Friday, November 1, 2013

MENGENAL ASAL-USUL SOLAT

MENGENAL ASAL-USUL SOLAT

1.SOLAT SUBUH,
Yang mula-mula melakukannya ialah nabi Adam .a.s,iaitu ketika beliau keluar dari Syurga lalu dihantar ke bumi,perkara pertama yang dilihat oleh beliau ialah kegelapan dan ini membuatkannya takut.
Apabila fajar Subuh terbit,nabi Adam terasa sedikit kelegaan lalu bersembahyang 2 rakaat,kerana:
a. Bersyukur terlepas dari kegelapan malam
b. Bersyukur kerana siang menjelma

2.DZUHUR,
Nabi Ibrahim a.s.mula-mula melakukan solat Dzuhur ,iaitu ketika Allah memerintahkan beliau agar menyembelih anaknya nabi Ismael a.s.

Perintah itu datang tatkala gelincir matahari,selepas itu nabi Iberahem sujud, kerana:
a. Bersyukur bagi penebusan anaknya
b. Dihapuskan kedukaan anaknya dan dirinya
c. Memohon keredhaan Allah
d. Bersyukur kerana qurbannya(anaknya Ismael) ditukar dengan Kibasy

3.ASAR
Nabi Yunus a.s. yang pertama melaksanakan Solat Asar,iaitu ketika Allah mengeluarkan beliau daripada perut ikan paus,yang memuntahkan beliau ditepi pantai ketika masuk waktu Asar,berikutan itu belaiau bersyukur kerana terselamat daripada ujian itu lalu solat empat rakaat,kerana:
a. Deselamatkan oleh Allah atas kesalahan meninggalakan kaumnya.
b. Kegelapan laut
c. kegelapan berada dalam perut ikan.

4.MAGHRIB
Nabi Isa a.s. adalah menusia pertama yang melakukan Solat Maghrib,iaitu ketika beliau dikeluarkan oleh Allah daripada kejahilan dan kebodohna kaumnya,ketika matahari terbenam.
Nabi Isa bersyukur dengan bersolat tiga(3) rakaat kerana :
a. Dikeluarkan dari kejahilan kaumnya
b. Menafikan ke Tuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
c. Menafikan tuduhan dan tomohan keatas Ibunya,iaitu melakukan Zina
d. Meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan hanya Satu(1) iaitu Allah yang Maha Esa.

5.ISYAK
Nabi Musa a.s. adalah manusia mula-mula melaksanakan Solat Isyak.ketika itu beliau tersesat mencari jalan keluar dari Negara Madyan dan dalam dadanya dipenuhi keduakaan,Allah melenyapkan kedukaan itu pada waktu Isyak,lalu Nabu Musa a.s. bersolat empat(4) rakaat tanda bersyukur. Empat kedukaan itu ialah:
a. Berdukacita terhadap Isterinya yang sedang mengandung dalam keadaan gelap
b. Berdukacita terhadap saudaranya Harin a.s.kerana tidak dapat menghalang kaumnya menyembah anak lembu
c. Berdukacita terhadap Firaun dan kaumnya yang tenggelam
d. Berdukacita terhadap anak Firaun yang muslimah itu.

Wednesday, September 4, 2013

Hijab Kekasih ( M Nasir)




 Dari Penulis Lirik Hijab Kekasih (http://www.youtube.com/user/tokasid)

Salam semua,
Disini saya terpanggil untuk membetulkan keadaan yang tersalah sangka sebilangan You Tube creator. Nama saya Syed Seth Benyahya atau lebih dikenali ' Seth ' dalam penulisan lirik dan saya jugak adalah penulis lirik Hijab Kekasih. Selain Hijab Kekasih, banyak lagi lagu-lagu yang saya tulis seperti Senja nan Merah, Seloka cak kun cak dan lain-lain lagi.

Di sini saya ingin menceritakan apakah sebenarnya cerita di sebalik Hijab Kekasih..

Hijab Kekasih mengisahkan seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang namanya saya lupa akan tetapi saya terpanggil untuk menulis tentangnya kerana setiap kali saya terbaca kisahnya saya terasa amat sebak sakali sehingga boleh mengalirkan air mata. Ia mengisahkan seorang sahabat nabi yang terlalu sukar untuk mendapat jodoh kerana keadaannya yang hitam dan hodoh dipandang orang.

