Tazkirah - Dari dosa kecil

virus yang kecik tapi mampu menumbangkan manusia dengan izin Allah

Taubat...Tau Buat...Taubat...Tau Buat,
kita manusia ni memang taubuat, tapi jarang  yang bertaubat dari telah berbuat sesuatu kesilapan. Setuju bila mana ada orang bagi tau itu salah, ini dosa, itu haram...ye ramai mengiyakan..sebab dah sedia tahu dan maklum tentang hukum. Paling tidak yang asas.

Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak terlepas dari melakukan dosa, melainkan yang maksum. Jadi kita ni  secara automatik tergolong dari golongan orang yang berbuat dosa. Maka tahulah kita bahawa terjadinya dosa di sebabkan kesilapan yang kita lakukan, secara nyata atau tersembunyi. Tetapi kenapa dah tahu itu dosa tapi masih terus berbuat dosa. Mungkin bila kita guna istilah dosa ramai yang tak mengaku ada melakukan dosa dalam waktu2 tertentu, tapi cuba kita guna perkataan kesilapan pasti ramai mengaku..dan dari kesilapan itulah timbulnya dosa. Makanya kita tetap melakukan dosa.

Dosa yang kecil itu bila terlalu jauh di biarkan akan menjadi dosa yang besar. ibarat kita isi angin dalam belon..lagi kita pam lagi besar..lagi pam lagi besar..sampai satu tahap belon itu sendiri tak akan mampu nak tanggung padat angin..akhirnye meletop le dia..sama le juga kita manusia..lagi lama kita bebuat dosa lagi keras hati, lagi lama berbuat dosa lagi hitam hati (oh ya..dalam hati mmg ada darah hitam ni darah kalau di biarkan nauzubillah,..dipanggil istana iblis) bila lagi lama jiwa kacau, lagi lama dibiarkan buat dosa hidup tak tentu arah.

Secara zahir kita nampak macam ok..tapi dalam jiwanya memberontak. "Tiada jiwa yang tenang melainkan ia ingat (zikir) pada Allah." Sampai satu tahap diri yang banyak menanggung dosa ini akan mengalami perubahan fizikal. Mana taknya orang yang dah tak pandang halal haram..yang haram pon dia lanyaknya maka fitrah tubuh badan akan tidak tertampuang..itu yang berlaku sakit2 badan, sakit itu la sakit ini la..bila dah sakit perlukan duit, bila perlukan duit perlu bekerja..tapi kalau dah sakit mana nak cari duit dan bekerja...kalau dapat bekerja pon lalai dia dalam mengerjakan ibadah, sebab dah terfokus cari duit nak ubat diri yang sakit..kena pulak kos perbelanjaan puluhan ribu. Asal puncanya dari dosa yang kecil di biarkan sehingga besar.

Kita dalam hal ini jangan lihat pada orang yang sudah menerima hidayah, ye mmg kita seronok melihat orang yang sudah terima hidayah..tapi kita kena lihat diri kita ini..bila lagi....? Apa itu hidayah ?

Hidayah tu boleh la kita katakan keterbukaan hati dalam menerima kebenaran. Tapi apa pula Taufik..ada yang panggil atau sebut Taufik Hidayah. Ye dua perkataan yang berbeza. Dan taufik ini pula adalah kekuatan dalam menggerakkan kita menuju atau mendapatkan hidayah pada Hidayah. sebagai contoh : aku mendengar suara azan dari satu masjid sedap azannya sehingga aku betul2 merasakan kebesaran Tuhan..sapai satu tahap aku ingin berubah tapi dalam waktu yang sama aku masih belum berubah (ini hanya hidayah) Mendapat Taufik bila ada kekuatan hati sehingga mampu menggerakkan tubuh badan pergi ke masjid dan secara langsung melakukan perubahan sehingga kekal amal perbuatannya. jadi bila dapat kedua2nya maka ia di panggil Taufik dan Hidayah. Kita di mana..ke takde dapat hidayah dan taufik lagi...tunggu sampai bila ?? tungga belon tu meletup. oohohohoh tidakkkk..

Seboleh-bolehnya sama-sama lah kita kembali ke jalan yang lurus..masa tak lama..jangan sampai kita tertipu dengan dunia dan isinya.

Sebab-sebab tak dapat tinggalkan dosa :

  1. Masih berkawan dengan kawan yang sama-sama berbuat dosa.
  2. Hati dah semakin keras
  3. Masih menyimpan koleksi2 yang mendatangkan dosa
  4. Tidak bercampur dengan orang yang baik-baik
  5. Berbuat dosa secara tersembunyi. (iblis paling suka)
  6. Masih makan dan minum yang haram banyak le lagi nak tulis..sendiri fikirla sebab benda2 ni tak perlu lihat pada orang lain lihat pada diri sendiri pastu tahu dan akan jumpa jawapannya.

Ulasan

  1. terima kasih sebab berkongsi tazkirah... aku suka!

    dosa2 kecil ni kalau di biarkan akan jadilah dosa dosa besar...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ziarah Makam di Masjid Kg Hulu Melaka

Salam Ramadhan 2016 - PUASA