Tuesday, December 29, 2015

Jangan Herdik dan memaki hamun anak-anak - PART 2

Assalamualaikum..byk admin dapat persoalan-persoalan yang berkaitan dengan tajuk ini..kebanyakannya dari golongan remaja..ye admin tahu yg bertanya itu semua dari golongan remaja.

Dari sambungan bahagian kedua ini admin hanya ingin membuat kesimpulannya sahaja dan tidak akan membuka part 3 dalam tajuk ini.

Kepada ibubapa berlembutlah dengan anak-anak ini, berlembut dengan erti kata menegur dengan kalimat yang memberi kesan ke hati sanubari. Bukan berlembut sehingga kalian ibubapa dipijak kepala. Bagaimana berlembut dengan kalimat yang berkesan..pertamanya pastikan kita tegur itu datangnya dari  hati kita yang dalam, bukan dengan nafsu amarah..hati yang dalam itu sebenarnya adalah lintasan-lintasan yang baik yang datangnya dari Allah Taala dan juga bisikan para-para malaikat. Bayangkan sekiranya ianya adalah lintasan dari Allah atau para-para malaikat..bukankah ianya satu nasihat yang baik..bila ianya datang dari bisikan hati pasti akan menembus ke hati juga. Hati siapa?..hati anak-anak yang  kita nasihatkan, kerana dengan bahasa hati jugalah yang akan menembusi hati orang lain. ibarat kata hanya HATI mengenal HATI.

Apa akan jadi bila menasihati dengan nafsu Amarah..Nafsu amarah adalah nafsu yang paling rendah sekali..nafsu ini adalah nafsu yang akan di limpar ke dalam api neraka sekiranya seseorang itu memiliki sifat nafsu ini..sekiranya kita faham akan nafsu ini pasti kita akan sedia maklum bahawa nafsu amarah tidak akan dapat menembusi hati anak-anak untuk di nasihati melainkan nafsu ini akan memainkan peranan untuk merubah anak ini menjadi lebih agresif atau kata lainnya menjadi nakal/buas/kurang ajar/ buruk akhlak/melawan/ dan banyak lagi sifat-sifat yang buruk..sebab apa? Sebab nafsu amarah ini lah nafsu yang keji....ada 10 ciri-ciri sifat nafsu amarah yang telah di gariskan oleh imam ghazali itu adalah pokoknya.. Jadi fahamkah ibubapa apa sebab anak menjadi tidak mendengar kata?

Ibubapa harus membersihkan diri dari nafsu amarah ini. Marah/Pemarah salah satu sifat dari Nafsu Amarah. Marahlah anak ini dengan Marah Yang Haq..iaitu memarahi atas dasar membentuk anak menjadi lebih baik..maka baikkan dulu hati ibubapa dahulu. Kalau kita fahami nafsu amarah ini pasti kita juga akan lebih berhati-hati dalam berbicara dan menasihati. Ibubapa juga perlu ada sifat menghargai apa yang anak-anak ini lakukan..bukan sahaja menuding kesalahan bertubi-tubi pada anak-anak. Ilmu memahami isi anak-anak perlu diketahui supaya mudah memahami perkembangan dan perjalanan remaja..MUSTAHIL ibubapa tidak memahami kerana kalian juga pernah alami zaman remaja.


Kepada anak yang meningkat remaja, kamu sebagai anak perlu berjuang ke atas diri kamu untuk menyenangkan ibu bapa..bukan memprotes yang kamu sendiri tidak tahu apa tujuan ibubapa kamu menasihati kamu..ibubapa kamu lebih tahu akan perjalanan hidup dari kamu. Buat yang terbaik untuk ibubapa kamu, gembirakan mereka, zaman muda kamu harus berjalan dengan teliti...waktu umur remaja kamu itu ibarat berjalan di atas jambatan yang halus berat kekanan akan jatuh..berat kekiri akan jatuh..tak berjalan akan jatuh..berjalan laju akan tergelincir jatuh..maka hati-hati dalam menempuhi hidup, berjaya kamu mesti di iringi dengan DOA ibubapa. dengan doa dan redha ibubapa kamu itu lah yang membolehkan kamu melepasi jambatan halus. Kalau sudah memprotes hari-hari bukankah ia meletakkan diri kamu itu menderhaka..bukankah orang yang menderhaka itu orang yang jauh dari rahmat Allah..orang yang jauh dari Rahmat Allah adalah orang yang tidak mendapat Redha ibubapa..maka kamu harus renungi ini semula..bawak minda kamu berjalan ke asal-usul semula..fikirkan semula. bentuk diri kamu semula. dapatkan Rahmat ALlah..dapatkan Redha ibubapa dan BERJALANLAH dengan di iringi DOA mereka.

Tuesday, December 22, 2015

Ayat Pembatal Sihirr


Ayat Pembatal Sihir

Di baca 21 kali sekali gus atau di baca sekali dan di ulang yg bertanda merah 21 kali
boleh di baca juga pada air.

Tuesday, November 17, 2015

Zina Yang MengGILA



  • Seawal Zina
  • Alam Zina
  • Selepas Zina




Seawal Zina.

Di sini saya istilah seawal zina ialah dengan memaksudkan peringkat awal perzinaan iaitu di awal perkenalan di antara lelaki dan perempuan atau bahasa muda mudinya couple. 

Perkenalan di peringkat awal ini di fahami ramai orang ialah alam percintaan, percintaan yang lahir dari jiwa seseorang terhadap seseorang yang lain yang menimbulkan getaran-getaran hati untuk mengenali hati budi seseorang. Keperluan dalam percintaan ini adalah satu kemestian dalam perhubungan, tiada tindak balas dari seseorang terhadap dirinya tidak di namakan alam percintaan. Hubungan dua hala antara hati ke hati di perlukan bagi melahirkan dunia percintaan. Antara kesan lahirnya percintaan ini ialah timbulnya perasaan kasih dan sayang, mengambil berat antara satu dengan yang lain, bercumbuan tanpa batasan, melakukan kemaksiatan, bersenda gurau tanpa batasan dan banyak lagi jika ingin di tuliskan, cuma di sini sebagai  mukadimahnya apa yang hendak saya sampaikan ialah penerangan peringkat awal perzinaan.

Bermulanya Peringkat Awal Zina 

Timbul keinginan (bernafsu) untuk mencari pasangan. Ini sebetulnya adalah fitrah manusia yang Allah letakkan di dalam setiap diri anak adam. (bahagian ini tidak akan di bahaskan kerana perlu dibuat tajuk yang baru) Apabila timbulnya nafsu berpasangan ini, maka ketahuilah bahawa nafsu syahwat sudah mula terbina. Maka timbullah untuk berpasangan, pada awalnya kebanyakan pasangan ini adalah hanya untuk menjalinkan hubungan yang suci dan murni, seolah-olah mengikut fitrah yang dibenar syarak tetapi apabila keinginan nafsu itu tidak di sulami dan di bendung dengan iman maka nafsu akan mengambil alih hubungan itu. Ini yang ingin di bincangkan.

