Sindrom Marah, Tengking & Pukul Anak Di Khalayak Ramai
http://ibubapabijak.blogspot.com/2013/03/mhi-tv3-sindrom-marah-tengking-pukul.html
Alhamdulillah hari ini saya ke udara lagi di Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Hosnya ialah M.Zul dan Faria. Bersama kami berbincang tentang bagaimana segelintir ibu bapa sanggup memarahi malah memukul anak-anak mereka di tempat awam.
Alhamdulillah hari ini saya ke udara lagi di Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Hosnya ialah M.Zul dan Faria. Bersama kami berbincang tentang bagaimana segelintir ibu bapa sanggup memarahi malah memukul anak-anak mereka di tempat awam.
Berikut ialah antara nota-nota perbincangan saya:
1. Ibu bapa perlu sedar bahawa dunia ini adalah sebuah "taman permainan" yang besar bagi anak-anak.
Oleh itu, tidak perlulah kita terlalu tertekan apabila mereka terlebih
"excited" tatkala dibawa ke tempat awam. Biarkanlah mereka berlari dan
bermain asalkan tidak membahayakan diri DAN tidak mengganggu orang lain
(jika tidak, kita mesti tegur dengan cara berhemah).
2. Standard ibu bapa adalah tinggi sedangkan anak-anak tidak mengetahuinya. Oleh itu ibu bapa perlu bijak dalam menyampaikan pesanan sebelum
tiba ke lokasi kejadian. Beritahu awal-awal beberapa perkara yang
tidak boleh dilakukan (jangan banyak sangat) dan apakah akibatnya jika
ianya dilanggar (cth: balik segera atau ada hukuman lain).
3. Anak-anak kecil adalah pakar rundingan terbaik di dunia!
Mereka gunakan taktik yang tidak boleh digunakan oleh orang dewasa
seperti melembikkan tengkuk, mengelipkan mata dengan comel, dan juga
menjerit sekuat hati sambil menangis dan berguling-guling di
tengah-tengah shopping mall. Kita perlu bijak berunding dengan mereka -
elakkan dari drama, bertegas dan jangan mengalah, alihkan perhatian dan
buat perjanjian awal-awal.
4. Pertingkatkan IQ, EQ dan SQ (Intelligence, Emotional & Spritual Quotients).
Jika anak diherdik di khalayak ramai, EQ akan merudum. Lama-lama anak
akan takut mencuba. Takut mencuba = berhenti belajar; IQ juga merudum.
Oleh itu, lebihkana galakan dan pujian. Biarkan mereka mencuba dan
berbuat kesalahan, kerana itulah cara mereka belajar dengan terbaik!
5. Mereka akan lupa pada perkataan/perbuatan TETAPI mereka akan ingat sampai bila-bila perasaan yang tercipta olehnya.
Anak-anak (malah sesiapa pun) akan terlupa akan segala perkataan atau
perbuatan kita, tetapi perasaan yang tercipta (bengang, malu, marah)
akan dikenang seumur hidup. Jika berterusan, ini akan menjahanamkan
kasih-sayang sesama keluarga. Berhati-hatilah....ciptalah kenangan
terindah dengan kata-kata dan perbuatan yang terbaik sahaja!
Semoga mendapat sedikit peringatan untuk kita bersama In Sya Allah!
Lawati website saya (SmartParents.com.my) dan juga Facebook Zaid Mohamad untuk informasi terkini dan membeli buku-buku bestsellers saya!!
Ulasan
Catat Ulasan