Tuesday, November 30, 2010

Bukan Ustaz bukan ustazah

Kita yang bukan status Ustaz dan ustazah ni boleh ke mengajar iqra kat anak2 kita ni?

Assalamualaikum,
Syukur pada ALlah di beri ruang untuk berceloteh, ok boleh ke kita yang bukan ustaz dan ustazah ini mengajar iqra pada anak2 kita? Secara peribadi aku melihat untuk permulaan mendidik anak apa salahnya, dan di mana salahnya. Pengenalan harus bermula di dalam rumah, jadinya kepada ibu bapa yang bukan status ustaz dan ustazah mulakanlah dengan permulaan yakni pengenalan mengenal AlQuran, supaya ia mendatangkan minat pada anak2.

Cumanya sekiranya mampu untuk menghantar anak2 ini pada mereka yang ada tauliah mengajar iqra teramatlah bagusnya, yang paling penting bukan datang duduk baca dan balik. Mesti di selitkan belajar tajwidnya sekali. Jadi pada peringkat permulaan bermulalah di rumah, sekurang2nya anak2 kita tahu yang kita sebagai ibubapa ini boleh mengaji dan tahu mengaji. Jangan kasi malu sama anak yeeee

Monday, November 29, 2010

"Orang Tua" belajar Iqra

Nak kata susah pun tak jugak, nak kata senang pon tak jugak..mungkin dari segi nak ingat satu2 huruf tu agak senang, cumanya tinggal lagi sebutan yang perlu di kemas kan. Baru2 ni akak ku bercerita cara sebutan makhraj yang betul memang ada caranya. Jadi nampak gayanya ngan aku2 sendiri kena belajor balik. uishhh

Keupayaan Melihat

Baru aku teringat, dalam mengajar iqra ada satu yang perlu di ambil kira, iaitu keupayaan anak2 ini melihat satu huruf ke satu huruf lain selepasnya.

sebagai contoh..mulut membaca Baa..mata dah pergi melihat huruf selepasnya, bagi anak-anak yang mempunyai kemampuan ini, memang mudah akan ingat. Kebiasaan anak-anak yang kurang lancar di sebab perkara ini. Bagi aku ini di sebabkan membaca tanpa melihat huruf selepasnya. Kalau dapat di asah pada peringkat awal insyaAllah mudah sesangat. Sebagai mana yang kita tahu ayat2 quran bersambung2. Pada mula memang agak susah..tapi lama kelmaan akan menjadi mudah. Apa-apahal kuncinya SABARRRR..

Wednesday, November 24, 2010

Kenapa anak2 tak ingat - 2

Alhamdulillah, nampak gaya cara yang aku cuba ni mmg byk membantu. Dan yang aku suka sangat sekarang ni, dalam sejam anak-anak aku mampu untuk bertahan untuk mengaji. Pernah pada awal2 dulu 5 minit aje mangaji...adehhh..

Monday, November 15, 2010

Lepas mengaji

Saje aku nak kongsi kan cara aku lepas aku ajar anak2 aku mengaji, kebiasaannya lepas mengaji aku akan ceritakan kisah2 nabi, sebagai pengajaran dan juga iktibar..kita ada 25 nabi dan dalam tu banyak pengajaran yang boleh di selit dan di tanam pada anak2. Yang syoknya bila bercerita seolah2 kita akan nampak yang anak2 ini tadi cuba membayangkan kisah itu secara nyata.

Bagi semangat pada anak-anak

Salam,

InsyaAllah sekiranya anak-anak ada minat untuk mengaji, bagi semangat pada mereka, bagi kesedaran pada mereka bahawa Ilmu Alquran ini akan membawa kepada akhirat kita yang mengajar insyaAllah akan mendapat saham yang terus menerus selagi mana anak-anak ini akan manfaat walaupon satu huruf. Sebab tu yang terlebih afdhal mengajar mengaji ini adalah ibubapa. Bagi tahu pada anak2 mengaji ni walau satu huruf kita sebut sekali pon akan dapat pahala. Mudah-mudahan dengan sikit demi sedikit ia paham apa yang di kehendaki oleh Islam.

InsyaAllah

Friday, November 12, 2010

Kenapa anak2 tak ingat

Salam,

aku baru2 ni terperasan dan terpikir kenapa ada antara huruf-huruf yang dah di ulang baca berkali tapi masih tak ingat, apa sebab anak2 ini boleh jadi macam ni, padahal kalau ikutkan huruf tu hampir senonim dengan sebutan harian, jadi selepas membuat sikit kajian baru aku jumpa jawapan dalam masalah ini.

Penyelesaiannya.
Kalau dalam Iqra 1 semestinya ada 2 atau 3 huruf di atas (semacam tajuk), jadi cuba lancarkan sebutan dengan cara bacaan yang laju. kiranya sebut 3 huruf tu dengan senafas, jangan satu huruf berhenti, satu huruf berhenti..baca selaju yang boleh.

InsyaAllah dia akan ingat.

Thursday, October 28, 2010

Pertanyaan dari pengunjung

Cikgu Bie: "thanx for info camner nak ajar anak mengaji."


Wsalam Cikgu Bie, blog ni di kongsi atas pengalaman saje. Mana ada manfaat boleh le di kongsi mana rasa tak sesuai itu adalah kelemahan saya dalam hal ini.