Bermula perkenalan seawal perzinaan ini boleh di ketegorikan sebagai 3 situasi ia bermula dengan melihat, pertuturan, pergeselan atau bersentuhan.

Situasi 1 MELIHAT

- Dengan jelingan mata yang melihat akan memberi respon pada orang lain . Apa bila jelingan kita ini beserta nafsu maka nafsulah yang akan mengambil alih. Jelingan mata ini akan di bawa ke dalam hati dan di proses pada fikiran, dan yang akan timbul adalah bayangan awang-awangan iaitu satu proses hubungan yang terlarang telah terjadi di akal fikiran, kemuncaknya dia akan berusaha untuk mendapatkan pasangan itu. ini di namakan ZINA MATA.


Situasi 2 PERTUTURAN

- Pertuturan memerlukan alunan suara, alunan suara wanita adalah alunan bunyi yang memberangsangkan untuk nafsu. Sebab itulah wanita ini di suruh menjaga suaranya, kerana suara yang beserta  nafsu akan membuat pasangannya tidak keruan, tambah lagi bergelak ketawa, bergurau senda. Jangan kata mereka yang sedang di lamun cinta sahaja yang mengalami ini tetapi mereka yang sudah berkahwin pun tidak mampu menahan dari gelora nafsu apabila mendengan suara wanita yang merintih, merayu, di tambah pula pertuturan itu lebih kepada aktiviti seksual. Ini di namakan ZINA MULUT

Situasi 3 Bersentuhan

- Bersentuhan ini adalah musuh dalam senyap, bersentuh secara sengaja atau tidak sengaja pasti menimbulkan syahwat, dengan bersentuhan membuatkan pintu nafsu terbuka luas. Bersentuhan secara sengaja apabila pasangan itu berada dalam proses percintaan, mereka tersangat intim, berpegang tangan adalah perkara biasa, perlu di ketahui apabila proses berpegang tangan ini berlaku pasti banyak lagi kawasan yang akan bersentuhan. tidak perlu di nyatakan kerana saya bukan nak menceritakan hal ini secara detail tetapi kita ingin melihat proses terjadinya ZINA ini.


****************************

Ketiga-tiga ini akan memberi kesan pada jiwa seseorang dan pasangannya. Kesan yang ketara adalah hilang malu, hilang harga diri dan hilang adab sopan dan santun.

Apabila hilang malu, maka terbit satu perasaan berani pada diri, berani untuk lebih intim dengan pasangan, apa tujuannya? Tujuannya ialah membuktikan I LOVE U. Dengan hilangnnya perasaan malu inilah hubungan badan mula terjadi, dari berpegang tangan, usik sana usik sini, sentuh sana sentuh sini maka akan terjadi posisi dakapan, naik pula kepada mulut ke mulut  dan yang terlebih keji adalah melakukan hubungan syahwat. Akan di detailkan kesannya orang yang masih dalam berzina ini dalam perenggan ALAM ZINA

Mereka yang berada di alam awal zina ini seolah hanya mereka berdua sahaja yang hidup di muka bumi, dari bersembunyi-sembunyi bersentuhan akan berlaku secara terang-terangan di khalayak umum. Ya..mereka sudah berani, kerana diri sudah di ambil alih oleh NAFSU.

Mereka mula mencari tempat-tempat yang lebih privacy hanya kerana untuk bersentuhan, bermanja, bergurau senda walaupun pada peringkat ini tidak berlaku proses hubungan seks. Tempat yang biasa menjadi perhatian bagi mereka di peringkat awal zina ini ialah panggung wayang, taman permainan (waktu malam / waktu bekerja), rumah bujang, hotel, rumah penginapan dalam kereta dan terlebih sedih adalah rumah sendiri semasa ketiadaan keluarga. Maka hati-hatilah apa bila meninggalkan rumah pada anak atau adik lelaki atau perempuan yang sedang hangat bercinta.




Kesan dari ZINA AWAL.

1. Mereka yang berada di alam zina awal ini proses mengumpul dosa sudah bermula, mereka ini di dalam agama di labelkan golongan yang bermaksiat. Maka dengan izin Allah perasaan malu mula tercabut sikit demi sedikit. Apa bila di angkat perasaan malu ini maka cahaya di wajah akan mula terpadam, muka akan menjadi kusam. Kerana apa ? Kerana di katakan malu itu sebahagian dari cabang-cabang iman. Apa bila iman di angkat  maka hati akan gelap, apabila hati gelap tiada cahaya iman di dalam hati maka akan terpancar di wajah dengan wajah yang muram dan kusam.

Sebab itulah Hati perlu di jaga..kerana dari hatilah terpancarnya ekspresi wajah.

Dari ketiadaan cahaya iman dalam hati maka otak akan menjadi lemah terutama dalam membezakan mana buruk mana yang baik dan mana yang haram mana yang halal. Kalaulah seseorang itu memiliki secebis iman pasti dapat membezakan perkara di peringkat awal zina ini adalah satu perkara yang haram. Jelas dan nyata hukumnya.

2. Mereka yang berada dalam peringkat awal zina ini harga diri sudah mula hilang, bukan sebab kerana dara dan teruna mereka ini sudah tiada tetapi nilai-nilai  murni itu sendiri sudah tiada. Bagai mana pula sekiranya mereka sudah melampaui perbuatan bahasa mudahnya sudah terlanjur atau bahasa manisnya melakukan seks haram? Pasti tiada harga diri. Apakah maksud harga diri ? Untuk memudahkan faham Harga diri ialah apabila orang sekeliling memandang kita dengan pandangan yang sudah tidak mempunyai nilai-nilai suci. Bayangkan kemaluan dan tubuh badan yang di jaga sekian lama dan duduk nya di dalam pakaian dan di dalam tempuh yang singkat sudah di lihat oleh yang bukan ada pertalian suami atau isteri. Bolehkah anda bayangkan ?

Sekiranya pada waktu ini saudara atau saudari sedang membaca petikan di atas itu tadi dan timbul perasaan malu, syukurlah kerana masih ada IMAN di dalam diri, kerana orang yang ada Iman dalam dirinya automatik dapat merasakan sesuatu itu patut atau tidak patut terjadi.

3. Perasaan cemburu dan tidak percaya satu sama lain mula terbit, kerana mereka yang berada di peringkat ini dengan sendirinya apabila bersendirian akan merasa diri mereka sudah berada dalam kekurangan harga diri. Tetapi di sebabkan iman sudah berkurangan maka hanya terbit keseronokannya sahaja. (Anda tidak percaya..tanya lah mereka yang sedang hangat bercinta..itu pun kalau mereka ingin bercerita.) Mereka cemburu apabila melihat pasangan mereka ini mula bermesra dengan orang lain, mereka takut di tinggalkan pasangan, takut merasakan hubungan mereka ini menjadi sia-sia, bayangkan diri kita ini sudah menjadi bahan sentuhan dan ramasan serta belaian orang yang kita anggap kekasih di hujung akhirnya menjadi sia-sia, sudahla mensia-siakan diri di sentuh dan di dakap dan di sia-siakan begitu sahaja. Maka timbul perasaan cemburu dan tidak percaya satu sama lain.

