Salam Ramadhan 2016 - PUASA

Salam ramadhan, hari ini merupakan hari ke 2 kita berpuasa. Bulan yang penuh dengan limpahan.

Golongan Awam
Secara zahirnya di bulan ramadhan kita akan berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga, ini adalah puasa bagi orang-orang yang awam. Orang awam ini adalah orang yang mengaji di kategorikan sebagai orang yang biasa-biasa sahaja, beramal ibadah pun sekaar biasa-biasa sahaja. jadi layaklah mereka menerima ganjaran yang biasa-biasa.

Golongan Pertengahan
Setengah lagi adalah golongan orang yang berpuasa menahan lapar dan dahaga SERTA mereka menahan diri daripada melakukan perkara yang haram, termasuklah perbuatan yang boleh merosakkan HATI seperti ujub, takbur, hasad. Golongan ini adalah golongan yang atas sedikit dari yang pertama tadi. Walaupun mereka menjaga hati dari melakukan perkara yang boleh merosakkkan hati tapi masih mengharapkan ganjaran pahala. Golongan ini sekiranya ia terus menerus menjaga hati mereka akan di angkat martabatnya oleh Allah menjadi Ahli Ibadah.

Golongan yang sedikit.
Ini adalah golongan yang sedikit dari kebanyakan manusia, golongan ini berpuasa adalah dengan menahan lapar dan dahaga, SERTA menahan dari melakukan perbuatan yang haram SERTA YANG PALING UTAMA bagi golongan ini adalah MENAHAN DIRI DARI TIDAK INGAT PADA ALLAH. Maksudnya ialah mereka akan menjaga ingatan mereka sentiasa ingat pada Allah, bukan sahaja pada bulan Ramadhan tetapi setiap waktu, cumanya pada bulan Ramadhan adalah bulan yang mereka menunggu limpahan Rahmat dari Tuhan. Golongan ini sebenarnya tidak ingat lagi tetang perihal makan dan minum, bagi mereka makan atau tidak, minum atau tidak adalah perkara yang sama. Kerana mereka sibuk dengan ingatan yang penuh berisi dengan Dzikrullah.


Kesimpulan : Ellakan diri dari menjadi orang awam, kerana orang awam ini adalah orang yang tidak di janjikan apa2 imbuhan untuk akhirat. Mereka hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja tetapi keikhlasan tidak menjelma dalam ibadah. Mereka ini adalah golongna ikut-ikutan. Puasa orang awam adalah puasa keanak-anakan, takkan kita yang sudah berumur hampir 40tahun ini masih menggunakan ilmu orang awam atau keanak-anakkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ziarah Makam di Masjid Kg Hulu Melaka

Islam MeLarang Ibu Bapa Mencaci / Menyumpah Anak - PART 1 - ( UPDATED 30-1-2020 )

Buku Iqra