Tuesday, June 11, 2013

Didik Anak

Dalam memarahi atau menegur anak-anak yang nakal(terutama untuk hal yang sama), pastikan dimulakan ucapan dengan AstaghfirULLAH atau Laailaha illALLAH, dengan kadar suara yang TINGGI, kerana ucapan tersebut merupakan ucapan yang akan lekat dalam minda atau consious mind mereka.

Hakikat kepada ucapan tersebut, apabila diucapkan, anak-anak pasti akan terdiam seketika, ini adalah kerana tindak balas neuron ASAL dalam tubuh manusia, dan setiap perkataan yang akan keluar selepas dari ucapan itu akan terkawal, resonans akan sampai dalam gelombang yang baik pada pembentukan sakhsiah anak-anak.

Penting kepada Ibu supaya tidak terkeluar kalimat-kalimat yang tidak sepatutnya keluar ketika marah.

Mustahak buat Bapa, agar tidak melakukan perbuatan yang tidak sewajarnya dibuat pada anak-anak tersebut ketika amarah.

Nakalnya anak-anak yang masih kanak-kanak bermaksud memerlukan PERHATIAN dari Ibubapa.

Liarnya anak-anak yang sudah Aqil Baligh bermakna SUARA HATI mereka tidak difahami oleh Ibubapa.

Ibubapa tidak akan dipanggil TERSILAP selagi mana anak-anak tidak hidup dan mati dalam KEGELAPAN. Ianya dipanggil TERLEPAS PANDANG.

Mari sama-sama muhasabah semula perkara yang telah kita 'keterlepas pandangkan.'


Pesan Dari Guru