Iman itu adalah BENTENG DIRI
Assalamualaikum
“Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang.” (Riwayat Baihaqi)
“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu itu adalah sebahagian daripada cabang iman.” (Riwayat Abu Hurairah)
Pada hakikatnya manusia di ciptakan dengan sifat MALU. adanya iman itu maka timbullah perasaan malu pada diri. Perasaan malu ini wajib dibina dari masa kecil lagi. sebab itulah di waktu kecil kita di ajarkan segala adab dan sopan, kesemua itu adalah untuk memupuk sifat malu supaya timbul pada diri. Dengan adanya perasaan malu yang beserta keimanan pasti akan terjauh dari segala unsur negatif dan keji.
Perasaan malu ini harus di kekalkan sehingga kita dewasa bukan boleh hanya di waktu kecil sahaja, jangan di buangkan kerana ia akan menjadi PERISAI DIRI.
Mereka yang bergelumang dengan dosa maksiat pada hakikatnya tiada perasaan malu pada diri. Mana mungkin orang yang ada perasaan malu pada diri akan melakukan dosa maksiat. Mereka yang tiada perasaan malu secara automatiknya akan hilang segala benteng diri yakni IMAN. Orang yang ada iman wajib ada perasaan malu. Orang yang menjaga iman ini akan di jauhkan beberapa perkara :
1- Dijauhkannya dari orang yang ingin berbuat maksiat padanya kerana apa, kerana iman itulah yang menjadi perisai diri dan juga perasaan malu akan menerpa pada perasaannya sekiranya ia terdetik ingin melakukan maksiat. Malunya pada diri dan malunya teramat pada Allah Taala.
Bagaimana mereka yang tiada perasaan malunya.?
Orang yang tiada perasaan malu tanpa agak-agak akan membiarkan dirinya menjerumus ke arah maksiat sama ada membiarkan dirinya di noda, membiarkan dirinya bersembang dan bergurau senda dalam keadaan yang lagho serta menghairahkan baik secara maya atau secara terang-terangan.
Hati-hatilah dengan setiap tutur kata kita kerana ia akan membuka pintu-pintu nafsu yang sangat membinasakan maka hilanglah perasaan malu yang ada pada diri. Sekiranya kamu seorang remaja maka jagalah iman dan perasaan malu mu itu supaya ia terbit dari diri kamu dan mampu menepis segala godaan dan ujian. Sekiranya kamu seorang isteri atau suami jagalah adab kamu bila berbicara dengan orang yang bukan muhrim kerana setiap bait-bait yang di tuturkan oleh kamu akan di sulami oleh iblis dan syaitan supaya orang yang mendengar itu akan terbuka nafsunya.
Sekiranya kamu pelihara iman dan malu maka secara automatik orang yang mendengar tutur kata mu itu akan merasa segan dan silu untuk berlebih-lebihan pada kamu kerana apa...KERANA IMAN DAN PERASAAN MALU masih menebal. Malu kamu itu pada siapa? Malu kamu pada Allah Taala dan juga Rasulullah SAW.Maka beradabnya kamu dengan dengan ALlah Taala dan juga Rasulullah SAW itulah menjauhkan kamu dari segala kemaksiatan.
Berwaspadalah di zaman ini. Zaman yang menggunakan teknologi yang mampu membuat kamu berseronok-berseronok secara bersendirian. Tidak kira apa status kamu..bujang berkahwin semua boleh dan bakal terjadi sekiranya tiada IMAN dan MALU.
Jagalah MARUAH diri kamu kerana ia akan memperlihatkan keturunan kamu di kemudian hari. Ornag yang tidak menjaga maruah akan sentiasa di hantui dengan kisah-kisah silam. Hidup kamu akan sentiasa terganggu. Maka BERTAUBATLAH sebelum terlambat.
Tambahkan IMAN perbaikan IMAN insyaALlah perasaan malu akan menerpa secara sendiri
Rasulullah SAW mengumpamakan iman dan perasaan malu berada dalam satu rumpun atau seiringan yang tidak dapat dipisahkan. Sebab itu dikiaskan orang yang tidak ada perasaan malu sebenarnya tidak ada benteng keimanan dalam diri.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang.”(Riwayat Baihaqi)
Ulasan
Catat Ulasan