Wednesday, September 4, 2013

Hijab Kekasih ( M Nasir)




 Dari Penulis Lirik Hijab Kekasih (http://www.youtube.com/user/tokasid)

Salam semua,
Disini saya terpanggil untuk membetulkan keadaan yang tersalah sangka sebilangan You Tube creator. Nama saya Syed Seth Benyahya atau lebih dikenali ' Seth ' dalam penulisan lirik dan saya jugak adalah penulis lirik Hijab Kekasih. Selain Hijab Kekasih, banyak lagi lagu-lagu yang saya tulis seperti Senja nan Merah, Seloka cak kun cak dan lain-lain lagi.

Di sini saya ingin menceritakan apakah sebenarnya cerita di sebalik Hijab Kekasih..

Hijab Kekasih mengisahkan seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang namanya saya lupa akan tetapi saya terpanggil untuk menulis tentangnya kerana setiap kali saya terbaca kisahnya saya terasa amat sebak sakali sehingga boleh mengalirkan air mata. Ia mengisahkan seorang sahabat nabi yang terlalu sukar untuk mendapat jodoh kerana keadaannya yang hitam dan hodoh dipandang orang.

Lalu pada satu hari dia berjumpa Nabi dan ceritakan masalah beliau dan Nabi pun menyuruhnya pergi berjumpa dengan seorang kenalan Nabi untuk meminangkan dengan anak gadisnya. Kebetulan pula anak gadisnya seorang gadis yang amat cantik sekali di kalangan gadis-gadis tempatan. Apabila dia bertemu dengan si Ayah, si Ayah menolaknya mentah-mentah, lalu dia pun pergi dengan hati yang luruh.

Kebetulan pada masa dia meluahkan pada si Ayah apa yang tersirat didengar oleh anak gadisnya lalu dia tegur pada si Ayah dan berkata, tidakkah yang menghantar pinangan itu adalah Nabi Muhammad S.A.W.? tersentap hatinya apabila dia mendengar kata-kata anak gadisnya. Dia pun pergilah berjumpa dengan Nabi dan menerima pinangan itu, lalu sahabat tu dinikahkan.

Selesai sahaja dinikahkan diumumkan pula oleh Saidina Omar untuk memanggil semua pemuda-pemuda untuk pergi berperang pada keesokannya dan dialah orang (sahabat Nabi yang hitam) yang pertama menyahut panggilan itu dengan pun belum berjumpa dengan isterinya yang baru dinikahinya. Sebelum dia berangkat kemedan perang, dia telah dibekalkan sehelai kain hijab oleh isterinya dan kain hijab itulah pengubat rindu di malam hari semasa di kemah peperangan dengan dipegang erat dan disitu permulaan lirik.

Pemuda itu telah mati syahid dalam peperangan itu. Itu adalah serba sedikit cerita tentang lirik Hijab Kekasih yang sempat saya coretkan dalam ruangan ini supaya dapat dikongsi bersama.
Wassalam.