4. Titik fokus pada hubungan yang sepatutnya ke arah kesucian di dalam perhubungan sudah tiada. Setiap hari dan setiap kali apa bila bertemu pasti NAFSU akan menjentik untuk melakukan perkara yang haram. Dari masa ke semasa pasti sahaja ada benda baru yang akan di buat sehingga tiada perasaan malu meyelebungi diri. Mereka sebenarnya mempunyai titik fokus yang lebih jauh dari perhubungan yang di jalinkan, iaitu ingin melepaskan nafsu yang menggila itu dengan cara yang terlarang.

5. Dari sudut keagamaan

  • Meninggalkan solat / jarang solat
  • Rohani menjadi berat
  • Lemah dalam membezakan halal dan haram
  • Duit menjadi tidak berkat
  • Iman menipis
  • Reseki tersekat
  • Dikutuk Allah


Alam ZINA.

Dalam peringkat ini mukadimah zina tidak lagi menjadi halangan, bersentuhan, raba-rabaan, berpelukan, pergeselan itu semua sudah menjadi kebiasaan, pada saat ini keakraban telah sebati, tiada segan silu, apa yang ada pada pasangan semua sudah di londehkan hanya tinggal meRASAi yang lebih nikmat sahaja yang belum. Alam Zina adalah alam kemuncak ibarat kata air sudah berada di kepala. hanya tinggal hendak meletupkannya sahaja.

Keakraban dan keintiman ini akan membawa lebih jauh lagi imiginasi pasangan yang bercinta, tempat2 yang sunyi sudah tidak di layan lagi, kerana bagi mereka itu sudah tidak di perlukan lagi, yang mereka perlu ialah HOTEL dan rumah tumpangan. di waktu inilah badan bertemu badan, jantina bertemu jantina. apa yang hendak dirisau kan tiada mata-mata yang perlu di hiraukan tiada kelibat-kelibat manusia yang hendak di sekodengkan..hanya mereka berdua. Nauzubillahi minzalik.

Proses tercabutnya IMAN mula berlaku, syaitan dan iblis melepas tangan sambil bersorak kemenangan, hanya nafsu mengambil bahagian, hanya memberitahu dan membisikkan lagi dan lagi. Keseronokan mula timbul apabila melihat pasangannya itu hampir putus nafas, tapi tahukan kamu ada Yang MAHA MELIHAT, tanpa ada dinding, tanpa ada sebarang tembok yang dapat menghalang. Dengan izin Allah jualah Iman mereka ini tercabut hanya di sebabkan ikutan nafsu semata2.

Kesan-Kesan Alam ZINA

Mereka yang sering melakukan zina, pasti tidak dapat berhenti dari terus melakukan zina, bahkan akan bertambah-tambah jualah hubungan haram zina ini, sehingga air mani mula bercambah menjadi benih, maka tanggunglah segala ketakutan dalam diri, takut akan perut membuncit, takut di ketahui keluarga, takut terjadinya anak dalam kandungan, takut untuk menceritakan hal yang sebenar..serba-serbi takut. Perasaan menghantui mula terpahat dalam diri. Perasaan menyesal mula terbit. Tapi apa yang hendak di katakan lagi, kamu sudah TIADA DARA (KESUCIAN), TIADA TERUNA. Lihat diri kamu waktu itu..tanyalah pada diri kamu itu. Dengan dalam keadaan itukan kamu hendak persembahkan pada Tuhan yang MAHA MELIHAT?




......... sambung .........






Thursday, October 22, 2015

Di hitung Hanya dengan Niat

Bermula dengan sesuatu itu adalah dengan Niat.
Apa niat kamu untuk bekerja?
Apa niat kamu untuk belajar ?
Apa niat kamu untuk berkahwin ?
Apa niat kamu untuk makan ?
Apa niat kamu...Apa niat kamu..Apa niat kamu..Apa niat kamu..Apa niat kamu..Apa niat kamu..Apa niat kamu..Apa niat kamu..Apa niat kamu..Apa niat kamu..Apa niat kamu..Apa niat kamu..Apa niat kamu..Apa niat kamu...

JAGA NIAT !!


Tazkirah -

Salam Jumaat

Tadi Khutbah jumaat ada petik perihal Wajibnya beriman dengan AlQuran jadi sama-sama le kita manfaatkan umur kita yang hanya tinggal lagi 20 atau 30 tahun lagi ni (anggaran aje ye..) kalau di ikutkan sesaat pon kita tak pasti sama ada kita akan bernafas atau tak. Kalau kita lihat berapa ramai yang mati secara mengejut. Baru2 ni kawan aku meninggal asbab serangan jantung. (AlFatihah untuk mu sahabat). Jadi entry kali ni aku rasa aku nak tulis pendek saja asalkan maksud yang aku nak kongsikan sampai pada korang yang baca blog aku ni.

Entry yang lepas ada aku sentuh sikit bab hidayah..jadi aku rasa nak sambung sikit saja lagi.
"Sesiapa yang berniat untuk berbuat baik (menuju pada Allah) maka Allah bukakan 70 pintu hidayah/petunjuk" gitu le lebih kurang hadis nabi yang aku ingat..

Allah berfirman maksudnya "Orang yang bersungguh-sungguh di jalan kami, nescaya akan kami tunjukkan jalan-jalan kami" (surah al-Ankabut 29: 69)

Jadi pintu hidayah ni akan terbuka pada kita apabila kita mula berniat di jalan Allah(kebaikan). Niat ni pula haruslah jujur dan telus dan faham matlamat kita beserta degan kesungguhan. Jadi bila betul niatnya maka akan di bukakan 70 pintu hidayah/petunjuk.

Pintu hidayah ni akan sentiasa terbuka, tinggal lagi adakah kita hendak masuk kedalamnya?
Ramai yang mendapat hidayah tapi tidak juga bergerak dan berganjak atau kata lain berhijrah..kenapa? sebab masih tidak mendapat TAUFIK..Taufik adalah dorongan, dorongan yang kuat menyuruhkita dalam berbuat kebaikan. Mana nak dapat Taufik ? yang pertama mula cari kawan yang menjuruskan kepada kebaikan, kawan yang dapat memberi nasihat2 yang baik atau penggalak atau pembakar semangat..tinggalkan terus segala sumber2 yang mendatangkan keburukan (ini yang susah), sebab ia melibatkan kawan2.,jadi terserah pada yang nak berubah, pilih jalan mana nak di ikut...tanya iman yang sekelumit tu.

InsyaAllah

Dah tamat mengaji..?

