Thursday, October 16, 2008

Hantar anak mengaji kat orang?

Ada sesetengah ibu bapa akan menghantar anak-anak ni pegi mengaji kat rumah ustaz/ustazah, pak iman, pak aji, atuk, nenek, ada sesetengah tu ibu bapa ni akan panggil orang yang mengajar mengaji ni pulak datang kerumah mereka...jadi boleh ke?

Hah..memang tak salah aihhh...elok le, dari anak tu tak kenal huruf jawi elok le di buatkan dengan cara tu. Tapi pastikan anak tu tadi mengaji di tempat yang betul la..maknanya mengaji sungguh-sungguh, jangan datang letak punggung baca sebaris dua dah balik..ini terjadi. Kes yang saya dapat macam ni memang banyak. Ada tu bila di tanya macam mana dulu mengaji

"Sekali baca je bang..pastu balik" kira satu round..macam next...next...pastu balik..apa ke mengaji lagu tu. Ini budak dah besar sekolah rendah mana boleh buat macam tu. Rugi dia esok.

Wednesday, October 15, 2008

Waktu bila nak ajar mengaji


kalau ikut saya lepas solat maghrib tu dah ok dah..atau jam 8.00 malam tu pon dah ok. Kalau ikut zaman saya masa mengaji dengan mak saya..dari jam 7.30 sampai le jam 9.30 malam. Dalam 2 jam. Tapi sekarang ni kalau tengok anak-anak sekarang 2 jam tu memang dah nak lari aje rupanye. Kalau dapat sejam tu pon dah ok.

Tapi untuk permulaan ikut anak tu dulu..kalau boleh tahan dalam 15 minit..hah ikutkan aje..esok panjang kan skit masa. Tapi jangan di ikutkan sangat. Berlemak pulak nanti.

Doakan anak-anak supaya "Terang Hati"

Mana ada mak ayah yang tak mendoakan anak kan. Paling kurang lepas Solat. Minta la kat Allah supaya anak tu mudah menghafal, di lapangkan hati di terangkan hati.

Baca Doa Nabi Musa

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”(QS Thaha [20]: 25-28) baca untuk anak..atau sebelum ajar ngaji tu kita baca sama-sama dengan anak.

Istilah Benak Hati

entah le...ada ke tak pada anak-anak ni. Yang lambat dapat tu ade le. Kalau ada masa lapang..buat kan air penerang hati. baca AlFatihah tu 41 kali hembus pada air meneral. Niatkan supaya anak tu terang hati, suka belajar, mudah dapat dan faham. Ituaj ele pon ikhtiar mak ayah..selebihnya Allah yang mengadunnya.

Jangan paksa anak-anak supaya ingat

Perkara penting dalam hal ini..jangan sesekali paksa anak itu untuk ingat. Dan jangan sesekali paksa anak tu cepat dapat. Ikut dulu rentak anak..waktu anak dalam lingkungan usia 2 tahun..punggung dia panas..tak nak duduk lama, dia mudah bosan..pada awalnya perhatikan sahaja gaya anak tu..ambik dalam seminggu tengok cara anak tu.





Biasa berlaku pada anak yang awal mengaji :

  • Tergaru-garu (kadang tak gatal pon tapi dia bosan)
  • Main-main jari
  • Punggun tak tetap (tak senang duduk le ni)
  • Mata tengok kat tempat lain
  • Tak nak baca
  • Muka sposen (nak suruh kita stop le tu)
  • Main selak-selak iqra
  • Badan goyang-goyang

Perhatikan aje dulu..sebab kita nak kenal apa masalahnye.

Pengalaman aku mengajar Iqra


Saya ada le sikit-sikit mengajar Iqra' ni, macam yang saya cite lepas-lepas tu. Tolong Mak saya mengajar budak-budak mengaji. Yang saya peratikan budak-budak yang tak tahu dari mula mengaji lagi senang ajar dari budak yang boleh baca merangkak-rangkak tanpa kaedah Iqra.

Pengalaman 1

Boleh baca tapi merangkak-rangkak, bacaan banyak tak betul..kebiasaan kes yang macam ni dulu mengaji kat orang lain tapi tiada siapa yang nak tegur salah atau betul

Anak-anak yang boleh baca tapi merangkak-rangkak (biasa dah naik quran ni, kes asal boleh baca sikit-sikit terus ubah tak boleh macam ni) tanpa tahu panjang, pendek dan tak kenal mad, payah nak ajar balik..sebab anak-anak ni dah sebati dengan bacaan yang salah. Jadi kita nak betulkan balik dah payah. Maklum le dalam Quran ni ayat dah mula bercantum berbanding dengan Iqra..Iqra ada step by step.

