.”
“Saudari tahu, saya hanya mampu menangis saat itu. Saya menangis bukan kerana apa yang dikatakan keluarga saya itu benar, demi Allah bukan kerana itu. Tapi saya menangis kerana imam saya (suami) sudah dipandang rendah oleh mereka. Bagaimana mungkin mereka meremehkan setiap titis keringat suami saya, padahal dengan titisan keringat itu, Allah memandangnya mulia! Bagaimana mungkin mereka menghina orang yang sentiasa membangunkan saya untuk sujud di malam hari? Bagaimana mungkin mereka menghina orang yang dengan kata-kata lembutnya selalu menenangkan hati saya? Di saat kebanyakan orang lebih memilih jadi penganggur tetapi suami saya, tak ada rasa malu baginya untuk menafkahi isteri dengan nafkah yang halal. Itulah yang membuat saya begitu bangga pada suami saya”, sambungnya lagi.
“Suatu hari nanti jika saudari mendapat suami seperti suami saya, saudari tidak perlu malu untuk menceritakannya pekerjaan suami pada orang lain. Bukan masalah pekerjaannya tapi masalah halalnya, berkatnya dan kita memohon pada Allah semoga Allah menjauhkan suami kita dari rezeki yang haram,” kata-kata terakhirnya sambil tersenyum manis padaku.
Ku lihat dari kejauhan seorang lelai dengan menggunakan motor buruk menghampiri ke arah kami, wajahnya ditutupi kaca helmet. Sambil mengucapkan salam, wanita itu meninggalkanku. Wajah wanita itu tenang sekali, wajah seorang isteri yang begitu redha.
Ya Allah… Sekarang giliran aku yang menangis. Hari ini aku dapat pelajaran paling berkesan dalam hidupku. Pelajaran yang membuatku menghapuskan persepsi untuk mencari orang-orang kaya sebagai calon suamiku yang selalu bermain dibenak pemikiranku selama ini. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Laa ilaaha illallah.. Allahuakbar..
P/S: Semoga pekerjaan, harta dan kekayaan tak pernah menghalangimu untuk tidak menerima pinangan dari lelaki yang baik agamanya.

KIsah 3 Pemuda Terperangkap Dalam Gua

KIsah 3 Pemuda Terperangkap Dalam Gua



Daripada Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Khattab r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersadba: 

Dahulu ada tiga orang berjalan-jalan kemudian mereka pergi ke sebuah gua untuk berteduh, maka mereka pun masuk ke dalamnya. Kemudian dengan tiba-tiba ada batu dari atas bukit yang bergolek dan menutup pintu gua itu sehingga mereka bertiga tidak dapat keluar dari gua. Salah seorang daripada merek berkata : 'Sesungguhnya tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu daripada bencana ini kecuali apabila kamu berdoa kepada Allah s.w.t dengan menyebutkan amalan-amalan soleh yang pernah kamu lakukan'


Pemuda 1 : Kasihkan Ibubapa

Salah seorang daripada mereka kemudian berdoa : 'Ya Allah, saya mempunyai ibu dan ayah yang sangat tua. Saya biasa memberi minuman susu buat mereka dahulu sebelum saya berikan kepada keluarga dan anak-anak saya. Pada suatu hari, saya terlambat balik daripada mencari kayu api dan saya dapati kedua-dua ibubapa saya telah pun tidur. Saya terus memerah susu untuk ibubapa saya minum. Oleh kerana mereka telah tidur, saya tidak mahu mengejutkan mereka supaya bangun kemudian saya berjanji dalam diri tidak akan memberi minum susu itu kepada keluarga mahupun anak-anak saya sehingga ibubapa saya bangun dari tidur.'

'Saya menunggu dengan sabar namun mereka tidak juga terjaga dan bangun. Ketika sedang menunggu mereka, anakku menangis dan datang kepadaku kerana inginkan susu namun aku tetap berpegang kepada janjiku iaitu tidak akan memberi minum kepada sesiapa jua sehingga ibubapaku minum. Setelah mereka berdua bangun, maka ku berikan keduanya minum susu tersebut. Ya Allah, jika saya berbuat begitu kerana mengharapkan wajahMu maka gerakkanlah batu yang menutupi gua ini.' Maka dengan tiba-tiba bergeraklah sedikit batu tersebut namun masih belum cukup untuk membolehkan mereka keluar dari gua.


