Thursday, June 9, 2016

Ziarah Makam di Masjid Kg Hulu Melaka


Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka.

Gambar dari internet


Dibina dalam tahun 1728, Masjid Kampung Hulu di Melaka adalah masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga kaum Cina.

Pemerintah Belanda telah menugaskan Kapitan untuk mengetuai penduduk tempatan dalam pembinaan tempat ibadat mereka, Dato' Samsuddin Bin Arom, seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam, [ditugaskan pemerintah Belanda untuk membina Masjid Kampung Hulu. Binaan asal kemudiannya diperbaiki oleh Sheikh Al Omar bin Hussain Al-Attas.


Beduk ini terletak di bahagian atas pintu masuk Masjid.



Masjid ini mempunyai bumbung berlapis 3, dengan bentuk seakan-akan piramid. Ruang di antara lapisan-lapisan bumbung ini membolehkan kemasukan udara dan cahaya ke dalam masjid. Mereka percaya bahawa lapisan paling atas bumbung masjid bererti `iman manusia kepada tuhan’, lapisan kedua, `hubungan manusia dengan manusia’ dan ketiga membawa maksud `alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta’.

Bagi pandangan aku pula 3 lapis itu membawa erti Iman, Islam, Ihsan



Gambar Menara (di bawah) yang masih lagi berdiri kukuh di dalam kawasan masjid. Jika di perhatikan di melaka, masjidnya hampir kesemua mempunyai ciri-ciri yang sama.


Cerita ku : Sewaktu aku mula sampai di masjid ini aku merasakan sedikit sakit kepala, aku terasa semacam ada bebanan atas kepala..mungkin faktor cuaca barangkali, dalam aku melihat sekitarnya aku beralih ke kolah masjid. melihat gelagat tetamu yang hadir. Dalam sedang aku bersantai-santai..terdetik dalam hati aku mengatakan "ada makam di sini"..apakah benar? Walhal ini bukan pertama kali aku jejak di sini,... terus aku ambil keputusan untuk meninjau-ninjau keadaan masjid, di samping mata ku mencari-cari benarkah ada makam di sini. Sampai di perkarangan letak kereta aku melihat memang ada perkarangan kubur masjid, hampir kesemuanya batu nesan di warnakan dengan warna perak (silver), aku melepasi perkarangan tersebut sambil memandang-mandang batu nesan. Sampai lah di satu sudut aku melihat ada satu makam yang telah di pagarkan. Makam siapakah? aku hanya melihat-lihat sahaja. di sampaing menghadiahkan fatihah. 

Dalam 10 minit aku kebahagian kolah masjid untuk selesaikan urusan ku..selepas selesai bertemu imam masjid..aku sembang ringkas..dari sembang itu lah imam itu memberitahu pada ku bahawa ada satu Makam Wali Allah..di belakang..seperti tersentak aku..maka benarlah kata hati ku "ada makam di sini" makam wali Allah rupanya. selepas selesai urusan ku aku kembali ke perkarangan kubur..aku teliti satu persatu dengan mata ku di manakah makamnya ? Bila di fikirkan kembali bukankah mudah aku bertanyakan imam tu sahaja..tapi entah mengapa aku tidak bertanya..


Dalam meninjau dengan mata..aku melihat ada 3 buah kereta masuk di perkarangan masjid dan parking di sebelah kawasan perkburan...aku hanya melihat sahaja..mereka seperti menuju ke satu tempat seolah2 sudah biasa........MasyaAllah rupanya makam itu di situ...Ya di situ...aku perhati mereka menghadiahkan bacaan mungkin al fatihah, selepas mereka berlalu pergi aku terus ke makam tersebut...Allahurabbi inilah makam yang terdetik dalam hati ku..Subhanallah. 





makam Wali Allah yang bernama Sayyid Abdullah Al-Haddad. 
Mungkin masjid ini istimewa kerana adanya makam ini wallahuaklam

Seperti kebanyakan masjid-masjid yang lain terdapat juga makam-makam yg di semadikan di perkarangan masjid kampung Ulu. Yang menarik dan istimewanya adalah Makam di  bawah ini. Di katakan makam ini adalah makam Wali Allah yang bernama Sayyid Abdullah Al-Haddad, seorang guru agama yang terkenal yang dianggap sebagai Wali. 

Tuesday, June 7, 2016

Salam Ramadhan 2016 - PUASA

Salam ramadhan, hari ini merupakan hari ke 2 kita berpuasa. Bulan yang penuh dengan limpahan.

Golongan Awam
Secara zahirnya di bulan ramadhan kita akan berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga, ini adalah puasa bagi orang-orang yang awam. Orang awam ini adalah orang yang mengaji di kategorikan sebagai orang yang biasa-biasa sahaja, beramal ibadah pun sekaar biasa-biasa sahaja. jadi layaklah mereka menerima ganjaran yang biasa-biasa.