Jadi kalau kena kes macam ni nak tak nak kena turun balik Iqra. Terpaksa. Sebab nak kenal kan balik huruf-huruf mad dan bacaan yang panjang pendek. Tak pe le...ambik le masa sampai dia paham..bila dah paham terus ke Quran balik..tapi kebiasaannya ambik masa juge. hehehe

Berbanding dengan anak-anak yang tak tahu mengaji..ini senang..cuma follow step aje. Yang penting kita yang mengajar kena Sabar.

Pengalaman 2

hari ni ingat esok dah lupa..

Hari ni baca ok, memang tip top..esok dah tak ingat. Kes macam ni yang saya perasan anak yang tak cukup rehat, atau senang cakap siangnye banyak main. Jadi dalam fikiran dia ingat apa yang dia main petang tadi.

Kalau kes yang macam ni, kita yang mengajar kena banyak puji waktu tu..kalau dia baca betul..hah puji dia..nanti di kembang semangkuk.

Pengalaman 3

Sekali tidur daaa....

Ada sesetengah anak ni..kepala memang pandang Iqra' kita ingatkan dia membaca bila kita tenguk betul-betul..laaa, sekali tidurrr daaa...

Kalau kena kes macam ni ambik rotan..rotan Iqra' dia, "..pappppp..." hah terkejut beruk le dia nanti. Lepas tu baru segar..hehehhe

Pengalaman 4

...dah tak tahannnn...

Kes yang macam ni memang biasa berlaku, kalau tengok ada anak-anak yang gelisah aje kan...perhatikan dulu, agak-agak dia dah tak tahan..hah cakap "nak buang air pegi tandas..." hah laju je...keh keh keh..biasa berlaku tau..

Pengalaman 5

...kejap-kejap pandang kita..

Kes ni kadang saya pelik juge...dia baca pastu pandang kita, baca sikit pandang kita...puas saya fikir apa hal budak ni...last saya tanya pada mak pasal budak tu..mak cakap budak tu dia ada takut skit..OOOoooo..takut rupanya, mana tak nye kan budak kalau dia tengok rotan memang kecut perut..

Kalau kes macam ni kita kena lembut skit..bukan auuuwww daa..pujuk dia kata bagus, pandai..ni pon akan kembang..senang nak ajar..

Pengalaman 6

...tersengguk-sengguk..

Ini kes mengantuk le ni..siang dah puas main, lari sana lari sini..bila mengaji dah macam ayam patuk makanan aje..kalau kena gaya ni rotan amat memerlukan, hah apa lagi.."...piappp.." (pukul lantai aje). tapi ada sesetengah tu saya suh budak-budak ni pegi basuh muka. bukan apa kadang kesian ada...lawak pon ada.

Ajar Iqra tanpa mengeja


Cara Iqra ni tak payah dengan kaedah mengeja, hanya dengan kaedah baca aje. Aa..Baa..Taa, Thaa, hah kita yang mengajar pada anak-anak kena sebut dulu baru anak ikut.

cara ni kena ulang-ulang..sampai bila kita tunjuk aje anak ni dah kenal dan tahu..suh dia perati aliff macam mana baa macam mana dari segi bentuk..agak-agak anak tu dah nampak macam dah ingat dan kenal..cuba tunjuk cara random.

Tuesday, October 14, 2008

TV pon leh guna untuk ajar Iqra


Jangan asyik dengan cartoon aje..bila azan cepat-cepat tukar. Panggil anak, kalau anak tu tak nak..cakap kat dia.."uishhh ada huruf aliff la, ada baa la.." berlari dia datang. Pastu mak bapak pegi le dok depan tv tu..hah tunjuk..tunjuk betul-betul kat tv tu..pastu cakap "uishh..sama la macam dalam buku adam (nama anak korang la) sama aliff ni...hah ni titik kat bawah...Baa la..sama kan"

Macam tu le lebih kurang nak kasi minat aje..saya cuma kongsi aje apa yang saya dah praktik kan. Mak saya ajar anak abang saya umur 5 tahun dah masuk Juz 6. Akak saya umur 5 tahun dah Khatam Quran..bukan nak kata hebat tapi saya tengok kaedah tu memang ada manfaat. Sebab tu saya tak heran kalau dengar ada budak umur 6 tahun dah habis baca quran. Sebab ada teknik ada kesungguhan mesti jadi punye. Kadang saya tolong jugak le mak saya ajar budak ngaji. sejak ada anak ni udah kurang..sebab saya dah ada anak, tanggungjawab saya le pulak pada anak-anak.

Mengajar dengan bunyi

Dengan bunyi kadang ada kepayahannye jugak. Macam huruf Roo tu..kalau ikut saya, saya tunjuk le lidah tu..hah letakkan kat lelangit pastu kasi getar, rrrrrrrr...cakap kat dia macam bunyi senapang mechine gun tu...tak caya cuba korang buat...hah..ok..udah..udah..buruk bebeno kalau oang tua buat. hahaha..