Pemuda 2 : Ku Tolak Zina

Orang yang kedua kemudian berdoa pula dengan merayu dan bermunajat kepada Allah sebagaimana orang pertama tadi. 'Wahai Allah, sesungguhnya saya mempunyai sepupu perempuan yang sungguh cantik dan aku mencintainya. Aku seringkali mengajaknya berzina denganku tetapi dia sering menolaknya. Suatu hari dia ditimpa kesusahan dan meminta bantuan kepadaku. Lalu aku berikan kepadanya 120 dinar dengan syarat dia berzina denganku. Oleh kerana terdesak maka dia pun bersetuju. Ketika kami hampir melakukan perbuatan yang terkutuk itu dan aku berada di antara kedua-dua belah kakinya, dia lalu berkata: Takutlah kepada Allah dan janganlah engkau melakukannya melainkan dengan cara yang benar dan halal. 

Aku kemudian tersentak kerana terdengar kalimah Allah darinya. Nafsuku menurun dan aku lantas meninggalkannya dengan wang tersebut padahal dia seorang yang amat aku cintai. Wahai Allah, jika saya meninggalkan zina kerana takut kepadaMu dan mengharap redhaMu maka gerakkanlah batu yang menutupi gua ini. ' Tiba-tiba batu itu bergerak sedikit namun masih belum membolehkan mereka bertiga keluar dari gua itu.


Pemuda 3 : Gajimu Seluruh Harta Ini

Orang yang ketiga pula berdoa: 'Ya Allah, saya telah menggaji beberapa orang pekerja dan  semuanya saya bayar gaji mereka dengan sempurna kecuali ada seorang pekerja yang menghilangkan dirinya, meninggalkan saya dan tidak mengambil gajinya terlebih dahulu. Kemudian gajinya itu saya laburkan dalam penternakan sehingga lama-kelamaan ternakan itu menjadi banyak dan beranak-pinak. Beberapa tahun kemudian bekas pekerja saya itu datang dan menuntut gajinya suatu masa dahulu. Saya pun memberikan segala hasil penternakan berupa lembu, kambing unta dan juga pengembala itu sebagai gajinya tanpa mengurangkan sedikit pun kerana penternakan itu adalah dari gaji asalnya. Ya Allah, sesungguhnya aku lakukan itu kerana mengharapkan redhaMu, maka gerakkanlah batu itu.' Maka batu itu pun bergerak sepenuhnya dan mereka dapat keluar dari gua tersebut. 

(Riwayat al-Bukhari no.2272, Muslim no.2743 dan Ahmad 2/116)

Monday, November 24, 2014

Kurangkan Penggunaan Gadjet semasa bersama keluarga

Assalamualaikum

Dah banyak yang aku perati, di kedai makan, di rumah, di majlis di mana2 saja..pasti ada yang tak lepas dari bermain dengan gadjet. tapi pernahkah kita memikirkan perasaan orang yang hampir dengan kita? suami kita, isteri kita, anak2 kita..bahkan yang lebih sedihnya ibubapa kita. di mana mereka semasa kita bermain gadjet !!!!! Kita sisih mereka tanpa kita sedar. Kita jauhkan mereka tanpa kita sedar...maka dengan ini sesuailah



Beruntunglah bagi mereka yang dapat manfaatkan nikmat Allah SWT.

Kasihnya Ibu



Berhati-hatilah dalam menegur ibu, jangan sampai mengguris hati ibu. belajarlah cara menegur dengan berhikmah sekiranya ada perkara yang menyalahi syarak. Semoga pembaca menjadi anak yang soleh dan solehah.


Friday, July 4, 2014

LillahiTaala - Kerana Allah Taala

Alhamdulillah dah masuk minggu pertama dalam melakukan ibadah puasa 2014..alhamdulillah.

LillahiTaala - Kerana Allah Taala adalah perkataan atau lafaz yang biasa kita ucap di akhir lafaz niat. tapi apa maknanya ?

Berbuatlah tanpa ada rasa ralat dan meminta2

Wednesday, June 18, 2014

Doa Melembutkan hati manusia

Assalamualaikum

ALQuran merupakan Kalamullah, yang mengandungi pelbagai mukjizat, rahsia dan petunjuk dan di dalamnya ada penawar dan penyembuh.

Bagi merawat hati, AlQuran lah penawar yang paling ampuh, di awalnya surah Alfatihah juga di namakan Ayat Penyembuh. Jadi pada mereka yang mempunyai masalah galilah AlQuran.

Bagi mereka yang sering berdepan dengan manusia yang keras hatinya antara amalan untuk melembutkan hati ialah Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar al-Khattab r.a, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha).

Lainnya bagaimana Allah melembutkan besi untuk Nabi Allah Daud a.s. Maka amalkanlah doa-doa ini.

Amalkanlah selepas solat,

1- Alfatihah
2- Surah al-Hasyr ayat 21
3- Baca Surah Taha ayat 1-5.

dan berdoalah dengan doa nabi Daud 
“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”
note : pada hatinya tu niatkan orang yang di maksudkan.

Wednesday, February 12, 2014

Mengapa Perlu Marah-Marah

Bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.

