Buku Iqra
CIRI-CIRI DAN 10 SIFAT KAEDAH IQRA'
1. Bacaan Terus (Tanpa Analisa dan Dieja)
Pelajar tidak diperkenalkan terlebih dahulu kepada nama-nama huruf hijaiyah dan tanda-tanda bacaan. Mereka terus diperkenalkan bunyi satu-satu huruf dengan menggunakan bahan pengajaran.
2. Penggunaan Teks Tertentu
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan satu set buku yang mengandungi 6 naskhah. Pelajar menggunakan mengikut tahap-tahap masing-masing, bermula dari buku pertama. Disusun secara berjilid, dengan kulit buku berwarna-warni yang harmoni sehingga menarik minat pelajar untuk saling berlumba dalam mencapai warna-warni 6 jilid itu. Ianya juga untuk tidak menimbulkan rasa jemu.
3. Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif (CBMA)
Yang belajar adalah murid, bukan guru-gurunya, jadi setelah guru menerangkan pokok pengajaran dan pelajar sudah jelas mengulangi beberapa kali (Talaqqi Musyafahah), maka pelajar disuruh membaca sendiri bahan berikutnya.
Jika bacaan murid salah atau keliru, jangan sekali-kali guru mencela apalagi mencaci dan menghina. Guru sebaliknya cuma memberi peringatan, contohnya: "Cuba ulang sekali lagi bagaimana? Kenapa dibaca panjang? Kenapa dibaca pendek?" dan sebagainya.
4. Talaqqi Musyafahah
Dalam mempelajari bacaan al-Quran pelajar mesti berhadapan secara langsung dengan gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya pelajar tahu betul bagaimana makhraj dan sifat-sifat huruf yang sebenarnya.
5. Tahap Berasaskan Pencapaian Individu
Tahap pencapaian dan kelajuan pelajar dalam mengikut bahan pengajarannya yang disiapkan adalah bergantung kepada kecekapan individu murid dan peranan gurunya. Untuk penilaian dan pengesanan, rekod prestasi perlu disediakan seperti yang dicadangkan.
6. Tenaga Pembimbing/Pembantu
Seorang guru membimbing lima hingga enam orang pelajar dalam satu masa. Jika keadaan memerlukan guru boleh mengambil pelajar tertentu untuk menjadi pembantu dan penyemak bagi pelajar lain yang diperingkat bawah.
7. Praktis
Tujuan Kaedah Iqra' dibentuk adalah supaya pelajar dengan cepat dan mudah membaca al-Quran. Soal teori dan ilmiah tajwid akan diajar setelah pelajar berupaya dan bertadarrus al-Quran. Istilah tajwid tidak diajar tetapi mempraktikkan sebutannya.
8. Sistematik
Disusun secara lengkap, sempurna dan terancang dengan bentuk huruf dan reka letak yang seimbang. Bermula daripada mengenalkan huruf-huruf tunggal, huruf-huruf sambung dan berirama (mad), huruf-huruf pelbagai baris peringkat demi peringkat sehingga ke peringkat ayat yang bermakna. Kerana prosesnya yang bersifat evolusi, maka ianya terasa mudah.
9. Komunikatif
Lingkaran petunjuk dan pengenalan adalah akrab dengan pembaca sehingga dapat menyeronokkan mereka yang mempelajarinya. Disusun dalam bahasa Melayu yang mudah mengerti dan difahami, sehingga ianya lebih berkesan. Selain itu, sejak awal-awal lagi sudah diperkenalkan pelajaran secara berirama (mad = panjang dan tanpa mad = pendek) sehingga terasa seronok dalam membaca dan mendengarnya.
10. Kelenturan dan Mudah
Buku Iqra' boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja, bermula daripada kalangan kanak-kanak usia pra Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, bahkan orang-orang dewasa mahupun para Ibu-Bapa yang belum mahir membaca al-Quran. Selain itu, bagi sesiapa yang mahir membaca al-Quran dapat mengajarkannya. Malah murid-murid yang baharu sahaja tamat jilid 2 atau 3 boleh mengajar yang masih diperingkat jilid 1. Ianya dapat menambahkan keseronokkan dan suasana belajar dan mengajar.
artikel di petik dari http://read-dear.com/indexbm.html bagi yang nak dapatkan Iqra ni sila ke laman tersebut.
salah satu cover buku iqra..ada yang warna hitam (1-6) ada yang asing2 1-6

Salam,
BalasPadamBagaimana saya boleh dapatkan buku ni? Link yang anda bagi tidak lagi aktif. Jikalau boleh, sila hubungi terus kepada email saya, madster08@gmail.com
Terima Kasih.
Ahmad.
untuk dapatkan iqra ni boleh ke kedai buku
BalasPadamBuku IQRA' ni memang banyak digunakan sekarang. Tapi saya lebih suka menggunakan buku AL-FURQAN untuk ajar anak yang umur lebih muda sebab kertasnya lebih tebal dan kualiti tinggi. Jadi tak mudah koyak.
BalasPadamBuku IQRA' saya rasa lebih sesuai digunakan untuk anak-anak yang dah bersekolah dan pandai jaga buku. sebab buku ni sangat mudah terkoyak.
Ni sekadar berkongsi pengalaman.
Nak tahu buku Al-Furqan ni boleh tengok kat web ni:
http://hzreadnetwork.blogspot.com/2012/09/siri-cepat-membaca-quran-al-furqan.html
Salam...
BalasPadamSekarang dah ada kaedah moden membaca iqra 1 hingga 5. Hanya guna pen pintar. Canggihnya...
Kaedah ini mencari sedikit kelainan, anak2 pasti teruja tuk belajar iqra....
Sekadar berkongsi....
http://muslimchoices.com/?p=pen_pintar_my_iman&s
seeloknya cari guru untuk belajar, sebab mengaji perlu tahu makraj huruf, dengan pen sekadar baca
BalasPadam