Kalau Ha besar/Ha simpul..bunyi dia kat dada..pegang dada anak tu pastu suh dia sebut Ha..boleh tu..memang akan rasa di dada.

Kalau Ha yang biasa tu ala hah yang lepas huruf Jim tu kan..ada sesetengah panggil Ha pedas..hah bila anak tu dah lupa bagi tau..ni bunyi macam orang pedas nanti dia ingat..ni le salah satu teknik bunyi..yang huruf lelain tu korang fikir le sendiri..takpe usah le risau macam mana bunyi yang korang buat..kita bukan nak masuk periksa..kita nak kasi anak tu minat untuk mengaji. esok-esok dah pandai lebih kurang dah masuk Iqra 2 atau 3 baru tekankan betul-betul.

Yang penting adakan minat

Mengajar secara gambaran

Ni pon satu kaedah juge. Kalau kita ajar aliff bagi tau yang lurus (tegak) ni Aliff, kalau Ba..bagi tau..ada titik bawah Ba..

Beza kan pulak dengan Taa..Taa ada 2 titik kat bawah..pastu tanya Ba mana..Taa mana..kalau dia salah tunjuk kita cepat2 bagi tahu supaya nak ingatkan balik dengan bagi tau Ba yang ada 1 titik..nanti dia cari mana satu titik.. pastu tanya Taa mana.

Memang dapat punya..tapi untuk hari tu aje la..esok tak tau lagi kan..esok pon cuba dengan kaedah yang sama..tapi kebiasaan yang aku buat..lepas dah nak abis mengaji dalam 10 minit nak abis gitu le..kira macam exam le..Alhamdulillah boleh ingat dengan cara kaedah ni.

Nak ke anak umur 2 tahun ni mengaji ?

Ajar yang sikit tapi manfaat. Anak bukan robot

Kalau di biarkan memang tak nak punye. Tambah anak sulung (pertama) lagi le jenuh nak pujuk. Kalau rotan tu dah sampai hancur..(bukan rotan anak..tapi rotan lantai laa..action aje). Ini rotn jangan di tinggalkan. Acah kan aje. Cuba le.

Pada umur 2 tahun ni anak-anak ni diaorang akan ikut aje..apa yang kita ajar..kalau kita kata Aliff..dia pon sebut aliff..bila ba dia sebut ba..bila tanya ni apa...kita tunjuk aliff dia dah tak ingat..takpe biarkan .. kita pon jadi le burung kakak tua.."Ni Aliff" dia pon aliff..memang permulaa macam tu la..mana boleh tetiba sebut aliff dia ingat terus..jarang berlaku. Kadang hari ni dah dapat esok lupe. kita pon kadang-kadang hangin juge..tapi takpe sabarrr.

Masa permulaan biarkan anak tu ikut apa yang kita baca dan tunjuk. Bila dah sebati dia sendiri akan tahu. Tanda anak ni dah mula ingat satu-satu huruf..dia mesti pandang muka kita (orang yang mengajar), tapi dia tak reti nak sebut..dia dah mula tahu tapi kurang ingat..so cepat-cepat ingatkan dia. Ajarkan dari Aliff sampai Yaa..kalau nak mudah dari Aliif tu ambik sampai Zaii. Ambik sebaris-sebaris. Kita pon tak tension.

Umur yang sesuai untuk mengajar Iqra


Kalau ikut pengalaman aku, aku mula ajar Iqra pada anak aku adalah dalam lingkungan nak masuk 2 tahun. Agak-agak anak tu dah faham apa yang dia lihat..faham apa yang dia cakap tu kira dah boleh mula lah.

Ada sesetengah orang dia dah beli poster bacaan yang tampal kat dinding tu kan dari Aliff sampai Yaa..ini pun boleh juga. Ikut mana yang sesuai. Cuma pastikan ada masa untuk di luangkan bersama. Jangan tampal aje. Macam aku dulu la..sampai 2 3 keping juge beli dan tampal ..pastu koyak tapi baca tak juga. Penyudahnya entah kema poster tu.

Benda-benda macam ni kita ambik pengajaran aje la..ikut kaedah mana sesuai. Macam saya sekarang dah tak main tampal-tampal dah..beli buku Iqra tu yang siap dengan ke-enam jilid tu hah baca. Ajar dan tunjuk satu-satu. Sebelum tu pastikan yang kita ni tau mengaji. Pada permulaan umur tu memamg agak payah juge. maklum le dengan cite cartoon nye, dengna kawannye, dengan mainan nye berbakul-bakul..fikiran anak-anak masa ni memamg ke situ.

