Rahsia Dara Wanita

Rahsia Dara Wanita Posted by Lokman Hakim at 6/08/2011 10:30:00 AM

Dara atau virgin merupakan satu perkara yang dianggap sebagai simbol maruah bagi wanita. Bagi masyarakat wanita Melayu, nilai dara itu amat tinggi bagi mereka hinggakan hilangnya dara sebelum berkahwin dianggap sebagai satu malapetaka dan besar kemungkinan akan timbulnya konflik didalam rumah tangga ataupun tidak ada yang mahu memperisterikannya.

Hari ini saya ingin membahaskan sedikit persoalan mengenai dara berdasarkan persepsi masyarakat umum secara medic.

APAKAH ITU DARA 
Dara ataupun hymen merupakan satu selaput/membran tipis yang menutupi bahagian di dalam vagina. Membran tipis ini selalunya mempunyai lubang di tengahnya agar darah haid boleh keluar ataupun dimasuki oleh penis ketika berhubungan seks.


APAKAH ITU PECAH DARA 
Istilah pecah dara sering digunakan oleh masyarakat umum untuk menggambarkan perdarahan vagina yang berlaku ketika pertama kali wanita melakukan hubungan seks. Seperti gambaran dara di atas, dara itu mempunyai lubang ditengah-tengahnya. Masukknya penis ke dalam vagina bukan beerti perlu memecahkan membran dara seperti menusuk belon melainkan hanya mengoyakkan sedikit bahagian tersebut untuk memberi laluan kepada penis yang mempunyai diameter lebih besar dari selaput dara tersebut.

SAKITKAH KETIKA PECAH DARA 
Rasa takut sakit sering menghantui wanita ketika pertama kali mahu melakukan hubungan seks dengan suami. Sebenarnya pecahnya selaput dara tidak mendatangkan rasa sakit melainkan hanya darah. Ini kerana selaput dara tidak mempunyai saraf melainkan saluran darah sahaja. (rasa sakit hanya timbul pada bahagian tubuh yang mempunyai saraf).

Yang menyebabkan rasa sedikit sakit itu adalah disebabkan regangan bahagian vagina apabila dimasukkan penis buat pertama kali. Seperti yang sedia maklum, bagi wanita yang tidak pernah melakukan hubungan seks, vaginanya tertutup rapat dan hanya muat-muat untuk diameter penis. Maka apabila penis masuk, sedikit regangan akan berlaku.

DARA DAH PECAH TETAPI MASIH BELUM PERNAH MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS 
Ada kemungkinan untuk selaput dara koyak tanpa melakukan hubungan seks. Ini mungkin kerana terjadinya trauma mekanikal terhadap bahagian vagina sehingga ia koyak. Sebagai contoh terjatuh didalam bilik air lalu bahagian vagina terhantuk ke mangkuk tandas ataupun tersadung celah kangkang ketika menaiki basikal.

APAKAH PERBEZAAN PECAH DARA KERANA HUBUNGAN SEKS ATAU TRAUMA Terdapat perbezaan diantara koyaknya selaput dara disebabkan oleh penetration penis atau trauma (terhentak, tersadung, telanggar dan sebagainya). Penetration penis selalunya akan menyebabkan selaput dara koyak di bahaian bawahnya, sekitar jam 5 hingga jam 7.

Trauma pula akan menyebabkan selaput dara koyak dibahagian atasnya sekitar jam 11 hingga jam 2. Ini kerana posisi selaput dara bahagian atas lebih luar daripada bahagian bawahnya. Senang cerita, sekiranya vagina terhentak di mangkuk tandas, bahagian atas akan terhentak terlebih dahulu sebelum bahagian bawahnya. Sebab itu trauma akan menyebabkan koyak dibahagian atas selaput dara.

BOLEHKAH SELAPUT DARA DIKEMBALIKAN 
Hangat dikatakan sekarang mengenai seorang selebriti di Indonesia melakukan rawatan mengembalikan keperawanan (dara) atau dalam erti kata lain melakukan pembedahan membuat kembali selaput dara tersebut. Sememangnya boleh. Sekiranya koyakkan selaput tersebut masih kecil, hanya dilakukan penjahitan semula. Sekiranya koyak selaput tersebut besar, maka diambil sedikit bahagian dari kulit vagina untuk membuat selaput dara yang baru.

PENTINGKAH DARA BAGI WANITA 
Seperti di awal saya mengatakan bahawa wanita sangat memandang tinggi nilai dara itu. Ia menunjukkan level harga diri mereka. (bagi yang belum berkahwin sahaja). Namun begitu bukan dara sebagai nilai utama kesucian tersebut. Selaput dara boleh sahaja pecah kerana trauma, ataupun sememangnya dilahirkan tanpanya. Yang penting adalah kesucian keperibadian wanita itu. Wanita yang tidak pernah melakukan hubungan seks melainkan dengan suami yang sah adalah wanita yang baik. Sekiranya tanpa ikatan yang sah telah melakukan hubungan ini, saya tidak merasakan dia datang dari golongan yang baik.

