Pages

klik banner

Tuesday, October 14, 2008

Umur yang sesuai untuk mengajar Iqra


Kalau ikut pengalaman aku, aku mula ajar Iqra pada anak aku adalah dalam lingkungan nak masuk 2 tahun. Agak-agak anak tu dah faham apa yang dia lihat..faham apa yang dia cakap tu kira dah boleh mula lah.

Ada sesetengah orang dia dah beli poster bacaan yang tampal kat dinding tu kan dari Aliff sampai Yaa..ini pun boleh juge. Ikut mana sesuai le. Cuma masa yang di luangkan tu nak ada. Jangan tampal aje. Macam aku dulu la..sampai 2 3 keping juge le beli..pastu koyak baca tak juga. Penyudahnya buka balik.

Benda-benda macam ni kita ambik pengajaran aje la..ikut kaedah mana sesuai. Macam saya sekarang dah tak main tampal-tampal dah..beli buku Iqra tu yang siap dengan ke-enam jilid tu hah baca. Ajar dan tunjuk satu-satu. Sebelum tu pastikan yang kita ni tau mengaji. Pada permulaan umur tu memamg agak payah juge. maklum le dengan cite cartoon nye, dengna kawannye, dengna mainan nye berbakul-bakul..fikiran anak-anak masa ni memamg ke situ.

Anak-anak ni memang lambat nak mesra dengan benda baru tambah yang anak-anak ni kurang minat. Jadinya kita mak ayah ni nak tak nak kena ada inisiatif..Ajar dan ajar.

Yang saya perasan anak-anak peringkat umur ni dia orang macam recorder..diaorang akan hafal apa yang diaorang dengar. jadi kalau anak tu dah macam recorder cari le benda yang boleh di rekodkan..itu le tadi suara mak ayah..Ajar Iqra.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...