Lalu pada satu hari dia berjumpa Nabi dan ceritakan masalah beliau dan Nabi pun menyuruhnya pergi berjumpa dengan seorang kenalan Nabi untuk meminangkan dengan anak gadisnya. Kebetulan pula anak gadisnya seorang gadis yang amat cantik sekali di kalangan gadis-gadis tempatan. Apabila dia bertemu dengan si Ayah, si Ayah menolaknya mentah-mentah, lalu dia pun pergi dengan hati yang luruh.

Kebetulan pada masa dia meluahkan pada si Ayah apa yang tersirat didengar oleh anak gadisnya lalu dia tegur pada si Ayah dan berkata, tidakkah yang menghantar pinangan itu adalah Nabi Muhammad S.A.W.? tersentap hatinya apabila dia mendengar kata-kata anak gadisnya. Dia pun pergilah berjumpa dengan Nabi dan menerima pinangan itu, lalu sahabat tu dinikahkan.

Selesai sahaja dinikahkan diumumkan pula oleh Saidina Omar untuk memanggil semua pemuda-pemuda untuk pergi berperang pada keesokannya dan dialah orang (sahabat Nabi yang hitam) yang pertama menyahut panggilan itu dengan pun belum berjumpa dengan isterinya yang baru dinikahinya. Sebelum dia berangkat kemedan perang, dia telah dibekalkan sehelai kain hijab oleh isterinya dan kain hijab itulah pengubat rindu di malam hari semasa di kemah peperangan dengan dipegang erat dan disitu permulaan lirik.

Pemuda itu telah mati syahid dalam peperangan itu. Itu adalah serba sedikit cerita tentang lirik Hijab Kekasih yang sempat saya coretkan dalam ruangan ini supaya dapat dikongsi bersama.
Wassalam.

Tuesday, June 11, 2013

Didik Anak

Dalam memarahi atau menegur anak-anak yang nakal(terutama untuk hal yang sama), pastikan dimulakan ucapan dengan AstaghfirULLAH atau Laailaha illALLAH, dengan kadar suara yang TINGGI, kerana ucapan tersebut merupakan ucapan yang akan lekat dalam minda atau consious mind mereka.

Hakikat kepada ucapan tersebut, apabila diucapkan, anak-anak pasti akan terdiam seketika, ini adalah kerana tindak balas neuron ASAL dalam tubuh manusia, dan setiap perkataan yang akan keluar selepas dari ucapan itu akan terkawal, resonans akan sampai dalam gelombang yang baik pada pembentukan sakhsiah anak-anak.

Penting kepada Ibu supaya tidak terkeluar kalimat-kalimat yang tidak sepatutnya keluar ketika marah.

Mustahak buat Bapa, agar tidak melakukan perbuatan yang tidak sewajarnya dibuat pada anak-anak tersebut ketika amarah.

Nakalnya anak-anak yang masih kanak-kanak bermaksud memerlukan PERHATIAN dari Ibubapa.

Liarnya anak-anak yang sudah Aqil Baligh bermakna SUARA HATI mereka tidak difahami oleh Ibubapa.

Ibubapa tidak akan dipanggil TERSILAP selagi mana anak-anak tidak hidup dan mati dalam KEGELAPAN. Ianya dipanggil TERLEPAS PANDANG.

Mari sama-sama muhasabah semula perkara yang telah kita 'keterlepas pandangkan.'


Pesan Dari Guru

Tuesday, March 5, 2013

6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi..

6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi..

Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :

1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Friday, March 1, 2013

Sindrom Marah, Tengking & Pukul Anak Di Khalayak Ramai

 http://ibubapabijak.blogspot.com/2013/03/mhi-tv3-sindrom-marah-tengking-pukul.html

Alhamdulillah hari ini saya ke udara lagi di Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Hosnya ialah M.Zul dan Faria. Bersama kami berbincang tentang bagaimana segelintir ibu bapa sanggup memarahi malah memukul anak-anak mereka di tempat awam.



Berikut ialah antara nota-nota perbincangan saya:
1. Ibu bapa perlu sedar bahawa dunia ini adalah sebuah "taman permainan" yang besar bagi anak-anak. Oleh itu, tidak perlulah kita terlalu tertekan apabila mereka terlebih "excited" tatkala dibawa ke tempat awam. Biarkanlah mereka berlari dan bermain asalkan tidak membahayakan diri DAN tidak mengganggu orang lain (jika tidak, kita mesti tegur dengan cara berhemah).
2. Standard ibu bapa adalah tinggi sedangkan anak-anak tidak mengetahuinya. Oleh itu ibu bapa perlu bijak dalam menyampaikan pesanan sebelum tiba ke lokasi kejadian.  Beritahu awal-awal beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan (jangan banyak sangat) dan apakah akibatnya jika ianya dilanggar (cth: balik segera atau ada hukuman lain).