Jawapan yang dapat saya kongsi
pertamanya mak ayah mestilah tahu mengaji,
keduanya ada rasa tanggungjawab pada anak untuk menerapkan bahawa Alquran itu mesti di baca

Bila dah start mengajar mulakan dari bawah, guna Iqra (kaedah baca bukan mengeja)

Wednesday, October 13, 2010

Cepat Marah ajar anak

Ni memang akan berlaku pada mereka yang mengajar Iqra / mengaji. Apa pun tahniah le sebab ada hati nak ajar anak2 mengaji. Besar pahalanya. Mana taknye kita ajar asas bacaan sampai dia paham, sehingga satu masa dia berjaya mengkhatamkan AlQuran, pasti ada saham akhirat buat kita. Selagi mana anak-anak kita terus menerus baca alquran selagi tu bertali-tali pahala jatuh pada kita.

Ok balik pada entry kita, perasaan marah meruap-ruap bila ajar pada anak yang jenis cepat lupa. Kadang tu dah berulang-ulang kali sebut/baca tapi masih tak ingat lagik. Kita pulak yang angin.

....kan tadi dah baca, yang ni sama la bunyi dia, tak ingat lagi ke...


aisehh..bila di kenang2kan balik situasi ni, nampak kita yang tak reti mengajar. Sebenarnya dari pemerhatian saya, dia lupa di sebabkan kita bagi dia tekanan. Kita memaksa dia supaya dia ingat. Tak payah paksa-paksa, mana dia tak ingat tu kita noted kan. Takpe usah di paksa-paksa kita tak sakit hati anak tak tertekan. Tertekan ooooo...bayangkan kita yang kena paksa. Inikan pulak anak yang selama ni memang tak pernah nak baca Iqra..mesti satu benda yang baru..jadinya kita kena paham situasi tu.

Katakan dia tak ingat Aa ( Alif atas Aa) kita tunjuk aje dia lupa, tunjuk Ba dia ingat pulak..Ta pon dia ingat..jadinya kalau kena situasi ini jangan bengang2, kita bagi dia klu..Aaaayam (lukis kat tepi alif gambar ayam, asal ada rupa ayam udah le) biar lukisan tu kat situ. Cuba tanya dia ingat ke tak? kalau dia tak ingat jugak jangan salahkan anak tu ye..tapi salah kan lukisan kita tu ye..mungkin tak serupa gambar ayam...hahahahaha..

tak caya buat le.

jadinya situasi tu jadi suasana yang seronok. kit apon tak tension kan..kan..kan

Aa..Allah
Ba...Baju

lain2 tu cuba le fikir2 kan sendiri.

nanti saya sambung kaedah ajar ingat guna mulut. InsyaAllah

Soalan

salam...saya nak bertanya beberapa pertanyaan boleh? 1-bagaimana nak mengajar iqra dengan lebih cepat dan berkesan?


Salam
Sebenarnya kaedah Iqra' ni adalah kaedah cepat dan berkesan tinggal lagi bila kita nak mula mengaji dan mengajar anak2 kita mengaji.

Saya kongsikan dari pengalaman saya ye. Secara ringkasnya :

Pertamanya bergantung pada tahap kecekapan dan tahap ingatan anak2.
Yang ni kena lihat sendiri tahap-tahap anak. Ada yang senang dapat tapi mudah lupa, ada yang susah dapat, tapi bila dah dapat laju je lepas tu, ada yang senang dapat dan senang ingat dan laju. Jadi kena peka dengan tahap2 anak.

Keduanya Bergantung pada cara pembelajaran dan tunjuk ajar.
Kita yang mengajar nak kena kreatif, bukan main baca saja. Sebab ada sesetengah anak2 ni dia hafal tapi tak kenal. Kalau jadi macam ni memang akan problem. Jadinya bila dah baca tu dan agak-agak macam dah dapat, cuba random kan tunjuk pada bacaan boleh mula dari bawah, tengah asalkan tidak menurut turutan.

Ketiganya Suasana persekitaran
Suasana ni kalau boleh jangan dalam keadaan bising. TV tutup. Sebab kita nak dia mengaji tu dia sebut dia dengar.

Keempat mesti ada minat.
Ni kalau ada minat mmg cepat dapat. Tapi tak semua budak.

note: Bila kita ajar mengaji pada anak, secara tak langsung kita dapat menilai tahap ingatan anak2.

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya




Selamat Hari Raya kepada semua Yang beragama Islam
sama ada anda berada di tanah air dan juga di luar negara,
sama-sama lah kita menyambut dengan rasa kesyukuran
dan meraikan dengan penuh kegembiraan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin


eh..eh anak plak ajar bapak


Cuba buat..suh anak tu plak ajar kita..dari segi lainnya kita nak tengok sejauh mana dia ingat dan kenal bacaan iqra ni.

kaedah lainnya boleh juga kita baca dan suruh anak kita tunjuk (di ingatkan kalau boleh jangan baca ikut turutan..buat secara random..)lihat anak kenal ke tak..yang penting suasana tu jangan tertekan kalau anak tak dapat.

Jangan bagi Jemu




Jangan bagi anak-anak cepat jemu dengan menyuruh baca dan ingat benda yang sama. Teruskan ke muka surat lain kalau dah dapat..bagi saya tak perlu nak ingat sampai anak2 tu tension, sebab di halaman akan datang akan ada pengulangan..sebab tu saya suka Iqra.