Thursday, May 17, 2012

Bila DIA berkehendakan

Bila Allah berkehandakan kamu berubah dari satu sifat ke satu sifat..maka turutilah, kerana mudah bagi Allah untuk mengubah nasib dan sifat seseorang. Hari ini kita mencaci, mencerca, mengherdik..tapi bila Allah singkapkan hijapnya seseorang itu untuk melihat rahsiaNya pasti manusia itu akan berubah hidup. dari jahat pada baik, dari malas kepada rajin, dari tak mengenal dosa kini bersedih dengan dosa yang di lakukan. Apa kata kita bila orang itu kita pernah mengumpat, menghina, mengata bagai...berani kita nak pergi minta maaf, mengaku kesalahan kita...??

Mudahan2an kepada mereka yang di beri taufik dan hidayah kekal lah hendaknya dalam Rahmat Allah.
Ameen

Jangan eksen dengan amalan yang banyak

Kalau kamu rasa amalan kamu yang buatkan kamu masuk syurga Allah..kamu jangan berangan..tapi YES kita di tuntut supaya banyakkan amalan...supaya apa, dengan amalan itu lah nanti kita membayar segala hutang2 kita di dunia..jadi di mana amalan kamu yang banyak itu? semuanya telah di bayar ganti rugi. ganti rugi pada siapa? kepada orang2 yang telah kita zalimi, orang yang pernah kita mengumpat, orang yang pernah kita ketuk kepala, orang yg pernah kita bohong..itu pada manusia..haiwan, tumbuhan ... ???? Ikhlaskan amal itu supaya ALlah sendiri yang gantikan di akhirat kelak. Kita tak nak jadi manusia yang di hitungkan oleh ALlah dengan amalan kita, pasti banyak cacat celanya amalan kita..ada yang sempurna kita rasakan amalan kita tapi cacat di sisi Tuhan..jadi mana yang sempurna amalan kita.. kita nak jadi manusia yang di masukkan syurga tanpa di hisap / di hitung. Jadi lah golongan yang IKHLAS dalam amal ibadat.

Orang yang ikhlas tidak menuntut apa2 habuan dari Allah...amalnya semata2 kerana Allah..bukan untuk apa2. Tidak menuntut pahala..kerana pahala itu janji Allah, Janji Allah bukan seperti janji manusia..JANJI ALLAH pasti. APa perlunya berkira-kira dalam mencari pahala..biarkan saja, kerana setiap perbuatan baik itu di janjikan pahala..apa nak di tuntut2 lagi. IKHLAS kan saja.

Allah dah janji rezeki kamu
Allah dah tetapkan mati dan hidup kamu
Allah dah tetapkan jodoh kamu...apa perlu di tuntut lagi.

nanti sambung .. ada lagi..

Jaga hari siangmu

Malas, mengantuk, letih dalam beribadah adalah di sebabkan apa yang kamu kerja di siang hari. Jagalah waktu siang seperti mana kamu melabuhkan badan kamu di malam hari.

Malas beribadah adalah tanda hati sudah di gelapkan. Di gelapkan kerana waktu siang hari. Hati-hati di waktu siang, jagalah mata, telinga, tangan, kaki, mulut, perut dan kemaluan..itu semua pintu kepada kemalasan dalam beribadat.

Banyak makan di siang hari buatkan kita malas untuk beribadat. Kurangkan makan benda yang berdarah (daging, ikan dll). Banyakkan makan sayur2an akan membuatkan badan jadi ringan untuk beribadat.

Jaga mata, jangan melihat perkara yang mendatangkan dosa..akibatnya mata hati akan tertutup, tidak dapat melihat rahsia alam dan rahsia hidup.

Kita perlu tahu rahsia hidup supaya hidup kita tidak menjadi tanda tanya..tanda tanya yang macam mana ? Tanda tanya yang membuatkan kita putus asa dari melakukan sesuatu perkara. Bagi yang celik dan terang mata hati..dia melihat sesuatu itu langsung semuanya dari Tuhan Sekalian Alam. APa bila menerima gaji bulanan dia melihat bahawa Allah lah yang memberi, Bila di rasakan kenyang maka terlihat Allah lah yan gmembuatkan dia kenyang tapi bukan makanan yang sedap2 sehingga menjilat dinding.

Jadi jagalah waktu siang kamu sebelum malam menjelma tanpa kamu melakukan apa-apa yang boleh menjadi bekalan di sana nanti.

YASSIN kan air minuman

Assalamualaikum..

Untuk bagi anak yang kuat ingatan dan juga lapang hatinya untuk menerima pelajaran kerapkan bagi anak minum air Yassin.

Kaedah bacaan Surah Yassin ini terlalu banyak..tapi di sini nak kongsikan satu cara yang mudah untuk amalkan bacaan surah Yassin untuk anak-anak.

Baca Yassin macam biasa tapi sampai di setiap ayat yang ada "..mubin.." berhenti sejenak dan berdoa.
syaratnya DOA hendaklah sama. Se eloknya di tulis doa tu di kertas supaya tidak lupa.

Dalam Yassin ada 7 perkataan MUBIN jadi hendaklah 7 kali berdoa.
Ulang setiap doa tu minimum 3 kali.

Semoga manfaat.
“Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi yang jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.”


Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi



 Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.

Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah Pesanan dan Arahan.

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab

Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah Merujuk Pengalaman Lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah Nasihat dan Teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.

Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah Bermain dan Bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah Latihan yang Berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a) Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b) Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Sumber majalah Wanita November 2005 oleh Noraishah Ismail