Zina Yang MengGILA



  • Seawal Zina
  • Alam Zina
  • Selepas Zina




Seawal Zina.

Di sini saya istilah seawal zina ialah dengan memaksudkan peringkat awal perzinaan iaitu di awal perkenalan di antara lelaki dan perempuan atau bahasa muda mudinya couple. 

Perkenalan di peringkat awal ini di fahami ramai orang ialah alam percintaan, percintaan yang lahir dari jiwa seseorang terhadap seseorang yang lain yang menimbulkan getaran-getaran hati untuk mengenali hati budi seseorang. Keperluan dalam percintaan ini adalah satu kemestian dalam perhubungan, tiada tindak balas dari seseorang terhadap dirinya tidak di namakan alam percintaan. Hubungan dua hala antara hati ke hati di perlukan bagi melahirkan dunia percintaan. Antara kesan lahirnya percintaan ini ialah timbulnya perasaan kasih dan sayang, mengambil berat antara satu dengan yang lain, bercumbuan tanpa batasan, melakukan kemaksiatan, bersenda gurau tanpa batasan dan banyak lagi jika ingin di tuliskan, cuma di sini sebagai  mukadimahnya apa yang hendak saya sampaikan ialah penerangan peringkat awal perzinaan.

Bermulanya Peringkat Awal Zina 

Timbul keinginan (bernafsu) untuk mencari pasangan. Ini sebetulnya adalah fitrah manusia yang Allah letakkan di dalam setiap diri anak adam. (bahagian ini tidak akan di bahaskan kerana perlu dibuat tajuk yang baru) Apabila timbulnya nafsu berpasangan ini, maka ketahuilah bahawa nafsu syahwat sudah mula terbina. Maka timbullah untuk berpasangan, pada awalnya kebanyakan pasangan ini adalah hanya untuk menjalinkan hubungan yang suci dan murni, seolah-olah mengikut fitrah yang dibenar syarak tetapi apabila keinginan nafsu itu tidak di sulami dan di bendung dengan iman maka nafsu akan mengambil alih hubungan itu. Ini yang ingin di bincangkan.

Bermula perkenalan seawal perzinaan ini boleh di ketegorikan sebagai 3 situasi ia bermula dengan melihat, pertuturan, pergeselan atau bersentuhan.

Situasi 1 MELIHAT

- Dengan jelingan mata yang melihat akan memberi respon pada orang lain . Apa bila jelingan kita ini beserta nafsu maka nafsulah yang akan mengambil alih. Jelingan mata ini akan di bawa ke dalam hati dan di proses pada fikiran, dan yang akan timbul adalah bayangan awang-awangan iaitu satu proses hubungan yang terlarang telah terjadi di akal fikiran, kemuncaknya dia akan berusaha untuk mendapatkan pasangan itu. ini di namakan ZINA MATA.


Situasi 2 PERTUTURAN

- Pertuturan memerlukan alunan suara, alunan suara wanita adalah alunan bunyi yang memberangsangkan untuk nafsu. Sebab itulah wanita ini di suruh menjaga suaranya, kerana suara yang beserta  nafsu akan membuat pasangannya tidak keruan, tambah lagi bergelak ketawa, bergurau senda. Jangan kata mereka yang sedang di lamun cinta sahaja yang mengalami ini tetapi mereka yang sudah berkahwin pun tidak mampu menahan dari gelora nafsu apabila mendengan suara wanita yang merintih, merayu, di tambah pula pertuturan itu lebih kepada aktiviti seksual. Ini di namakan ZINA MULUT

Situasi 3 Bersentuhan

- Bersentuhan ini adalah musuh dalam senyap, bersentuh secara sengaja atau tidak sengaja pasti menimbulkan syahwat, dengan bersentuhan membuatkan pintu nafsu terbuka luas. Bersentuhan secara sengaja apabila pasangan itu berada dalam proses percintaan, mereka tersangat intim, berpegang tangan adalah perkara biasa, perlu di ketahui apabila proses berpegang tangan ini berlaku pasti banyak lagi kawasan yang akan bersentuhan. tidak perlu di nyatakan kerana saya bukan nak menceritakan hal ini secara detail tetapi kita ingin melihat proses terjadinya ZINA ini.


****************************

Ketiga-tiga ini akan memberi kesan pada jiwa seseorang dan pasangannya. Kesan yang ketara adalah hilang malu, hilang harga diri dan hilang adab sopan dan santun.

