Tuesday, February 22, 2011

selawat jibril dan zikir

DOA PELEMBUT HATI


albarakah
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa
Baca 19 kali pada ubun-ubun anak-anak yang degil atau sesiapa yang dihajati. Jika orang itu jauh, baca 19 kali selepas solat dan diniatkan.- di petik dari Ustaz Kazim Elias

atau

boleh baca Surah Alam Nasyrah setiap kali masak nasi

Monday, February 21, 2011

Doa Menghentikan Tabiat




Assalamualaikum, inilah satu doa dalam mengikhtiarkan supaya seseorang meninggalkan tabiat buruk. Perbuatan yang selalu dilakukan akan menjadi hobi, tapi bila dah keterlaluan dan tidak boleh berhenti maka sudah jadi tabiat. Ada tabiat menghidu gam, dadah, anak kecil dengan bantal busuk, perempuan yang suka perempuan, dan sebagainya. Mudah2mudahan doa ini menjadi usaha yang mustajab untuk menghentikan tabiat. Boleh juga dibaca bersama Doa Pemisah.

di petik dari blog http://ustazhanafi.blogspot.com/

Pandai Mengaji harus pandai membaca

Kebiasaan bagi anak2 yang pandai mengaji seharusnya akan boleh membaca, asalkan dah boleh mengenal. Percaya atau tidak anak2 yang boleh mengaji pasti akan boleh membaca JAWI. InsyaAllah. Kalau ada kelapangan kita cuba lihat di mana yang membuatkan anak ini boleh membaca jawi.

Mengapa anak-anak tidak mahu mengaji

Menjadi satu permasalahan bila anak2 yang tak ingin atau tidak mahu mengaji, hati mula risau bila melihat anak orang lain atau anak sedara dah mula pandai mengaji. Di sini kita cuba melihat sepintas lalu apakah faktor2 yang menyebabkan perkara ini berlaku.

Secara am nya bila kita imbas kembali waktu zaman anak2 kita masih kecil sekitar 2,3 atau 4 tahun adakah kita memberi pendedahan mengaji ini pada mereka? ini adalah permasalahan yang utama ramai yang melebelkan ini sebagai "pendedahan awal". Awal  yang macam mana, adakah sekadar tunjuk buku iqra sahaja ? kalau setakat tunjuk sahaja ia tak ubah kita tunjukkan komik2 atau buku bacaan lain.

insyaAllah bersambung...