Friday, July 17, 2009

Soalan dari MJ

MJ: Salam. Sy tertarik apabila ada panduan secara online berkenaan Iqra'. Saya baru shj mula mengajar anak berusia 5 thn mengaji. Masalah sy mungkin sama spt mereka di bwh. Cepat hangin 1 badan


MJ
: Br seminit ajar, kita minta ulang, dah ke laut dia baca. Mlm tadi bkn dia yg nangis tp sy yg nangis sbb frust x pandai ajar anak baca iqra spy dia senang dpt..mohon bantu sy
24 Aug 10, 15:55

Salam saudara MJ, sebenarnya apa yang saya paparkan dalam blog ini adalah pengalaman saya dalam mengajar iqra ini pada anak saya dan juga beberapa kanak2 kecil lain pada suatu waktu ketika dahulu. Dan apa yang saudara alami itu saya juga pernah alami cuma saya tidaklah menangis.

Apa yang saudara MJ boleh lakukan ialah jangan di paksa anak itu untuk dia hapal, tapi lebih kan pada dia ingat. Orang yang hapal ni kebiasaan dia kurang kenal dan hanya ingat ikut susunan berlainan dengan orang yang ingat dan kenal. Orang hapal ni bila kita tunjuk secara random dia takkan kenal...berlainan dengan ingat dan kenal..kenal dari segi bentuk huruf dan juga titik huruf.

Dan tak semua budak ni sama kehendak dia..ada yang awal umurnya tapi mina mengaji, ada yang lewat baru datang miinat..tapi percayalah kalau umur dia dah lewat sekita 8 tahun tapi ada minat untuk mengaji pasti akan lebih mudah dia paham.

Dan yang lain boleh di kongsikan ialah banyakkan bersabar. kita mengajar anak mengaji ni sebenarnya untuk kita melihat diri kita sendiri berada di tahab sabar kita itu berada di tahap yang mana. Cekalnya hati kita tu berada di tahap yang mana...ianya berbalik pada diri kita sendiri

Wallahuaklam

2 comments:

  1. terima kasih atas panduan. Mungkin betul berkenaan dgn sabar itu. saya akan cuba ubah cara saya mengajar supaya anak dan sy sendiri tidak tension dgn proses pembelajaran tersebut hehehe...tq ye. harap2 akan lbh byk panduan berguna di blog ini. -MJ

    ReplyDelete