Apabila hilang malu, maka terbit satu perasaan berani pada diri, berani untuk lebih intim dengan pasangan, apa tujuannya? Tujuannya ialah membuktikan I LOVE U. Dengan hilangnnya perasaan malu inilah hubungan badan mula terjadi, dari berpegang tangan, usik sana usik sini, sentuh sana sentuh sini maka akan terjadi posisi dakapan, naik pula kepada mulut ke mulut  dan yang terlebih keji adalah melakukan hubungan syahwat. Akan di detailkan kesannya orang yang masih dalam berzina ini dalam perenggan ALAM ZINA

Mereka yang berada di alam awal zina ini seolah hanya mereka berdua sahaja yang hidup di muka bumi, dari bersembunyi-sembunyi bersentuhan akan berlaku secara terang-terangan di khalayak umum. Ya..mereka sudah berani, kerana diri sudah di ambil alih oleh NAFSU.

Mereka mula mencari tempat-tempat yang lebih privacy hanya kerana untuk bersentuhan, bermanja, bergurau senda walaupun pada peringkat ini tidak berlaku proses hubungan seks. Tempat yang biasa menjadi perhatian bagi mereka di peringkat awal zina ini ialah panggung wayang, taman permainan (waktu malam / waktu bekerja), rumah bujang, hotel, rumah penginapan dalam kereta dan terlebih sedih adalah rumah sendiri semasa ketiadaan keluarga. Maka hati-hatilah apa bila meninggalkan rumah pada anak atau adik lelaki atau perempuan yang sedang hangat bercinta.




Kesan dari ZINA AWAL.

1. Mereka yang berada di alam zina awal ini proses mengumpul dosa sudah bermula, mereka ini di dalam agama di labelkan golongan yang bermaksiat. Maka dengan izin Allah perasaan malu mula tercabut sikit demi sedikit. Apa bila di angkat perasaan malu ini maka cahaya di wajah akan mula terpadam, muka akan menjadi kusam. Kerana apa ? Kerana di katakan malu itu sebahagian dari cabang-cabang iman. Apa bila iman di angkat  maka hati akan gelap, apabila hati gelap tiada cahaya iman di dalam hati maka akan terpancar di wajah dengan wajah yang muram dan kusam.

Sebab itulah Hati perlu di jaga..kerana dari hatilah terpancarnya ekspresi wajah.

Dari ketiadaan cahaya iman dalam hati maka otak akan menjadi lemah terutama dalam membezakan mana buruk mana yang baik dan mana yang haram mana yang halal. Kalaulah seseorang itu memiliki secebis iman pasti dapat membezakan perkara di peringkat awal zina ini adalah satu perkara yang haram. Jelas dan nyata hukumnya.

2. Mereka yang berada dalam peringkat awal zina ini harga diri sudah mula hilang, bukan sebab kerana dara dan teruna mereka ini sudah tiada tetapi nilai-nilai  murni itu sendiri sudah tiada. Bagai mana pula sekiranya mereka sudah melampaui perbuatan bahasa mudahnya sudah terlanjur atau bahasa manisnya melakukan seks haram? Pasti tiada harga diri. Apakah maksud harga diri ? Untuk memudahkan faham Harga diri ialah apabila orang sekeliling memandang kita dengan pandangan yang sudah tidak mempunyai nilai-nilai suci. Bayangkan kemaluan dan tubuh badan yang di jaga sekian lama dan duduk nya di dalam pakaian dan di dalam tempuh yang singkat sudah di lihat oleh yang bukan ada pertalian suami atau isteri. Bolehkah anda bayangkan ?

Sekiranya pada waktu ini saudara atau saudari sedang membaca petikan di atas itu tadi dan timbul perasaan malu, syukurlah kerana masih ada IMAN di dalam diri, kerana orang yang ada Iman dalam dirinya automatik dapat merasakan sesuatu itu patut atau tidak patut terjadi.

