Tuesday, June 21, 2011

Islam MeLarang Ibu Bapa Mencaci / Menyumpah Anak - PART 1

disini - PART 2 

Sering kita mendengar dalam kehidupan seharian, seorang ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan atau kesalahan yang dilakukan. Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan kata kotor ataupun doa yang tidak baik sehingga menjadi kebiasaan. Memang tugas sebagai ibu di rumah tangga mempunyai tugas yang sangat berat, ibu yg tidak berkerja mempunyai kerja yang tidak terbatas berbanding bekerja di pejabat selama enam hingga lapan jam. Ibu yang memiliki anak menjaga mereka 24 jam, belum melayani suami, memasak, mengurus rumah, menggosok pakaian dan sebagainya.

Tentu ibu yang perlu menyelesaikan tugas itu bersendirian dan biasanya apabila ibu keletihan di tambah pula dengan kerenah anak sudah pasti ibu tidak dapat kawal emosi. Maka keluarlah cercaan, cacian, makian, laknat dan sumpah yang tidak baik kepada anak mereka. Biasanya seorang ayah yang mendengar kadang hanya berdiam diri saja. Lalu bagaimana sebenarnya Islam memandang hal ini? Islam melarang ibu bapa melaknat anak mereka, bukan hanya itu kita pun dilarang menyumpah diri kita sendiri ketika kita marah. Sesungguhnya kita tidak mengetahui bila waktu yang kita ucapkan perkataan itu menjadi doa dan di kabulkan.

Tip2 yang boleh di pelajari oleh ibu agar mereka mampu boleh mengawal emosi ketika marah. Antaranya:

1. Ketika ibu marah, ingatlah bahawa Allah selalu mengawasi kita dan ingatlah bahawa anak tidaklah terus menjadi dewasa dan memahami kehendak kita.

Kita juga dulunya anak yang nakal dan menyakitkan orang tua kita.

2. Tarik nafas dalam-dalam dan santai (relaks).

3. Bila kedua-dua cara di atas belum boleh menguasai emosi segeralah beristighfar. Apabila ingin meninggikan suara maka lakukanlah sehingga anak mendengar suara kita.

4. Seseorang akan mudah marah akibat keletihan. Maka jangan memaksa diri dalam melakukan pekerjaan rumah sebaiknya tidurlah segera ketika anak tidur. Berbincanglah dengan suami berkenaan cara dan kaedah selain bacalah buku sebagai panduan.

5. Jangan lupa berdoalah kepada Allah agar hati ibu dalam genggaman-Nya. Insya-Allah, kita tidak akan membiasakan diri lagi menyumpah anak kita ketika marah.




Seri Kasih
kredit to http://www.facebook.com/notes/ibubapa-cemerlang/islam-larang-ibu-bapa-mencacisumpah-anak/10150195603584898


disini - PART 2 

Jaga Aib

Aib secara sepintas lalu bermakna keburukan / kekejian / kelemahan. Menceritakan aib orang bermakna menceritakan keburukan / kekejian / kelemahan orang lain. Haram hukumnya.


Hadis Rasulullah SAW:
“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri” 
Dalam rumahtangga :
Jangan menceritakan/buka aib pasangan suami/isteri pada sesiapa pun walaupon ahli keluarga. Bila kita menceritaka bermakna kita telah membuka aib diri sendiri. Dan kebanyakan dengan berlakunya hal ini akan berlaku keretakan hubungan. Perlu di ketahui oleh kita bahawa setiap manusia itu mempunyai kelemahan yang sedia ada dalam diri. Kelemahan yang ada pada diri ini telah di titipkan dari azali.

Isteri cermin untuk melihat Suami  
Anak-anak cermin untuk melihat ibubapa. sebab tu orang dulu2 selalu tanya " kamu ni anak sapa" bermaksud dengan kenalnya ibubapa itu tadi orang dah dapat agak sifat ibubapa jadi acuan dari ibubapa akan terbentuk pada anak-anak.

Apa tujuan kelemahan ini ? 
Tidak lain hanyalah untuk menimbangi sifat manusia itu sendiri. Untuk memberitahu bahawa manusia itu bukan Tuhan / Juga memberitahu bahawa manusia itu tidak terlepas dari kesilapan dan yang paling utama dan terpenting sekali ialah untuk memberitahu bahawa Allah Azzawajalla itu kaya dengan sifat Maha Pengampun. Adanya berlaku kesalahan dari kita bermakna adanya satu Kuasa yang mampu memberi kita pengampunan. Setiap di ciptakan oleh Allah itu ada pasangan. Jadi kita yang sudah mengenal kelemahan diri sendiri harus pandai mengimbangi sehingga kelemahan kita itu tadi tidak menganggu dan menyakiti hati orang lain.

Dalam Laman Sosial :
Yang ini amat menyedihkan dan memeritkan. Ramai di antara kita terlepas kata / terlepas taip / terlepas apa aje la yang terlepas sehingga mengaibkan orang lain. Yang tak sedap perut melihatnya bila kita lihat kawan2 kita membuka aib pasangan sendiri (dah kawin) pada kawan2 yang lain.


note : jagalah hati dan anggota lidah mudah-mudhan Allah jaga aib kita. jangan sampai di sebabkan mulut badan binasa