Assalamualaikum

Dah tamat mengaji..? ada ke istilah dah tamat mengaji ?..jadi lepas habis mengaji takkan habis macam tu je. Ermm....kalau boleh di ulang-ulang bagus juga kan. Tapi kalau kita dah set minda anak2 ni mengaji hanya habis quran susah le..apa kata bagi tahu pada anak tu..mengaji ni mesti nak berterusan. Salah satunya orang yang rajin mengaji ni,..kuburnya sentiasa terang..terang dengan Rahmat Allah.

Contoh..cuba duduk dalam gelap, padahal kita tahu ada suiz dalam bilik tu..tapi kita tak pernah tahu itu suiz..duduk lah kita dalam kegelapan. Berbanding dengan orang yang duduk dalam bilik tapi tahu di mana suiz lampu dan tahu untuk memetik suiz lampu.
jadi beza terang dengan gelap amatlah jauh bezanya.

Jadinya orang yang tahu Alquran itu dapat menerangkan kubur tapi tidak di buka dan di baca..serupa dengan orang yang tahu ada suiz lampu tapi tak tahu itu suiz dan memetiknya.

Jaga Maruah !!

Ramai yang faham jaga maruah adalah menjaga diri dari berbuat maksiat bak kata pepatah melayu jangan menconteng arang di muka ibubapa. Tapi itu hanya sebahagian yang kita faham maksud menjaga maruah. Tetapi  menjaga maruah itu adalah luas skopnya..iaitu menjaga diri kita zahir dan batin dari membuka aib dan ruang-ruang fitnah pada diri kita juga mengelak dari berbuat kesalahan atau dosa zahir dan batin.

Menjaga maruah ibubapa
Jangan memalukan ibubapa kita di khalayak ramai terutama di hadapan adik beradik kita. Banyak berlaku  tapi ramai yang tidak perasan.

Thursday, August 20, 2015

Dua Kejahatan Di segerakan Balasannya di Dunia
by Abu Basyer on Friday, October 8, 2010 at 3:06pm

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.”
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah bahawa balasan kepada kedua-dua maksiat tersebut di atas akan mendapat balasannya secara tunai di dunia ini sebelum azab yang lebih dahsyat akan diterimanya di hari akhirat nanti.

Dua dosa besar iaitu melakukan zina dan menderhaka kepada dua orang tua adalah perbuatan dosa yang tidak ditangguhkan Allah hingga hari kiamat tetapi diberi balasan kerana perbuatan tersebut meroskan keturunan dan menafikan hak dan kemuliaan orang tua yang melahirkan dan membesarkannya.

Pertama : Kejahatan  zina.

Dalam sebuah hadis, baginda s.a.w. ada bersabda maksudnya : "Wahai orang yang beriman, takutilah kamu akan zina, kerana akibat daripadanya ada enam perkara, tiga di dunia dan tiga lagi akan berlaku di akhirat.

Ada pun yang berlaku di dunia ialah :

1. Kehilangan keceriaan wajah,

2. Pendek umur dan

3. Sentiasa dalam keadaan susah.

Manakala tiga balasan di akhirat ialah :

1. Kemurkaan Allah,

2. Balasan yang buruk, juga

3. Azab di Neraka. "

Rasulullah menjelaskan bahawa apabila seseorang itu berzina, maka akan keluarlah iman daripada dirinya seumpama awan yang melindungi atas kepalanya, kemudian apabila ia hilang, iman itu kembali semula.

Dalam sebuah hadis lain, riwayat Al-Hakim, baginda bersabda maksudnya :  "Barangsiapa berzina ataupun minum arak, Allah cabutkan daripadanya iman, seumpama manusia menanggalkan pakaian daripada kepalanya."

Hadis-hadis di atas dan juga hadis-hadis lain menyatakan bahawa seorang hamba yang melakukan zina, imannya telah keluar daripada dirinya. Bermaksud andainya dia benar-benar beriman kepada Allah, dia tidak akan berzina.

Apabila seseorang itu telah terjebak dengan zina, dia akan ketagih dan sentiasa terangsang. Tidak ada sesuatu pun yang hendak ditakutkan, lebih-lebih lagi sekiranya kedua-dua pihak pandai menyimpan rahsia, tidak mengandung dan tidak ditangkap basah.  Walaupun demikian, sekiranya seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah dan memahami hukum syariah, dia akan memahami bahawa zina itu adalah termasuk dalam salah satu dosa besar yang membinasakan.

Sekiranya seseorang itu terlepas daripada balasan dunia, kerana undang-undang itu tidak dilaksanakan, tiada undang-undang zina atau kerana sebab lain, balasan di akhirat tetap sedia menanti kecuali mereka yang bertaubat.

Dalam riwayat dalam hadis Nabi s.a.w menceritakan kisah dizaman Bani Israel terdapat seorang lelaki yang telah beribadah selama 60 tahun penuh apabila dia melakukan zina dan mati sebelum bertaubat, apabila ditimbang amalannya yang 60 tahun masih itu berbanding dengan dosa zina yang pernah dia kerjakan maka dosa zina itu lebih berat.

Allah berfirman maksudnya : "Mereka yang tidak menyembah Tuhan yang lain selain Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian, nescaya dia mendapat balasan dosanya, akan digandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan hina, kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan soleh, kejahatan mereka diganti oleh Allah dengan kebajikan. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."
(Surah al- Furqan ayat 68-70).

Bukan sahaja perbuatan zina itu larangan Allah, bahkan berjinak-jinak dengan punca-punca terjadinya zina juga dilarang.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Jangan kamu hampiri perbuatan zina kerana ia adalah kejahatan yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan."
(Surah Al-Isra’ ayat 32)

Imam Ahmad mengatakan:
”Aku tidak tahu ada dosa yang lebih besar setelah membunuh jiwa daripada zina.”

Kepapaan boleh berlaku kerana perbuatan zina menyebabkan lahirnya anak zina yang tiada hak untuk mendapat harta pusaka.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya :  ”Yang paling banyak menjerumuskan manusia ke dalam Neraka adalah mulut dan kemaluan.” (Riwayat Tirmizi)

Ibnu Mas’ud r.a berkata: ”Tidaklah muncul riba dan zina pada suatu daerah kecuali Allah akan mengizinkan kehancurannya.”

Akibat daripada berleluasanya zina maka lahir penyakit berjangkit dan kerosakan akhlak dalam masyarakat. Ia menimbulkan pecah belah keluarga dan krisis rumah tangga. Dan kerosakan keturunan manusia dengan lahirnya anak tak sah taraf (anak luar nikah).  Kesemua ini menyebabkan keruntuhan budaya dan tamadun hidup manusia. Apabila berlaku demikian, hati tertutup untuk menerima  taufiq dan hidayah daripada Allah s.a.w. Memohonlah keampunan daripada Allah s.w.t. atas segala kemungkaran yang telah dilakukan dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha).

