Jangan eksen dengan amalan yang banyak

Kalau kamu rasa amalan kamu yang buatkan kamu masuk syurga Allah..kamu jangan berangan..

Tapi YES kita di tuntut supaya banyakkan amalan...supaya apa, dengan amalan itu lah nanti kita membayar segala hutang2 kita di dunia..jadi di mana amalan kamu yang banyak itu?

semuanya telah di bayar ganti rugi. ganti rugi pada siapa? kepada orang2 yang telah kita zalimi, orang yang pernah kita mengumpat, orang yang pernah kita ketuk kepala, orang yg pernah kita bohong..itu pada manusia..haiwan, tumbuhan ... ????

Ikhlaskan amal itu supaya ALlah sendiri yang gantikan di akhirat kelak. Kita tak nak jadi manusia yang di hitungkan oleh ALlah dengan amalan kita, pasti banyak cacat celanya amalan kita..

ada yang sempurna kita rasakan amalan kita tapi cacat di sisi Tuhan..jadi mana yang sempurna amalan kita.. kita nak jadi manusia yang di masukkan syurga tanpa di hisap / di hitung.

Jadi lah golongan yang IKHLAS dalam amal ibadat.

Orang yang ikhlas tidak menuntut apa2 habuan dari Allah...amalnya semata2 kerana Allah..bukan untuk apa2.

Tidak menuntut pahala..kerana pahala itu janji Allah, Janji Allah bukan seperti janji manusia..JANJI ALLAH pasti. APa perlunya berkira-kira dalam mencari pahala..biarkan saja, kerana setiap perbuatan baik itu di janjikan pahala..apa nak di tuntut2 lagi.

IKHLAS kan saja.

Allah dah janji rezeki kamu
Allah dah tetapkan mati dan hidup kamu
Allah dah tetapkan jodoh kamu...apa perlu di tuntut lagi.

nanti sambung .. ada lagi..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ziarah Makam di Masjid Kg Hulu Melaka

Islam MeLarang Ibu Bapa Mencaci / Menyumpah Anak - PART 1 - ( UPDATED 30-1-2020 )

Buku Iqra