Golongan Pertengahan
Setengah lagi adalah golongan orang yang berpuasa menahan lapar dan dahaga SERTA mereka menahan diri daripada melakukan perkara yang haram, termasuklah perbuatan yang boleh merosakkan HATI seperti ujub, takbur, hasad. Golongan ini adalah golongan yang atas sedikit dari yang pertama tadi. Walaupun mereka menjaga hati dari melakukan perkara yang boleh merosakkkan hati tapi masih mengharapkan ganjaran pahala. Golongan ini sekiranya ia terus menerus menjaga hati mereka akan di angkat martabatnya oleh Allah menjadi Ahli Ibadah.

Golongan yang sedikit.
Ini adalah golongan yang sedikit dari kebanyakan manusia, golongan ini berpuasa adalah dengan menahan lapar dan dahaga, SERTA menahan dari melakukan perbuatan yang haram SERTA YANG PALING UTAMA bagi golongan ini adalah MENAHAN DIRI DARI TIDAK INGAT PADA ALLAH. Maksudnya ialah mereka akan menjaga ingatan mereka sentiasa ingat pada Allah, bukan sahaja pada bulan Ramadhan tetapi setiap waktu, cumanya pada bulan Ramadhan adalah bulan yang mereka menunggu limpahan Rahmat dari Tuhan. Golongan ini sebenarnya tidak ingat lagi tetang perihal makan dan minum, bagi mereka makan atau tidak, minum atau tidak adalah perkara yang sama. Kerana mereka sibuk dengan ingatan yang penuh berisi dengan Dzikrullah.


Kesimpulan : Ellakan diri dari menjadi orang awam, kerana orang awam ini adalah orang yang tidak di janjikan apa2 imbuhan untuk akhirat. Mereka hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja tetapi keikhlasan tidak menjelma dalam ibadah. Mereka ini adalah golongna ikut-ikutan. Puasa orang awam adalah puasa keanak-anakan, takkan kita yang sudah berumur hampir 40tahun ini masih menggunakan ilmu orang awam atau keanak-anakkan.