    1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

    2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

    3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

- nota Tuan Ibrahim Tuan Man.
Semoga bermanfaat!

Tuesday, February 11, 2014

Tidak Mampu menggembirakan hati ibubapa.

Assalamualaikum

Ada beberapa komen dalam blog ini yang menyatakan perasaan sedih apabila di maki, dicerca, di hina oleh ibubapa sendiri atas sebab-sebab tertentu. Puas juga aku melihat dari pelbagai sudut untuk mencari apakah puncanya. Adakah ia sememangnya tabiat ibubapa yang suka menghina atau mencerca itu sudah menjadi kebiasaan, atau ada di sebabkan perkara lain ?

Jawapan ini hanya kamu sahaja yang tahu. Tetapi dalam agama islam mentaati ibubapa itu ada di tuntut sehingga redha Allah itu terletak pada redha ibubapa.

Cuba kita pusingkan masa sekejap..aapakah yang membuatkan ibubapa kita itu mempunyai  masalah dengan kita? Muhasabah semula. di hujungnya nanti akan kita nampak di mana kesilapan. Bagi yang sudah berumah tangga adakah perkahwinan kita itu tidak mendapat restu dari ibubapa? Atau bila kita susah baru kita mengadap ibubapa? Di mana kita sewaktu ibubapa kita susah? atau ibubapa kita itu bukan ibu kandung kita ? Ya mungkin barang kali. Tapi adaka itu semua tiket untuk kita di maki ? Kalau itulah masalahnya ibubapa juga harus bermuhasabah.

Klau nak  bercerita tentang ketidak puas hati ni..mmg tiada hujung pangkal dan tiada penyudahnya, kerana kita di lahir bersama hawa  nafsu yang sentiasa memandang  buruk pada orang lain.Hanya orang yang mahu berfikir dan mengambil manfaat dari setiap kesilapan sahaja yang akan perolehi nikmat dan hikmah. Jadi untuk menjadi ibubapa yang baik adalah mendoakan anak-anak supaya berjaya di dunia dan di akhirat. anak pula wajib menggembirakan ibubapa..kalau tak dapat nak menggembirakan jangan menyakiti hati2 mereka.

Wallahuaklam.

** Bukan di blog bukan di mulut orang untuk kita selesaikan masalah kita tapi kita sendiri yang harus selesaikan masalah kita.


Berguru itu Wajib

Berguru biar pada orang yang ariff dan tahu akan sesuatu ilmu. bukan berguru dengan Pen.
Dalam mengaji ada cara untuk menyebut huruf2. Dan apabila berguru secara depan kita akan di ajar cara2 menyebut huruf. Di mana keluarnya huruf dan bagaimana memasukkan, membunyikan dan mewaqafkan. Nak memurnikan alquran kita yang perlu membacanya, Ya mendengar juga mendapat pahala. Tapi adalah lebih baik kita yang membacanya. Kalau sekadar meniru gaya bacaan (melagukan) ayat2 quran tiada masalah.

Thursday, January 16, 2014

Sekiranya Dosa Itu Berbau..

Salam

Di katakan anak-anak adam (manusia ) ini tidak ada sesaat pon yang tidak melakukan dosa melainkan para-para nabi dan rasul yang di jauhkan mereka dari melakukan dosa (maksum). Bayangkan sekiranya dosa itu berbau seperti mana baunya bangkai2. Nauzubillah..

Dosa yang paling ketara pada kita semua ini ialah LALAI INGAT ALLAH dalam setiap detik dan masa. Masakan tidak, detik jantung dalam badan kita ini tidak pernah berhenti dan tidak pernah merungut menjalankan perintah Tuhan. Tapi bagi kita sedikit pun tidak pernah nak melihat itu adalah Rahmat dari Allah Taala. Nafas turun naik tidak pernah ingkar dan tidak pernah merungut menjalankan peintah Tuhan.

Jadikanlah detik nadi itu tasbih kita, untuk ingat Allah di mana2 sahaja kita berada.

Mesti Kreatif Mengajar Anak - Iqra'

Assalamualaikum

Sekarang ni memang banyak kaedah untuk mengajar anak dalam membaca dan mengenal huruf jawi / alquran, tapi  bagi saya ia bukannya bergantung pada kaedah semata, yang terlebih penting adalah seberapa kreatif orang yang mengajar pada anak2 kita dan juga kesabaran itu amatlah penting.

Anak-anak ini kalau korang perasan, mereka ini tidak pandai menghafal tapi lebih kepada pemahaman..bila dah faham secara automatik baru mereka akan TERhafal. Sebab tu kaedah gambar  banyak membantu. Jadi cuba gunakan kaedah gambaran dalam operasi mengenal huruf

sampai sini dulu semoga manfaat.

InsyaAllah