Islam memandang jenayah zina sebagai satu jenayah yang sangat keji dan tidak bermoral. Ia bukan sahaja membiakkan penyakit berjangkit seperti AIDS dan Siplis tetapi juga merosakkan sistem kekeluargaan, menghancurkan rumahtangga, menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat, melahirkan jenayah rogol yang berleluasa, wujudnya anak luar nikah tanpa bapa sekaligus membawa kepada pembunuhan bayi yang tidak berdosa.

Sabda Nabi s.a.w maksudnya : "Jika zina dan riba' sudah muncul di suatu qaryah bererti mereka sudah menghalalkan diri mereka untuk diseksa oleh Allah s.w.t."

Sabda Nabi s.a.w lagi maksudnya : “Tidak ada sebarang dosa yang lebih besar selepas syirik selain daripada setitik air mani yang ditumpahkan oleh seseorang ke dalam rahim yang tidak halal baginya”.

Sebuah lagi hadis maksudnya : “ Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi mengutuk orang yang berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam Neraka dapat mengganggu ahli Neraka kerana sangat busuknya. ”

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan janganlah kamu menghampiri zina, (kerana) sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan membawa kerosakkan."
(Surah Al-Israk ayat 32)

Berdasarkan ayat ini apa sahaja perbuatan yang boleh membawa kepada gejala zina seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pendedahan aurat, membaca buku-buku dan majalah lucah, melawati laman-laman web lucah serta menonton VCD / DVD yang membangkitkan selera syahwat hukumnya adalah haram.

Sahabat,
Marilah kita jauhi dan cuba membaiki masyarakat kita supaya gejala sosial yang parah seperti berzina ini dapat kita elakkan berlaku. Semua pihak samaada ibu bapa, guru-guru, jabatan agama Islam, jemaah Islam, persatuan bukan kerajaan (Islam), pihak penguasa polis . Rela,  majlis perbandaran dan ahli jawatan kuasa masjid hendaklah bersatu tenaga menyekat dan menghalang daripada perkara maksiat berlaku dimerata tempat. Ketegasan pihak berkuasa adalah amat diperlukan untuk mengenakan undang-undang yang lebih tegas untuk mereka-mereka yang berdua-duaan dan menghampiri zina. Sekiranya diperingkat awal dapat dicegah maka gejala zina dan buang anak akan dapat di atasi insya Allah.

Kedua : Kejahatan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Islam meletakkan kewajipan terhadap setiap anak agar mentaati ibu dan bapa. Perintah itu bukan setakat meletakkan seseorang anak melakukan kebaikan, tetapi sebagai bukti keimanan dan ketaqwaan.

Sesiapa yang menderhaka terhadap ibu bapanya bakal menjerumuskan dirinya ke dalam api Neraka.

Firman Allah bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa.”
(Surah al-Ahqaaf, ayat 15)

Firman-Nya lagi bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga sama ada yang dekat atau yang jauh, rakan karib dan ibnu sabil, serta hamba sahaya.”
(Surah an-Nisa, ayat 36)

Jelas, betapa pentingnya setiap anak menghormati ibu bapanya. Sesiapa yang derhaka terhadap ibu bapanya, maka Allah memberi balasan azab di dunia lagi.

Rasulullah menjelaskan orang yang tidak menghormati orang tua sebagai bukan daripada golongan Muslim.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.”
(Hadis riwayat Tabrani).

Hadis itu menjelaskan ‘tidak menghormati orang tua’ sudah dianggap boleh bukan daripada golongan Muslim. Apa lagi jika tidak menghormati orang tua yang menjadi ibu bapa sendiri. Kini menular gejala anak menganggap satu beban terpaksa menjaga atau melayan kerenah ibu bapa atau salah seorangnya. Tidak kurang juga kes anak menjadikan ibu atau bapa tidak ubah seperti orang gaji.

Menyakiti hati ibu bapa satu dosa besar. Apatah lagi dalam kes yang mana anak melakukan perbuatan yang mencederakan fizikal ibu bapa. Undang-undang manusia juga melarang sebarang perbuatan mencederakan fizikal terhadap seseorang. Hukuman daripada Allah tentulah lagi besar menanti di akhirat.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat berkat dalam kehidupan. Perhatikan nasib mereka yang membelakangi ibu bapa dalam kehidupan. Biarpun, secara luaran nampak ceria dan berjaya, hakikatnya mereka dalam pembalasan daripada Allah.

Pelbagai bentuk pembalasan daripada Allah diperlihatkan kepada anak derhaka. Kemelut kehidupan yang dihadapi kebanyakan manusia sekarang berpunca daripada menderhaka kepada ibu bapa.

Allah bukan saja melarang melakukan perbuatan yang secara nyata menyakiti hati dan fizikal ibu bapa, bahkan menyebut perkataan ‘kasar’ juga ditegah. Allah memerintahkan agar anak bercakap dengan bahasa yang baik dengan ibu bapa.

Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.”
(Surah al-Isra, ayat 23).

Kewajipan anak terhadap ibu bapa berterusan biarpun ibu bapa sudah lama meninggal dunia.

Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud: “Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang memiliki anak yang soleh yang memberikan balasan kebaikan kepadanya biarpun sesudah meninggal dunia. Anak soleh adalah kebaikan yang tidak putus-putus pahalanya.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang salih yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As r.a., bahawa sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda: “Sesungguhnya diantara dosa-dosa besar ialah seseorang itu melaknat (mencaci maki) kedua-dua orang tuanya (ibu bapanya),” lantas ditanyakan kepada baginda: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah seseorang boleh melaknat (mencaci maki) ibu bapanya sendiri?”.

Lalu Rasulullah SAW menjawab: “Seseorang melaknat (mencaci maki) ibu atau bapa orang lain (kerana sebab-sebab tertentu), maka orang tersebut membalas cacian itu dengan mencaci maki (melaknat) ibu bapa yang mencacinya”.

Berdasarkan kepada hadis tersebut juga maka dapat disimpulkan bahawa Islam bukan sahaja menjadikan perbuatan menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar, malah perbuatan mencaci maki, laknat melaknat yang menbabitkan mereka juga dikategorikan sebagai dosa besar.

Caci maki ibu bapa orang lain, serupa mencaci ibu bapa sendiri. Sesorang mungkin tidak menyedari bahawa dengan mencaci maki ibu bapa orang lain juga dikira seolah-olah mencaci ibu bapa sendiri. Itu semua tidak sepatutnya berlaku di kalangan orang-orang yang mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredhan), maka sesungguhnya ia membuat redha Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”
(Hadis riyawat Imam Bukhari )

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ Dosa yang paling besar ialah mensyrikkan Allah , derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang”
(Hadis riwayat Anas bin Malik)

Sahabat yang dikasihi,
Banyak kita mendengar kisah-kisah benar berlaku apabila seseorang menderhaka kepada kedua ibu bapanya maka balasannya akan diterima di dunia lagi secara tunai. Kisah seorang sahabat Nabi s.a.w bernama 'Alaqamah telah menyakiti hati ibunya bila di saat dia nazak dia tidak dapat mengucapkan kalimah syahadah hinggalah ibunya memaafkannya barulah dia boleh mengucapkan kalimah syahadah.

