MENGENAL ASAL-USUL SOLAT

MENGENAL ASAL-USUL SOLAT

1.SOLAT SUBUH,
Yang mula-mula melakukannya ialah nabi Adam .a.s,iaitu ketika beliau keluar dari Syurga lalu dihantar ke bumi,perkara pertama yang dilihat oleh beliau ialah kegelapan dan ini membuatkannya takut.
Apabila fajar Subuh terbit,nabi Adam terasa sedikit kelegaan lalu bersembahyang 2 rakaat,kerana:
a. Bersyukur terlepas dari kegelapan malam
b. Bersyukur kerana siang menjelma

2.DZUHUR,
Nabi Ibrahim a.s.mula-mula melakukan solat Dzuhur ,iaitu ketika Allah memerintahkan beliau agar menyembelih anaknya nabi Ismael a.s.

Perintah itu datang tatkala gelincir matahari,selepas itu nabi Iberahem sujud, kerana:
a. Bersyukur bagi penebusan anaknya
b. Dihapuskan kedukaan anaknya dan dirinya
c. Memohon keredhaan Allah
d. Bersyukur kerana qurbannya(anaknya Ismael) ditukar dengan Kibasy

3.ASAR
Nabi Yunus a.s. yang pertama melaksanakan Solat Asar,iaitu ketika Allah mengeluarkan beliau daripada perut ikan paus,yang memuntahkan beliau ditepi pantai ketika masuk waktu Asar,berikutan itu belaiau bersyukur kerana terselamat daripada ujian itu lalu solat empat rakaat,kerana:
a. Deselamatkan oleh Allah atas kesalahan meninggalakan kaumnya.
b. Kegelapan laut
c. kegelapan berada dalam perut ikan.

4.MAGHRIB
Nabi Isa a.s. adalah menusia pertama yang melakukan Solat Maghrib,iaitu ketika beliau dikeluarkan oleh Allah daripada kejahilan dan kebodohna kaumnya,ketika matahari terbenam.
Nabi Isa bersyukur dengan bersolat tiga(3) rakaat kerana :
a. Dikeluarkan dari kejahilan kaumnya
b. Menafikan ke Tuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
c. Menafikan tuduhan dan tomohan keatas Ibunya,iaitu melakukan Zina
d. Meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan hanya Satu(1) iaitu Allah yang Maha Esa.

5.ISYAK
Nabi Musa a.s. adalah manusia mula-mula melaksanakan Solat Isyak.ketika itu beliau tersesat mencari jalan keluar dari Negara Madyan dan dalam dadanya dipenuhi keduakaan,Allah melenyapkan kedukaan itu pada waktu Isyak,lalu Nabu Musa a.s. bersolat empat(4) rakaat tanda bersyukur. Empat kedukaan itu ialah:
a. Berdukacita terhadap Isterinya yang sedang mengandung dalam keadaan gelap
b. Berdukacita terhadap saudaranya Harin a.s.kerana tidak dapat menghalang kaumnya menyembah anak lembu
c. Berdukacita terhadap Firaun dan kaumnya yang tenggelam
d. Berdukacita terhadap anak Firaun yang muslimah itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ziarah Makam di Masjid Kg Hulu Melaka

Salam Ramadhan 2016 - PUASA