3. Anak-anak kecil adalah pakar rundingan terbaik di dunia!  Mereka gunakan taktik yang tidak boleh digunakan oleh orang dewasa seperti melembikkan tengkuk, mengelipkan mata dengan comel, dan juga menjerit sekuat hati sambil menangis dan berguling-guling di tengah-tengah shopping mall.  Kita perlu bijak berunding dengan mereka - elakkan dari drama, bertegas dan jangan mengalah, alihkan perhatian dan buat perjanjian awal-awal.

4. Pertingkatkan IQ, EQ dan SQ (Intelligence, Emotional & Spritual Quotients). Jika anak diherdik di khalayak ramai, EQ akan merudum. Lama-lama anak akan takut mencuba. Takut mencuba = berhenti belajar; IQ juga merudum.  Oleh itu, lebihkana galakan dan pujian. Biarkan mereka mencuba dan berbuat kesalahan, kerana itulah cara mereka belajar dengan terbaik!

5. Mereka akan lupa pada perkataan/perbuatan TETAPI mereka akan ingat sampai bila-bila perasaan yang tercipta olehnya. Anak-anak (malah sesiapa pun) akan terlupa akan segala perkataan atau perbuatan kita, tetapi perasaan yang tercipta (bengang, malu, marah) akan dikenang seumur hidup. Jika berterusan, ini akan menjahanamkan kasih-sayang sesama keluarga. Berhati-hatilah....ciptalah kenangan terindah dengan kata-kata dan perbuatan yang terbaik sahaja!
Semoga mendapat sedikit peringatan untuk kita bersama In Sya Allah!
Lawati website saya (SmartParents.com.my) dan juga Facebook Zaid Mohamad  untuk informasi terkini dan membeli buku-buku bestsellers saya!!

Thursday, January 24, 2013

Beratnye Beg sekolahh...







Kesian aku tengok anak-anak yang sekolah ni..beg bukan main berat lagi..terbongkok2 jalan keluar sekolah..lari pon macam berjalan aje dah rupanya..berat sesangat.

aku sendiri ambik anak2 aku balik dari sekolah terasa sangat beratnya. nak kata tak ikut jadual..tak jugak. Dan satu lagi aku dengar sekolah anak aku ni tak di benarkan bawak beg yang ada roda. sebab budak2 ni bila turun tangga bukan di angkat beg...di seretnya..udah le bising, mengamuk cikgu.
hahahah...nasib le.

"......Remaja sekolah yang menggalas beg dengan berat melebihi antara 10 dan 15 peratus daripada berat badan mereka berisiko mengalami sakit belakang dan masalah berkaitan, menurut satu kajian terkini.
Penyelidik berkata, keadaan itu bertambah buruk seandainya remaja terbabit tidak melakukan senaman secukupnya.
Kajian tersebut dilakukan terhadap lebih 1,400 pelajar berusia antara 12 dan 17 tahun, di 11 buah sekolah, di sebuah wilayah barat laut Sepanyol.

Penyelidik turut mengumpul maklumat seperti ketinggian pelajar, kekerapan melakukan senaman, masalah kesihatan lain dan juga sejarah kesakitan di bahagian belakang badan.
“Kebanyakan beg belakang memiliki berat kira-kira tujuh kilogram dan hampir 62 peratus pelajar membawa beg belakang dengan berat melebihi 10 peratus daripada berat badan mereka, manakala 18 peratus lagi membawa beg belakang dengan berat melebihi 15 peratus daripada berat badan mereka,” kata penyelidik......"


Apa ke hey..taknak pegi sekolah..


gambar hiasan

Assalamualaikum..

Baru-baru ni sorang rakan sepejabat panggil aku..bertanyakan bagaimana nak nak buat kalau anak tak nak pegi sekolah..sampai sekolah je menangis..tengok kawan lain menangis anak dia pon nangis sama..ishhh, dah dekat sebulan sekolah pon macam2 hal lagi..bila sembang2 aku rasa takde apa la kot kat budak tu..mungkin semangat aje lemah. Jadi member aku ni pon minta aku buatkan air..aku cakap ikhtiar boleh la....2 hari lepas tu aku bagi sebotol air mineral..aku suh dia bagi minum sama lap kan pada ubun2 sebelum tidor..

3 hari lepas tu aku tanya keadaan anak dia.."Huh...(sambil tunjuk ibujari "good"). member aku cakap sekarang ni anak dia plak halau dia suh balik...tak yah tunggu. hahahahah...

Alhamdulillah....