Kisahnya seperti berikut :
Pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w , seorang sahabat Rasulullah s.a.w bernama ‘Alaqamah, apabila ajalnya sudah hampir tiba , keluarganya sudah berkumpul dan mereka mengajarkan untuk mengucapkan kalimah “Laa ilaaha illallaah” beberapa kali tetapi sia-sia. Mulut ‘Alaqamah terkunci. Akhirnya mereka sampaikan kepada Rasulullah s.a.w , dan baginda menyuruh beberapa orang sahabat melihat akan hal itu, keadaan ‘Alaqamah tetap seperti itu juga tidak berubah , mulutnya tetap terkunci.

Nabi s.a.w menyuruh agar membawa ibunya kepada baginda .Setelah tiba ibu ‘Alaqamah ,baginda bertanya mengenai diri ‘Alaqamah, dan ternyata dia agak kecil hati pada anaknya , dan dia tidak mahu mema’afkan kesalahannya.

Dengan helah Nabi s.a.w mengatakan kepada para sahabat yang ada di sana, supaya mengumpulkan kayu kering, dan tatkala di tanya sahabat apa gunanya, Nabi s.a.w mengatakan untuk pembakaran ‘Alaqamah di hadapan ibunya. Mendengar yang ‘Alaqamah akan di bakar, maka ibunya dengan menangis, mengatakan, agar janganlah anaknya di bakar, dan dia bersaksi kepada Allah dan Muslimin yang ada di majlis itu mengatakan redhalah akan ‘Alaqamah, dan mema’afkan akan dia.

Setelah itu Nabi s.a.w menyuruh sahabat menjenguknya . Belum sempat mereka mengajarkannya lantas ‘Alaqamah terus mengucapkan kalimah “Laa ilaaha illa llaah” dengan fasih dan lancar , dan dia pun mati dalam kalimah itu.

Sahabat,
Hanya mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa saja dua kejahatan yang termasuk di dalam dua dosa besar dan disegerakan balasannya di dunia ini dapat dijauhi. Keran iman yang tertaman dihati ini akan melahirkan jiwa yang taat dan patuh kepada Allah s.w.t. dan menjauhi segala dosa dan larangan daripada Allah s.w.t. Jika kita telah melakukan kesalahan dan dosa segeralah bertaubat kepada Allah s.w.t  dan mohonlah ampun kepada kedua ibu bapa sebelum mereka kembali menemui Allah s.w.t dan ketika itu penyesalan tidak berguna lagi.

Friday, June 5, 2015

Antara sebab rezeki di sempitkan - PART 1

Assalamualaikum


Semoga pembaca berada dalam rahmat Allah hendaknya.

Sekadar perkongsian dalam hal ANTARA SEBAB REZEKI DISEMPITKAN



Setelah kita bertungkus lumus bekerja...di hujung bulan kita pasti menerima gaji, sesuai dengan kelayakan kita, pangkat kita...tetapi apabila di tolak sana..di tolak sini masih tidak cukup..kenapa?

Kita sudah berkahwin, kita ada anak..kita sudah bekerja..boleh di katakan seharian kita itu di penuhi dengan waktu yang kita rasa kita menghabiskan dengan waktu yang berfaedah. Melayan anak, melayan suami melayan isteri..beriadah bersama kawan2..menyelesaikan kerja di pejabat..boleh di katakan semuanya sempurna..tapi masih terasa kesempitan rezeki.. kenapa?

Persoalannya KENAPA dan MENGAPA?

Kenapa ?
Jawapannya = PERKARA LEPAS

Mengapa ?
Jawapannya = LUPA / MENGABAIKAN

1. PERKARA yang LEPAS yang membuatkan perjalanan rezeki kita sempit
Apakah perkara yang lepas itu? Yang ini kena balik pada Agama kita iaitu Islam. Islam itu ada syariat yang telah di tetapkan oleh Allah SWT. Jangan di langgar dan jangan di permainkan hukum Allah. Pada suatu ketika dahulu, (kita imbas kembali perjalanan hidup kita) pernah atau tidak kita melakukan dosa besar? atau pernahkah kita hampir2 melakukan dosa besar? Semak kembali diri kita. Tiada seorang pun yang tidak melakukan dosa walau sebesar zarah. Melainkan mereka yang dijaga oleh Allah (maksum).

Sekirannya ADA itulah antara sebab utama kesempitan rezeki. Kesalahan yang kita buat itulah yang telah menutup rahmat Allah yang bersifat kerezekian Ar-Razzak

“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah SELURUH hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” Hadith riwayat Al-Baihaqi.
Apabila jiwa dan hati kita telah tertutup seluruhnya dari rahmat Allah maka terhijab la hubungan kita pada Allah SWT. Dan apabila hati dan jiwa kita terhijab maka segala kesalahan yang kita lakukan itu kita tidak melihat itu adalah satu kesalahan..walhal ia adalah satu kesalahan yang besar (dosa besar). Apabila sesuatu kesalahan yang besar telah di lakukan, bagi orang yang beriman ia tetap akan melihat itu adalah satu kesalahan yang besar tapi bagi ahli maksiat ia tidak merasakan apa-apa.

“Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” Hadith riwayat Bukhari.
“Tidak akan mencuri seorang pencuri, sekiranya ketika dia mencuri itu dia beriman. Tidak akan berzina seorang penzina, sekiranya ketika dia berzina itu dia beriman. Tidak akan meminum arak seorang peminum arak, sekiranya ketika dia meminum arak itu dia beriman.” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim. 

Kesan dari dosa ini lah yang menyempitkan rezeki kita. Harus di ingat hadis Nabi SAW ada mengatakan perihal HATI.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Hati inilah yang menerima segala ISYARAT KEREZEKIAN, Apabila hati ini menerima isyarat dari Yang Maha Tinggi, hati inilah yang akan mendorong kita untuk terus menerus mencari rezeki yang halal, dan hati inilah juga yang akan menjadi penasihat kita berkaitan dengan halal dan haram.

Dan persoalannya....apakah yang akan terjadi sekiranya HATI ini telah menjadi hitam yang pekat di sebabkan dosa-dosa kita. Ambil hamparan kain putih..cuba kita lihat dengan hati yang kosong tanpa meletakkan apa-apa rasa dan perasaan pada pandangan kita...tunggu dan lihat dalam beberapa detik,..PASTI, automatik dan tanpa di buat-buat kita akan merasakan tenang lapang bukan? satu lagi contoh .................

InsyaAllah akan di sambung dengan Risalah yang lain..dalam PART 2

Wednesday, June 3, 2015

Kecanduan Gajet ( FB / WhatApps / Dll )

Imam Masjidil Al Haram Asy-Syaikh Su’ud asy-Syuraim dalam sebuah khutbah Jum’at beliau berkata:

"Adakah dari kita yang tidak melihat perubahan dalam kehidupannya setelah masuknya Whats App, Facebook, Instagram dan yang lainnya dalam kehidupannya ?