Anak-anak ni memang lambat nak mesra dengan benda baru tambah yang anak-anak ni kurang minat. Jadinya kita mak ayah ni nak tak nak kena ada inisiatif..Ajar dan ajar.

Yang saya perasan anak-anak peringkat umur ni dia orang macam recorder..diaorang akan hafal apa yang diaorang dengar. Ajar Iqra.

Buku Iqra

CIRI-CIRI DAN 10 SIFAT KAEDAH IQRA'
salah satu cover buku iqra..ada yang warna hitam (1-6) ada yang asing2 1-6

1. Bacaan Terus (Tanpa Analisa dan Dieja)
Pelajar tidak diperkenalkan terlebih dahulu kepada nama-nama huruf hijaiyah dan tanda-tanda bacaan. Mereka terus diperkenalkan bunyi satu-satu huruf dengan menggunakan bahan pengajaran.
2. Penggunaan Teks Tertentu
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan satu set buku yang mengandungi 6 naskhah. Pelajar menggunakan mengikut tahap-tahap masing-masing, bermula dari buku pertama. Disusun secara berjilid, dengan kulit buku berwarna-warni yang harmoni sehingga menarik minat pelajar untuk saling berlumba dalam mencapai warna-warni 6 jilid itu. Ianya juga untuk tidak menimbulkan rasa jemu.
3. Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif (CBMA)
Yang belajar adalah murid, bukan guru-gurunya, jadi setelah guru menerangkan pokok pengajaran dan pelajar sudah jelas mengulangi beberapa kali (Talaqqi Musyafahah), maka pelajar disuruh membaca sendiri bahan berikutnya.

Jika bacaan murid salah atau keliru, jangan sekali-kali guru mencela apalagi mencaci dan menghina. Guru sebaliknya cuma memberi peringatan, contohnya: "Cuba ulang sekali lagi bagaimana? Kenapa dibaca panjang? Kenapa dibaca pendek?" dan sebagainya.
4. Talaqqi Musyafahah
Dalam mempelajari bacaan al-Quran pelajar mesti berhadapan secara langsung dengan gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya pelajar tahu betul bagaimana makhraj dan sifat-sifat huruf yang sebenarnya.
5. Tahap Berasaskan Pencapaian Individu
Tahap pencapaian dan kelajuan pelajar dalam mengikut bahan pengajarannya yang disiapkan adalah bergantung kepada kecekapan individu murid dan peranan gurunya. Untuk penilaian dan pengesanan, rekod prestasi perlu disediakan seperti yang dicadangkan.
6. Tenaga Pembimbing/Pembantu
Seorang guru membimbing lima hingga enam orang pelajar dalam satu masa. Jika keadaan memerlukan guru boleh mengambil pelajar tertentu untuk menjadi pembantu dan penyemak bagi pelajar lain yang diperingkat bawah.
7. Praktis
Tujuan Kaedah Iqra' dibentuk adalah supaya pelajar dengan cepat dan mudah membaca al-Quran. Soal teori dan ilmiah tajwid akan diajar setelah pelajar berupaya dan bertadarrus al-Quran. Istilah tajwid tidak diajar tetapi mempraktikkan sebutannya.
8. Sistematik
Disusun secara lengkap, sempurna dan terancang dengan bentuk huruf dan reka letak yang seimbang. Bermula daripada mengenalkan huruf-huruf tunggal, huruf-huruf sambung dan berirama (mad), huruf-huruf pelbagai baris peringkat demi peringkat sehingga ke peringkat ayat yang bermakna. Kerana prosesnya yang bersifat evolusi, maka ianya terasa mudah.
9. Komunikatif
Lingkaran petunjuk dan pengenalan adalah akrab dengan pembaca sehingga dapat menyeronokkan mereka yang mempelajarinya. Disusun dalam bahasa Melayu yang mudah mengerti dan difahami, sehingga ianya lebih berkesan. Selain itu, sejak awal-awal lagi sudah diperkenalkan pelajaran secara berirama (mad = panjang dan tanpa mad = pendek) sehingga terasa seronok dalam membaca dan mendengarnya.
10. Kelenturan dan Mudah
Buku Iqra' boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja, bermula daripada kalangan kanak-kanak usia pra Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, bahkan orang-orang dewasa mahupun para Ibu-Bapa yang belum mahir membaca al-Quran. Selain itu, bagi sesiapa yang mahir membaca al-Quran dapat mengajarkannya. Malah murid-murid yang baharu sahaja tamat jilid 2 atau 3 boleh mengajar yang masih diperingkat jilid 1. Ianya dapat menambahkan keseronokkan dan suasana belajar dan mengajar.

artikel di petik dari http://read-dear.com/indexbm.html bagi yang nak dapatkan Iqra ni sila ke laman tersebut.