Sayangi Diri Sendiri TANDA Sayang Pada PENCIPTA

Yang dikatakan sayang pada diri sendiri itu adalah menjaga diri degan sebaik-baiknya supaya tidak melakukan perkara yang dilarang atau ditegah.

Yang dikatakan sayang pada diri sendiri itu adalah mensyukuri segala sifat yang Allah kurniakan

Yang dikatakan sayang pada diri sendiri itu adalah melihat bahawa diri itu tidak ada apa-apa melainkan semuanya adalah kurniaan Allah

Yang dikatakan sayang pada diri sendiri itu adalah mengikut segala apa yang disarankan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

Yang dikatakan sayang pada diri sendiri itu adalah melihat diri itu adalah HAMBA ALLAH

Yang dikatakan sayang pada diri sendiri itu adalah melihat orang lain lebih baik dari dirinya

Yang dikatakan sayang pada diri sendiri itu adalah membawa diri ke arah kebaikan

Yang dikatakan sayang pada diri sendiri itu adalah selalu membantu orang

Yang dikatakan sayang pada diri sendiri itu adalah memandang pendosa dengan pandangan kasih dan sayang

Yang dikatakan sayang pada diri sendiri itu adalah tidak melakukan kekerasan pada orang lain

Yang dikatakan sayang pada diri sendiri itu adalah tidak melakukan fitnah

Yang dikatakan sayang pada diri sendiri itu adalah...sila sambung seterusnya.


Nota : Yang hendak mengadap Tuhan itu adalah diri sendiri tanpa ada teman, saudara, kawan, sahabat, anak, bini, suami ibubapa. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ziarah Makam di Masjid Kg Hulu Melaka

Islam MeLarang Ibu Bapa Mencaci / Menyumpah Anak - PART 1 - ( UPDATED 30-1-2020 )

Buku Iqra