Bacalah ! 

Hal ini merupakan Ghazwul fikri yang menyerang akal, namun sangat disayangkan kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari dien Islam yang lurus dan dari dzikir kepada Allah.
Kita telah menjadi penyembah2 WhatsApp, Twitter, Facebook, Instagram dan semacamnya.

Kenapa hati kita mengeras ? 
Itu karena seringnya kita melihat cuplikan video yang menakutkan dan juga kejadian2 yang di share di Whats App. 

Hati kita kini mempunyai kebiasaan yang tak lagi takut pada sesuatu pun. Oleh karenanya hati mengeras bagai batu. 

Kenapa kita terpecah belah dan kita putus tali kekerabatan ?
Karena kini silaturrahmi kita hanya via Whats App saja, seakan kita bertemu mereka setiap hari. Namun bukan begini tata cara bersilaturrahim dalam agama Islam. 

Kenapa kita sangat sering mengghibah, padahal kita tidak sedang duduk dengan seorangpun. Itu karena saat kita mendapatkan satu message yang berisi ghibah terhadap seseorang atau suatu kelompok, dengan cepat kita sebar ke grup2 yang kita punya. 

Dengan begitu cepatnya kita mengghibah, sedang kita tidak sadar berapa banyak dosa yang kita dapatkan dari hal itu. 

Sangat disayangkan, kita telah menjadi pecandu. Kita makan, handphone ada ditangan kiri kita. Kita duduk bersama teman2, HP ada di genggaman. Berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi hand phone ada di tangan pula. Sedang memandu, HP juga di tangan. 

Sampai2 anak-anak kita pun telah kehilangan kasihsayang dari kita, karena kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan handphone.
"Aku tidak ingin mendengar seseorang yang memberi pembelaan pada teknologi ini. Karena sekarang, jika sesaat saja HP kita tertinggal betapa kita merasa sangat kehilangan.
Andai perasaan seperti itu ada juga pada salat dan tilawatul Qur'an kita".

Adakah dari kita yang mengingkari hal ini ?
Dan siapa yang tidak mendapatkan perubahan negatif dalam kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada kehidupannya dan setelah menjadi pecandu ?
Demi Allah, siapakah yang akan menjadi teman kita nanti di kubur ? Apakah HP ? 

Mari kita sama2 kembali kepada Allah, jangan sampai ada hal2 yang menyibukkan kita dari dien kita.
Kita tak tahu berapakah sisa umur kita".

Allah berfirman:
“Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit”. QS.Thoha: 124. 

Jangan disembunyikan nasihat ini, agar tidak menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.
Semoga handphone yang kita miliki adalah wasilah untuk kebaikan dan bukan wasilah dalam keburukan....

Semoga bermanfaat buat kita semua.

Monday, June 1, 2015

Islam Larang Ibu Bapa Mencaci/Sumpah Anak - sambungan 2 (Saranan)

Assalamualaikum..

Berikut dari tajuk ini "Islam Larang Ibu Bapa Mencaci/Sumpah Anak" telah mendapat respon yang ramai bertanyakan hal ini maka di sini saya akan cuba kupaskan sedikit yang lebih pada bersifat umum untuk tidak menunjukkan siapa benar siapa salah. InsyaAllah akan saya cuba kupaskan.

Monday, May 4, 2015

‘Terima Kasih Si Babi Hutan, Tuhan Kini Aku Datang’ - LEPAT


Komen aku mengenai buku ini : Kalau korang rasa nak terbuka minda dapatkan buku ni. 

KUALA LUMPUR – Karya terbaru Lepat berjudul ‘Terima Kasih Si Babi Hutan, Tuhan Kini Aku Datang’ laris dijual sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berakhir pada Ahad.
Lepat atau nama sebenarnya Ismail Ariffin menghasilkan karya tersebut berdasarkan kisah hidupnya sejak 1996 selain meluahkan pelbagai situasi yang ditemui sepanjang ‘perjalanan’ tersebut.
Dubook Press yang dipilih untuk menerbit karya tersebut mengakui ia laris dijual pada pesta buku tersebut dan ditambah pula dengan kedatangan Lepat dari Jerman untuk menemui sendiri pembaca kisah hidupnya itu.
Editor Dubook Press, Lucious Maximus berkata, ” ‘Terima Kasih Si Babi Hutan, Tuhan Kini Aku Datang’ bukan sahaja mengenai kes anaknya, tetapi ia juga luahan kekecewaan Lepat ketika menhadapi masalah birokrasi ketika bertemu mereka yang dibayar gaji untuk menjalankan tugas dan amanah untuk rakyat.
“Selain itu, Lepat memilih Dubook Press untuk menerbitkan hasil tulisannya kerana dia mahu syarikat penerbitan yang mempunyai idea berlainan serta berjiwa muda.
“Dia merupakan penulis yang berpengalaman, jadi tiada masalah untuk kami menerbitkan hasil karyanya,” jelasnya kepada mStar Online.
Lucious memberitahu, pihaknya telah menerima sambutan luar biasa daripada pembaca yang ingin mendapatkan novel kisah hidup Lepat.
Tambahnya, cetakkan awal sebanyak 5,000 naskah habis dijual pada hari ketiga dan pihaknya terpaksa menampung permintaan dengan mencetak sebanyak 15,000 naskah lagi.
“Kami tidak mahu mengecewakan peminat yang ingin mendapatkan karya Lepat kerana mereka pastinya menunggu untuk membaca ‘kisah hidup’ lelaki ini. – mStar Online

Monday, March 16, 2015

4 jenis wanita

Suatu perkara yang pasti bahawa Syurga dan Neraka adalah dua tempat balasan yang Allah s.w.t. ciptakan. Syurga diciptakanNya sebagai tempat tinggal yang abadi bagi kaum Muslimin dan Muslimat dan Neraka sebagai tempat tinggal bagi kaum Musyrikin, Musyrikat dan pelaku dosa yang Allah s.w.t. telah melarang darinya. Setiap Muslim yang mengerti keadaan Syurga dan Neraka tentunya sangat berharap untuk dapat menjadi penghuni Syurga dan terhindar jauh dari Neraka, inilah fitrah.

Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar. Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka.

1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.

Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.
“Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang.” komplen Lisa pada Zack. Esoknya..

“Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan.” Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.

Suka memburuk-burukkan suami dibelakang suami samada kpd ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya.

Curang pada suami.

Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dgn lelaki lain.

Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.

“Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau.” sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.

2. Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami).
Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri.

“Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan.”

Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih perlu.

” Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta. “

” Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. “

” Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta.”


3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.

” Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award.”

” Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. “

” Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni.”

4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur.

Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok. Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.