Namun begitu, Allah itu Maha Pengampun. Jagalah maruah diri kita sebaik-baiknya baik wanita ataupun lelaki. Seks luar nikah bukan sahaja dosa besar di sisi agama malah mendatangkan mudarat kesihatan yang sangat buruk. Janganlah hanya kerana kenikmatan sesaat, kita menderita selamanya. Bersabarlah buat seketika, kelak anda akan tersenyum bahagia. Wallahu a'lam

Wallahu a'lam

p/s: pembahasan secara medic di atas berdasarkan perbincangan bersama specialist obstetric & gynecology, Dr Setiawan Aslim, Sp.OG.


Kredit to : http://kalimatulhassan.blogspot.my/2011/06/rahsia-dara-wanita.html



FAQ


kalau kanak-kanak yg belum datang haid yg di rogol juga mengalami pecah dara ? 
hymen (selaput dara) dah ada sejak lahir.jadi baby umur 6 tahun pun kalau kena rogol, selaput dara akan terkoyak

Dara akan dikembalikan kalau buat pembedahan ke ?
dari segi istilah perubatan, dara boleh diperbaikki. kalau istilah kita orang melayu tu, mungkin lain kot. darah akan keluar bila selaput dara koyak sebab ada pembuluh darah di selaput darah itu. lendir bukan dikeluarkan oleh selaput dara melainkan dari vagina.mungkin lendir akan keluar sekali kerana rangsangan seks semasa berhubungan.


selaput dara dan dara nih adakah sama atau berbeza ?
dari pemahaman saya, selaput dara dan dara adalah bendaa yang sama.CMIIW

Macam mana nk beza darah dara dngan darah period?
beza dia darah period ada bau hanyir skit+darah dia merah gelap (merah hitam)+banyak. kalau darah pecah dara ni darah merah segar + tak banyak sangat + tidak bergumpal.macam darah luka jari kena pisau gitu la.

adakah hal ini normal 
1) apabila dara telah pecah , darah keluar menitis lebih kurang 10 kali titisan ?
2) pada keesokan hari pecah dara , terdapat beberapa tompokan kecil darah pada panties dan hal ini berlarutan sebanyak 3 hari .
saya mencuba menjawap pertanyaan saudari;
1. Bila koyaknya selaput dara, perdarahan berlaku sama macam jari kita luka kecil. so untuk 10 tetes darah saya rasa masih normal. manusia normal selalu mengambil waktu sekitar 5 hingga 8 minit untuk darah berhenti. jadi saya rasa kalau hanya menetes dan 10x tetes masih normal.

2. tompokan kecil itu mungkin disebabkan selaput dara yang telah robek itu bergeser sedikit jadi luka yang baru nak sembuh luka semula. selagi tidak banyak darah keluar, tidak mendatangkan rasa sakit yang mengganggu dan tidak berlarutan setelah 3 hari itu masih biasa. boleh kerana bergeser atau lembab didalam vagina menyebabkan proses penyembuhan luka tersebut sedikit lambat.

Buat saudari, sekiranya darah terus mengalir lebih dari 8 hingga 10 menit dan sampai sekarang masih keluar, saya sarankan segera ke dokter untuk diperiksa. tetapi berdasarkan dari pertanyaan saudari, saya yakin hanya tetesan dan tidak banyak. saya anggap itu hal biasa.

Salam..selepas mlm prtama..darah tidak mgalir kluar..tapi..slpas bebrpa jam..darh mula mgalir brsama lendir..dan brlanjutan sehgga esok hari..adakah ini normal?
mungkin darah masih keluar disebabkan luka masih belum sembuh sepenuhnya ditambah keadaan lembab didalam vagina. selagi darah tidak keluar banyak (seperti air mengalir), dalam tengah hari darah dah xkeluar, itu masih normal. prinsip nya sama lah seperti luka di jari bila terkena pisau. semoga bermanfaat.

sy mengalami susah nak pecah dara ...sbb sakit sangat... mcm mana ye..kalau sy ke klinik.doctor bleh tlong ke?
Mungkin disebabkan selaput dara saudari tebal.rasa sakit tu sebenarnya disebabkan oleh regangan dinding vagina bila melakukan hubungan seks.itu hal biasa bagi pasangan yang baru awal2 melakukan hubungan seks.mungkin saudari boleh menggunakan lubrication tambahan untuk mengurangkan rasa sakit waktu berhubungan.kalau masih tidak berkesan, boleh lah ke doktor sakit puan untuk dilihat punca sebenar nya. semoga bermanfaat.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ziarah Makam di Masjid Kg Hulu Melaka

Islam MeLarang Ibu Bapa Mencaci / Menyumpah Anak - PART 1 - ( UPDATED 30-1-2020 )

Buku Iqra