Tuesday, April 26, 2011

Ulangan : Jangan Paksa Anak

Hari tu aku sembang2 dengan kawan2, sekali terbukak citer pasal anak2..ada yang merungut anak tak pandai baca lagi..ada yang merungut anak pelat lagi...jadi macam2 jawapan dan solution yang di bincangkan..jadi kat sini aku cuma nak bagi tau..(ulangan saja) kalau boleh jangan paksa anak mengaji atau belajar..jangan desak sampai kita rasa tertekan...silap2 anak2 tu yang bertambah tekanan. Ajar secara santai saja..kita pon releks, kalau nak di ikutkan benda2 macam ni tak payah pegi kaunseling atau motivasi..sebab anak tak nak mengaji atau belajar bukan satu jenayah..tapi di sebabkan kurang minat dan pendedahan saja. Kalau korang bawak pegi motivasi atau kaunseling kalau anak2 yang jenis boleh berpikir akan terpikir bahawa diri dia mempunyai masalah yang besar..seolah-olah ianya mendatangkan beban atau masalah pada ibubapa..kesian kat anak tu nanti..tertekan jadinya. Yakin lah doa ibubapa pasti boleh memecahkan hati anak2 yang keras.

Anak pertama dan kedua berat sikit nak datangkan minat sebab yang bawah akan monitor yang si kakak atau abang..kalau abang atau kakak minat baca insyaAllah yang lain ikut. (tapi perangai ni bukan boleh di sangkan)

Friday, April 22, 2011

Mengenal Bisikan Nafsu dan Bisikan syaithan

Bisikan Nafsu
Apabila timbul desakan sesuatu perkara yang apabila kita tidak dapat mengendahkan sehingga terlaksananya perkara tersebut.
Maksudnya : bila ada desakan keiginan dalam hati kita untuk berbuat sesuatu, kita cuba tak nak ikut, tetapi tidak berjaya, Desakan nafsu itu akan hilang bila kita kena buat atau laksanakan keinginan tu. Baru ia hilang. Jadi  untuk elak dari melakukan keinginan itu ini yang di namakan Mujahadah (melawan nafsu / mengekang nafsu) susah perkara ni.

Bisikan Syaithan
Apabila timbul desakan atau keinginan yang apabila kita dapat melawannya, tapi di ganti dengan deskan yang lain.
Maksudnya : Bila ada desakan atau suruhan dalam hati kita menyuruh berbuat dosa (setan mana nak suruh buat baikkan) tapi kita berjaya menolak, tapi setan ni akan menyuruh pula buat dosa yang lain mungkin nampak lebih ringan sikit dosanya..(pada mata kita) tapi itulah pancingan setan.

Sebab tu dalam kes2 terlanjur (bercouple) ni mereka menerima 2 desakan ni sekali gus. pertama bisikan nafsu dan si sokong oleh syaithan. Maka bersetan2 le jadinya. Dikatakan waktu terlanjur tu IMAN takde. Nauzubillah, buatnya di sentap nyawa.

Macam mana pula dengan keinginan memiliki harta benda, termasuk dalam bisikan nafsu la (kehendak) dah dapat satu benda tu mesti senyap kan..kalau tak senyap jugak, orang kata tak cukup satu nak yang lain lagi juga tu dah masuk bisikan setan kita panggil BOROS (membazir tu kan sedara dengan syaithan). Jadi ambik yang perlu sahaja..BERSEDERHANA itu jalan terbaik.

Ajarkan pada seisi keluarga

Umat akhir zaman disuruh oleh Rasulullah amalkan surah alkahfi 10 ayat awal dan 10 ayat akhir untuk kebal terhadap fitnah dajal.