Jaga Aib
Aib secara sepintas lalu bermakna keburukan / kekejian / kelemahan. Menceritakan aib orang bermakna menceritakan keburukan / kekejian / kelemahan orang lain. Haram hukumnya.
Hadis Rasulullah SAW:
“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”Dalam rumahtangga :
Jangan menceritakan/buka aib pasangan suami/isteri pada sesiapa pun walaupon ahli keluarga. Bila kita menceritaka bermakna kita telah membuka aib diri sendiri. Dan kebanyakan dengan berlakunya hal ini akan berlaku keretakan hubungan. Perlu di ketahui oleh kita bahawa setiap manusia itu mempunyai kelemahan yang sedia ada dalam diri. Kelemahan yang ada pada diri ini telah di titipkan dari azali.
Isteri cermin untuk melihat Suami
Anak-anak cermin untuk melihat ibubapa. sebab tu orang dulu2 selalu tanya " kamu ni anak sapa" bermaksud dengan kenalnya ibubapa itu tadi orang dah dapat agak sifat ibubapa jadi acuan dari ibubapa akan terbentuk pada anak-anak.
Apa tujuan kelemahan ini ?
Tidak lain hanyalah untuk menimbangi sifat manusia itu sendiri. Untuk memberitahu bahawa manusia itu bukan Tuhan / Juga memberitahu bahawa manusia itu tidak terlepas dari kesilapan dan yang paling utama dan terpenting sekali ialah untuk memberitahu bahawa Allah Azzawajalla itu kaya dengan sifat Maha Pengampun. Adanya berlaku kesalahan dari kita bermakna adanya satu Kuasa yang mampu memberi kita pengampunan. Setiap di ciptakan oleh Allah itu ada pasangan. Jadi kita yang sudah mengenal kelemahan diri sendiri harus pandai mengimbangi sehingga kelemahan kita itu tadi tidak menganggu dan menyakiti hati orang lain.
Dalam Laman Sosial :
Yang ini amat menyedihkan dan memeritkan. Ramai di antara kita terlepas kata / terlepas taip / terlepas apa aje la yang terlepas sehingga mengaibkan orang lain. Yang tak sedap perut melihatnya bila kita lihat kawan2 kita membuka aib pasangan sendiri (dah kawin) pada kawan2 yang lain.
note : jagalah hati dan anggota lidah mudah-mudhan Allah jaga aib kita. jangan sampai di sebabkan mulut badan binasa
Ulasan
Catat Ulasan