Mengenai hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjelaskan kepada kita apa yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w tentang penghuni Syurga yang majoritinya adalah fuqara (para fakir miskin) dan Neraka yang majoriti penghuninya adalah wanita. Tetapi hadis ini tidak menjelaskan sebab-sebab yang menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Neraka dan menjadi majoriti penghuninya, namun demikian sebab-sebab tersebut disebutkan dalam hadis lainnya.

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya:

“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :

“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”

(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Imam Qurthubi (rahimahu ‘Llah) menjelaskan maksud hadis di atas dengan pernyataannya :

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.”

(Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tazkirah halaman 369)

Jika kita perhatikan keterangan dan hadith di atas dengan insaf, nescaya kita akan dapati beberapa sebab yang menjerumuskan kaum wanita ke dalam Neraka bahkan menjadi majoriti penghuniya dan yang menyebabkan mereka menjadi golongan minoriti dari penghuni Syurga.

1. Kufur Terhadap Suami dan Kebaikan-Kebaikannya :

Rasulullah s.a.w menjelaskan hal ini pada sabda baginda di atas tadi. Kekufuran seumpama ini terlalu banyak kita dapati di tengah-tengah keluarga kaum muslimin, iaitu seorang isteri yang mengingkari kebaikan-kebaikan suaminya selama sekian waktu yang panjang hanya dengan sikap suami yang tidak sesuai dengan kehendak isteri sebagaimana kata pepatah,’panas setahun dihapus oleh hujan sehari’. Padahal yang harus dilakukan oleh seorang isteri ialah bersyukur terhadap apa yang diberikan suaminya, janganlah ia mengkufuri kebaikan-kebaikan suami kerana Allah s.w.t. tidak akan melihat isteri seumpama ini sebagaimana dijelaskan Rasulullah s.a.w :

“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.”

(Hadis Riwayat Nasaie)

Hadis di atas adalah peringatan keras bagi kaum wanita muslimah yang menginginkan keredhaan Allah s.w.t. dan SyurgaNya. Maka tidak layaklah bagi wanita yang mengharapkan akhirat untuk mengkufuri kebaikan-kebaikan suaminya dan nikmat-nikmat yang diberikannya atau meminta dan banyak mengadukan hal-hal kekurangan yang tidak sepatutnya untuk diperbesar-besarkan.

Jika sedemikian keadaannya, maka sangat tidak sesuai sekali jika wanita yang kufur terhadap suaminya serta kebaikan-kebaikannya dikatakan Rasulullah s.a.w sebagai majoriti kaum yang masuk ke dalam Neraka walaupun mereka tidak kekal didalamnya.

Cukup sekiranya isteri-isteri Rasulullah s.a.w dan para sohabiyah sebagai suri tauladan bagi isteri-isteri kaum muslimin dalam mensyukuri kebaikan-kebaikan yang diberikan suaminya kepadanya.

Wednesday, January 14, 2015

Iman itu adalah BENTENG DIRI



Assalamualaikum

“Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang.” (Riwayat Baihaqi)
“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu itu adalah sebahagian daripada cabang iman.” (Riwayat Abu Hurairah)


Pada hakikatnya manusia di ciptakan dengan sifat MALU. adanya iman itu maka timbullah perasaan malu pada diri. Perasaan malu ini wajib dibina dari masa kecil lagi. sebab itulah di waktu kecil kita di ajarkan segala adab dan sopan, kesemua itu adalah untuk memupuk sifat malu supaya timbul pada diri. Dengan adanya perasaan malu yang beserta keimanan pasti akan terjauh dari segala unsur negatif dan keji.

Perasaan malu ini harus di kekalkan sehingga kita dewasa bukan boleh hanya di waktu kecil sahaja, jangan di buangkan kerana ia akan menjadi PERISAI DIRI.

Mereka yang bergelumang dengan dosa maksiat pada hakikatnya tiada perasaan malu pada diri. Mana mungkin orang yang ada perasaan malu pada diri akan melakukan dosa maksiat. Mereka yang tiada perasaan malu secara automatiknya akan hilang segala benteng diri yakni IMAN. Orang yang ada iman wajib ada perasaan malu. Orang yang menjaga iman ini akan di jauhkan beberapa perkara :

1- Dijauhkannya dari orang yang ingin berbuat maksiat padanya kerana apa, kerana iman itulah yang menjadi perisai diri dan juga perasaan malu akan menerpa pada perasaannya sekiranya ia terdetik ingin melakukan maksiat. Malunya pada diri dan malunya teramat pada Allah Taala.

Bagaimana mereka yang tiada perasaan malunya.? 
Orang yang tiada perasaan malu tanpa agak-agak akan membiarkan dirinya menjerumus ke arah maksiat sama ada membiarkan dirinya di noda, membiarkan dirinya bersembang dan bergurau senda dalam keadaan yang lagho serta menghairahkan baik secara maya atau secara terang-terangan.

Hati-hatilah dengan setiap tutur kata kita kerana ia akan membuka pintu-pintu nafsu yang sangat membinasakan maka hilanglah perasaan malu yang ada pada diri. Sekiranya kamu seorang remaja maka jagalah iman dan perasaan malu mu itu supaya ia terbit dari diri kamu dan mampu menepis segala godaan dan ujian. Sekiranya kamu seorang isteri atau suami jagalah adab kamu bila berbicara dengan orang yang bukan muhrim kerana setiap bait-bait yang di tuturkan oleh kamu akan di sulami oleh iblis dan syaitan supaya orang yang mendengar itu akan terbuka nafsunya.

Sekiranya kamu pelihara iman dan malu maka secara automatik orang yang mendengar tutur kata mu itu akan merasa segan dan silu untuk berlebih-lebihan pada kamu kerana apa...KERANA IMAN DAN PERASAAN MALU masih menebal. Malu kamu itu pada siapa? Malu kamu pada Allah Taala dan juga Rasulullah SAW.Maka beradabnya kamu dengan dengan ALlah Taala dan juga Rasulullah SAW itulah menjauhkan kamu dari segala kemaksiatan.

Berwaspadalah di zaman ini. Zaman yang menggunakan teknologi yang mampu membuat kamu berseronok-berseronok secara bersendirian. Tidak kira apa status kamu..bujang berkahwin semua boleh dan bakal terjadi sekiranya tiada IMAN dan MALU.

Jagalah MARUAH diri kamu kerana ia akan memperlihatkan keturunan kamu di kemudian hari. Ornag yang tidak menjaga maruah akan sentiasa di hantui dengan kisah-kisah silam. Hidup kamu akan sentiasa terganggu. Maka BERTAUBATLAH sebelum terlambat.

Tambahkan IMAN perbaikan IMAN insyaALlah perasaan malu akan menerpa secara sendiri

Rasulullah SAW mengumpamakan iman dan perasaan malu berada dalam satu rumpun atau seiringan yang tidak dapat dipisahkan. Sebab itu dikiaskan orang yang tidak ada perasaan malu sebenarnya tidak ada benteng keimanan dalam diri.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang.”(Riwayat Baihaqi)