Monday, April 25, 2016

7 Sikap Ibu Bapa ‘Perfectionist’ Ini Punca Anak-anak Penakut, Rendah Diri


7 Sikap Ibu Bapa ‘Perfectionist’ Ini Punca Anak-anak Penakut, Rendah Diri

Menurut laman Phsychology Today, dalam artikel bertajuk ‘A Nation of Wimps’, anak-anak hari ini menjadi semakin lemah dan penakut dek perangai ibu bapanya yang ‘terlalu mengambil berat’ atau ‘perfectionist’.
Contohnya, kalau buat kerja sekolah, cepat saja kata “susah”, “tak reti”. Ada yang takut gelap, takut berenang, takut cicak.
Pernah tak terfikir mereka jadi begitu disebabkan sikap ibu bapa sendiri? Bukankah kita impak pertama dan terbesar dalam hidup mereka?
7 Sikap Ibu Bapa ‘Perfectionist’ Jadikan Anak Penakut
Secara tidak sedar, pembawaan ibu bapa dalam mendidik anak memainkan peranan penting. Ianya bermula sejak kecil lagi. Jadi, cuba refleksi diri dan lihat sama ada kita melakukan kesilapan berikut:
dad-teaching-son
  • Meletakkan Harapan Yang Terlalu Tinggi
Siapa tak mahu anaknya berjaya? Sudah tentu setiap ibu bapa mempunyai segunung impian buat anak-anaknya supaya menjadi orang yang luarbiasa. Tetapi, anda perlu bijak meletakkan sempadan antara ‘sokongan’ dan ‘tekanan’.
Mungkin mereka akan jadi seseorang yang takut gagal kerana tak mahu mengecewakan anda, bukannya kerana mahu belajar menjadi orang berguna.
Parents-scold-their-teenage-son
  • Suka Menasihat (Dan Membebel)
Kita selalu menganggap anak kecil takkan faham, jadi kita ulang cakap berkali-kali. Tapi, sebenarnya tahap konsentrasi mereka dalam satu-satu masa tidaklah sepanjang bebelan anda! Jadi, usahlah memberi kritikan berjela kerana ia mengelirukan dan susah difahami oleh anak.
Sebaliknya, ringankanlah mulut memuji mereka walaupun pada perkara kecil. Mereka tentu akan rasa lebih bersemangat.
79122778
  • Sukar Menerima Anak Seadanya
Di kelas, mungkin mereka bukanlah pelajar cemerlang atau tak pernah memenangi apa-apa pertandingan. Tak tahu apa bakat mereka, semuanya biasa-biasa saja. Tapi, selagi mereka tidak melakukan sesuatu yang buruk, apa salah mereka? Walau apa pun, kita mesti menerima mereka seadanya. Ini antara sebab yang menjadikan anak pemalu, rendah diri, dan kurang yakin.
superhero-father-and-son
  • Terlalu Sibuk Jadi ‘Superhero’ Keluarga
Kita tak pernah menampakkan kelemahan kita di hadapan anak-anak. Memanglah, semua ibu bapa kalau boleh nak jadi ‘superhero’ untuk anak mereka!
Tapi, anak-anak perlu tahu bahawa mereka tidak perlu jadi seseorang yang sempurna serba-serbi. Jadi, jangan segan untuk mengaku kesilapan kita di hadapan mereka.
An angry, white man yells and points in the direction of the camera.
  • Tak Mahu Menerima Pertolongan Orang Lain
Cakap saja kerja apa, semua kita boleh buat. Serba bolehlah katakan… Kalau anak nak tolong, mesti cepat saja kita menolak. Nak siap cepat, takut berkecah. Kalau suami nak tolong pun, kita pula mengkritik. Bahayanya sikap ibu bapa ini bagi anak-anak adalah mereka akan merasa ‘perlu’ lakukan semuanya sendiri.
Apabila menghadapi kesulitan, mereka pula jadi susah melafazkan perkataan ‘tolong’. Ia menyebabkan anak tertekan, mudah mengalah dan tak mahu terus mencuba.
Strict father punishes his son. Isolated on white background
  • Fokus Kepada Keputusan Berbanding Usaha
Sesetengah sikap ibu bapa asyik bertanyakan “Dapat berapa ujian hari tu?” Sebaliknya, selalulah ajukan soalan “Buat apa di sekolah hari ini?” Ada juga yang hanya akan memberi sorakan pada anak kecil apabila dia berjaya melakukan sesuatu, seperti melangkah kaki atau menyebut perkataan pertama.
Yang penting adalah proses pembelajaran, bukannya keputusan. Proses inilah akan menjadikan anak lebih matang dan bijak membawa diri di kemudian hari.
Father-scolding-son-MSNBC-Lawrence-ODonnell-Attacks-Bible-use-at-Obama-Inauguration
  • Asyik Cakap ‘Jangan’ 
“Jangan lari, nanti jatuh.” ” Jangan buat macam tu, bahaya.” “Jangan bising sangat boleh tak?” Jangan, jangan, jangan. Ini adalah ungkapan negatif yang akan mempengaruhi emosi mereka. Mereka akan ‘tersekat’ dan jadi penakut untuk mencuba sesuatu di luar pengawasan kita.
Sekali-sekala, biarlah mereka bebas melakukan sesuatu. Kalau jatuh, biar mereka belajar untuk bangun.

Biar Anak Belajar Buat Sendiri

Tukar mentaliti. Relaks, dan jangan ambil serius sangat tentang pencapaian mereka. Biar mereka ambil masa bereksperimen dan belajar jadi ‘orang’. Bukannya mesin.
Ingat, kegagalan sebenar hanyalah apabila kita tidak mahu mencuba. Yang penting, anda sentiasa memberi sokongan kepada mereka setiap masa.

Wednesday, April 6, 2016

Kisah dan Tauladan : Harus Baca

Dipetik dari FB kisah rumah tangga


Assalamualaikum admin dan warga KRT yang budiman. Saya seorang ayah yang berumur 32 tahun. Alhamdullilah, saya dikurnia kan seorang anak perempuan yang berusia 6 tahun. Saya sering membaca keluhan para isteri di laman KRT ini dan tidak lupa juga kisah sang suami yang rata2 dilema dalam isu poligami. Yang ini saya tiada komen.(^_^). Tujuan saya menulis hari ini adalah kerana terdetik kerana banyak kesusaha yang saya lihat dihadapi ole ibu2. Di sini saya nak ceritakan sedikit tentang perjalanan kisah hidup saya sebagai seorang lelaki,suami dan berstatus bapa tunggal.

Saya mengenali bekas isteri saya di university. Masa itu kami sama2 penuntut ijazah. Sama batch Cuma umur kami berbeza,dia muda setahun dari saya. Kami bercinta selama 3 tahun,selapas tamat pengajian, Alhamdulliah,mungkin rezeki kami baik,kami dapat pekerjaan walaupun dalam private sector.selepas genap setahun, sya beriathu yang saya berminat untk menyambung didalm MBA. Saya cakap selagi masih muda, saya berminat untuk menyambung pelajaran.lagipun kita bukan dikalangan orang yg senang, xda apa yang kita boleh banggakan pada anak cucu dikemudian hari kalau bukan ilmu.