Wednesday, February 12, 2014

Mengapa Perlu Marah-Marah

Bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.

    1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

    2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

    3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

- nota Tuan Ibrahim Tuan Man.
Semoga bermanfaat!

Tuesday, February 11, 2014

Tidak Mampu menggembirakan hati ibubapa.

Assalamualaikum

Ada beberapa komen dalam blog ini yang menyatakan perasaan sedih apabila di maki, dicerca, di hina oleh ibubapa sendiri atas sebab-sebab tertentu. Puas juga aku melihat dari pelbagai sudut untuk mencari apakah puncanya. Adakah ia sememangnya tabiat ibubapa yang suka menghina atau mencerca itu sudah menjadi kebiasaan, atau ada di sebabkan perkara lain ?

Jawapan ini hanya kamu sahaja yang tahu. Tetapi dalam agama islam mentaati ibubapa itu ada di tuntut sehingga redha Allah itu terletak pada redha ibubapa.

Cuba kita pusingkan masa sekejap..aapakah yang membuatkan ibubapa kita itu mempunyai  masalah dengan kita? Muhasabah semula. di hujungnya nanti akan kita nampak di mana kesilapan. Bagi yang sudah berumah tangga adakah perkahwinan kita itu tidak mendapat restu dari ibubapa? Atau bila kita susah baru kita mengadap ibubapa? Di mana kita sewaktu ibubapa kita susah? atau ibubapa kita itu bukan ibu kandung kita ? Ya mungkin barang kali. Tapi adaka itu semua tiket untuk kita di maki ? Kalau itulah masalahnya ibubapa juga harus bermuhasabah.

Klau nak  bercerita tentang ketidak puas hati ni..mmg tiada hujung pangkal dan tiada penyudahnya, kerana kita di lahir bersama hawa  nafsu yang sentiasa memandang  buruk pada orang lain.Hanya orang yang mahu berfikir dan mengambil manfaat dari setiap kesilapan sahaja yang akan perolehi nikmat dan hikmah. Jadi untuk menjadi ibubapa yang baik adalah mendoakan anak-anak supaya berjaya di dunia dan di akhirat. anak pula wajib menggembirakan ibubapa..kalau tak dapat nak menggembirakan jangan menyakiti hati2 mereka.

Wallahuaklam.

** Bukan di blog bukan di mulut orang untuk kita selesaikan masalah kita tapi kita sendiri yang harus selesaikan masalah kita.


Berguru itu Wajib

Berguru biar pada orang yang ariff dan tahu akan sesuatu ilmu. bukan berguru dengan Pen.
Dalam mengaji ada cara untuk menyebut huruf2. Dan apabila berguru secara depan kita akan di ajar cara2 menyebut huruf. Di mana keluarnya huruf dan bagaimana memasukkan, membunyikan dan mewaqafkan. Nak memurnikan alquran kita yang perlu membacanya, Ya mendengar juga mendapat pahala. Tapi adalah lebih baik kita yang membacanya. Kalau sekadar meniru gaya bacaan (melagukan) ayat2 quran tiada masalah.