Wednesday, October 13, 2010

Cepat Marah ajar anak

Ni memang akan berlaku pada mereka yang mengajar Iqra / mengaji. Apa pun tahniah le sebab ada hati nak ajar anak2 mengaji. Besar pahalanya. Mana taknye kita ajar asas bacaan sampai dia paham, sehingga satu masa dia berjaya mengkhatamkan AlQuran, pasti ada saham akhirat buat kita. Selagi mana anak-anak kita terus menerus baca alquran selagi tu bertali-tali pahala jatuh pada kita.

Ok balik pada entry kita, perasaan marah meruap-ruap bila ajar pada anak yang jenis cepat lupa. Kadang tu dah berulang-ulang kali sebut/baca tapi masih tak ingat lagik. Kita pulak yang angin.

....kan tadi dah baca, yang ni sama la bunyi dia, tak ingat lagi ke...


aisehh..bila di kenang2kan balik situasi ni, nampak kita yang tak reti mengajar. Sebenarnya dari pemerhatian saya, dia lupa di sebabkan kita bagi dia tekanan. Kita memaksa dia supaya dia ingat. Tak payah paksa-paksa, mana dia tak ingat tu kita noted kan. Takpe usah di paksa-paksa kita tak sakit hati anak tak tertekan. Tertekan ooooo...bayangkan kita yang kena paksa. Inikan pulak anak yang selama ni memang tak pernah nak baca Iqra..mesti satu benda yang baru..jadinya kita kena paham situasi tu.

Katakan dia tak ingat Aa ( Alif atas Aa) kita tunjuk aje dia lupa, tunjuk Ba dia ingat pulak..Ta pon dia ingat..jadinya kalau kena situasi ini jangan bengang2, kita bagi dia klu..Aaaayam (lukis kat tepi alif gambar ayam, asal ada rupa ayam udah le) biar lukisan tu kat situ. Cuba tanya dia ingat ke tak? kalau dia tak ingat jugak jangan salahkan anak tu ye..tapi salah kan lukisan kita tu ye..mungkin tak serupa gambar ayam...hahahahaha..

tak caya buat le.

jadinya situasi tu jadi suasana yang seronok. kit apon tak tension kan..kan..kan

Aa..Allah
Ba...Baju

lain2 tu cuba le fikir2 kan sendiri.

nanti saya sambung kaedah ajar ingat guna mulut. InsyaAllah

5 comments:

  1. wow menarik tips ni.... akan di praktikkan bila tiba masa nanti saya mengajar anak... (^_^)

    ReplyDelete
  2. memang kena. skrg datt memang dah baca iqra 2 kat sek. memang saya tergolong dlm golongan dlm tajuk..

    hai hati.. sabarr la..

    ReplyDelete
  3. Rin : mmg byk cara nak ajar anak ni..nak kena kreatif aje.

    Mama Datt n Dania : Ok le tu kalau dah masuk Iqra 2..janji nak mengaji.
    Sabar mmg kena sabar..cuma tak leh ikutkan sangat kehendak anak2 tu..langsung tak nak mengaji nanti

    apa pon semoga tabah dengan Dania ek. hehehee

    ReplyDelete
  4. sedang mengalami, masa a ba ta tu ok lg masuk ba ta sa dia dah x reti..keliru ta dan sa..adui..mmg mencabar, tapi kalau anak dah pandai dpt kepuasan pula..

    ReplyDelete
  5. isnyaAllah anak tu nanti akan padndai nanti..sabar je.

    banyakkan teknik..dan perhatikan teknik mana yang sesuai

    ReplyDelete