7 Sikap Ibu Bapa ‘Perfectionist’ Ini Punca Anak-anak Penakut, Rendah Diri


7 Sikap Ibu Bapa ‘Perfectionist’ Ini Punca Anak-anak Penakut, Rendah Diri

Menurut laman Phsychology Today, dalam artikel bertajuk ‘A Nation of Wimps’, anak-anak hari ini menjadi semakin lemah dan penakut dek perangai ibu bapanya yang ‘terlalu mengambil berat’ atau ‘perfectionist’.
Contohnya, kalau buat kerja sekolah, cepat saja kata “susah”, “tak reti”. Ada yang takut gelap, takut berenang, takut cicak.
Pernah tak terfikir mereka jadi begitu disebabkan sikap ibu bapa sendiri? Bukankah kita impak pertama dan terbesar dalam hidup mereka?
7 Sikap Ibu Bapa ‘Perfectionist’ Jadikan Anak Penakut
Secara tidak sedar, pembawaan ibu bapa dalam mendidik anak memainkan peranan penting. Ianya bermula sejak kecil lagi. Jadi, cuba refleksi diri dan lihat sama ada kita melakukan kesilapan berikut:
dad-teaching-son
  • Meletakkan Harapan Yang Terlalu Tinggi
Siapa tak mahu anaknya berjaya? Sudah tentu setiap ibu bapa mempunyai segunung impian buat anak-anaknya supaya menjadi orang yang luarbiasa. Tetapi, anda perlu bijak meletakkan sempadan antara ‘sokongan’ dan ‘tekanan’.
Mungkin mereka akan jadi seseorang yang takut gagal kerana tak mahu mengecewakan anda, bukannya kerana mahu belajar menjadi orang berguna.
Parents-scold-their-teenage-son
  • Suka Menasihat (Dan Membebel)
Kita selalu menganggap anak kecil takkan faham, jadi kita ulang cakap berkali-kali. Tapi, sebenarnya tahap konsentrasi mereka dalam satu-satu masa tidaklah sepanjang bebelan anda! Jadi, usahlah memberi kritikan berjela kerana ia mengelirukan dan susah difahami oleh anak.
Sebaliknya, ringankanlah mulut memuji mereka walaupun pada perkara kecil. Mereka tentu akan rasa lebih bersemangat.
79122778
  • Sukar Menerima Anak Seadanya
Di kelas, mungkin mereka bukanlah pelajar cemerlang atau tak pernah memenangi apa-apa pertandingan. Tak tahu apa bakat mereka, semuanya biasa-biasa saja. Tapi, selagi mereka tidak melakukan sesuatu yang buruk, apa salah mereka? Walau apa pun, kita mesti menerima mereka seadanya. Ini antara sebab yang menjadikan anak pemalu, rendah diri, dan kurang yakin.
superhero-father-and-son
  • Terlalu Sibuk Jadi ‘Superhero’ Keluarga
Kita tak pernah menampakkan kelemahan kita di hadapan anak-anak. Memanglah, semua ibu bapa kalau boleh nak jadi ‘superhero’ untuk anak mereka!
Tapi, anak-anak perlu tahu bahawa mereka tidak perlu jadi seseorang yang sempurna serba-serbi. Jadi, jangan segan untuk mengaku kesilapan kita di hadapan mereka.
An angry, white man yells and points in the direction of the camera.
  • Tak Mahu Menerima Pertolongan Orang Lain
Cakap saja kerja apa, semua kita boleh buat. Serba bolehlah katakan… Kalau anak nak tolong, mesti cepat saja kita menolak. Nak siap cepat, takut berkecah. Kalau suami nak tolong pun, kita pula mengkritik. Bahayanya sikap ibu bapa ini bagi anak-anak adalah mereka akan merasa ‘perlu’ lakukan semuanya sendiri.
Apabila menghadapi kesulitan, mereka pula jadi susah melafazkan perkataan ‘tolong’. Ia menyebabkan anak tertekan, mudah mengalah dan tak mahu terus mencuba.
Strict father punishes his son. Isolated on white background
  • Fokus Kepada Keputusan Berbanding Usaha
Sesetengah sikap ibu bapa asyik bertanyakan “Dapat berapa ujian hari tu?” Sebaliknya, selalulah ajukan soalan “Buat apa di sekolah hari ini?” Ada juga yang hanya akan memberi sorakan pada anak kecil apabila dia berjaya melakukan sesuatu, seperti melangkah kaki atau menyebut perkataan pertama.
Yang penting adalah proses pembelajaran, bukannya keputusan. Proses inilah akan menjadikan anak lebih matang dan bijak membawa diri di kemudian hari.
Father-scolding-son-MSNBC-Lawrence-ODonnell-Attacks-Bible-use-at-Obama-Inauguration
  • Asyik Cakap ‘Jangan’ 
“Jangan lari, nanti jatuh.” ” Jangan buat macam tu, bahaya.” “Jangan bising sangat boleh tak?” Jangan, jangan, jangan. Ini adalah ungkapan negatif yang akan mempengaruhi emosi mereka. Mereka akan ‘tersekat’ dan jadi penakut untuk mencuba sesuatu di luar pengawasan kita.
Sekali-sekala, biarlah mereka bebas melakukan sesuatu. Kalau jatuh, biar mereka belajar untuk bangun.

Biar Anak Belajar Buat Sendiri

Tukar mentaliti. Relaks, dan jangan ambil serius sangat tentang pencapaian mereka. Biar mereka ambil masa bereksperimen dan belajar jadi ‘orang’. Bukannya mesin.
Ingat, kegagalan sebenar hanyalah apabila kita tidak mahu mencuba. Yang penting, anda sentiasa memberi sokongan kepada mereka setiap masa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ziarah Makam di Masjid Kg Hulu Melaka

Islam MeLarang Ibu Bapa Mencaci / Menyumpah Anak - PART 1 - ( UPDATED 30-1-2020 )

Buku Iqra