3. Perasaan cemburu dan tidak percaya satu sama lain mula terbit, kerana mereka yang berada di peringkat ini dengan sendirinya apabila bersendirian akan merasa diri mereka sudah berada dalam kekurangan harga diri. Tetapi di sebabkan iman sudah berkurangan maka hanya terbit keseronokannya sahaja. (Anda tidak percaya..tanya lah mereka yang sedang hangat bercinta..itu pun kalau mereka ingin bercerita.) Mereka cemburu apabila melihat pasangan mereka ini mula bermesra dengan orang lain, mereka takut di tinggalkan pasangan, takut merasakan hubungan mereka ini menjadi sia-sia, bayangkan diri kita ini sudah menjadi bahan sentuhan dan ramasan serta belaian orang yang kita anggap kekasih di hujung akhirnya menjadi sia-sia, sudahla mensia-siakan diri di sentuh dan di dakap dan di sia-siakan begitu sahaja. Maka timbul perasaan cemburu dan tidak percaya satu sama lain.

4. Titik fokus pada hubungan yang sepatutnya ke arah kesucian di dalam perhubungan sudah tiada. Setiap hari dan setiap kali apa bila bertemu pasti NAFSU akan menjentik untuk melakukan perkara yang haram. Dari masa ke semasa pasti sahaja ada benda baru yang akan di buat sehingga tiada perasaan malu meyelebungi diri. Mereka sebenarnya mempunyai titik fokus yang lebih jauh dari perhubungan yang di jalinkan, iaitu ingin melepaskan nafsu yang menggila itu dengan cara yang terlarang.

5. Dari sudut keagamaan

  • Meninggalkan solat / jarang solat
  • Rohani menjadi berat
  • Lemah dalam membezakan halal dan haram
  • Duit menjadi tidak berkat
  • Iman menipis
  • Reseki tersekat
  • Dikutuk Allah


Alam ZINA.

Dalam peringkat ini mukadimah zina tidak lagi menjadi halangan, bersentuhan, raba-rabaan, berpelukan, pergeselan itu semua sudah menjadi kebiasaan, pada saat ini keakraban telah sebati, tiada segan silu, apa yang ada pada pasangan semua sudah di londehkan hanya tinggal meRASAi yang lebih nikmat sahaja yang belum. Alam Zina adalah alam kemuncak ibarat kata air sudah berada di kepala. hanya tinggal hendak meletupkannya sahaja.

Keakraban dan keintiman ini akan membawa lebih jauh lagi imiginasi pasangan yang bercinta, tempat2 yang sunyi sudah tidak di layan lagi, kerana bagi mereka itu sudah tidak di perlukan lagi, yang mereka perlu ialah HOTEL dan rumah tumpangan. di waktu inilah badan bertemu badan, jantina bertemu jantina. apa yang hendak dirisau kan tiada mata-mata yang perlu di hiraukan tiada kelibat-kelibat manusia yang hendak di sekodengkan..hanya mereka berdua. Nauzubillahi minzalik.

Proses tercabutnya IMAN mula berlaku, syaitan dan iblis melepas tangan sambil bersorak kemenangan, hanya nafsu mengambil bahagian, hanya memberitahu dan membisikkan lagi dan lagi. Keseronokan mula timbul apabila melihat pasangannya itu hampir putus nafas, tapi tahukan kamu ada Yang MAHA MELIHAT, tanpa ada dinding, tanpa ada sebarang tembok yang dapat menghalang. Dengan izin Allah jualah Iman mereka ini tercabut hanya di sebabkan ikutan nafsu semata2.

Kesan-Kesan Alam ZINA

Mereka yang sering melakukan zina, pasti tidak dapat berhenti dari terus melakukan zina, bahkan akan bertambah-tambah jualah hubungan haram zina ini, sehingga air mani mula bercambah menjadi benih, maka tanggunglah segala ketakutan dalam diri, takut akan perut membuncit, takut di ketahui keluarga, takut terjadinya anak dalam kandungan, takut untuk menceritakan hal yang sebenar..serba-serbi takut. Perasaan menghantui mula terpahat dalam diri. Perasaan menyesal mula terbit. Tapi apa yang hendak di katakan lagi, kamu sudah TIADA DARA (KESUCIAN), TIADA TERUNA. Lihat diri kamu waktu itu..tanyalah pada diri kamu itu. Dengan dalam keadaan itukan kamu hendak persembahkan pada Tuhan yang MAHA MELIHAT?




......... sambung .........






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ziarah Makam di Masjid Kg Hulu Melaka

Islam MeLarang Ibu Bapa Mencaci / Menyumpah Anak - PART 1 - ( UPDATED 30-1-2020 )

Buku Iqra