Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Iblis hanya mampu membisik dan menggoda sahaja

 Antara 1-10 perkara  yang Iblis minta pada Allah 10. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, “silakan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.” Iblis berkata : “Wahai muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda. Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa walau seorang pun…!!! Jadi hati-hatilah apabila ada lintasan hati yang cenderung pada kemaksiatan, sekiranya terang-terangan ia membawa kepada kemaksiatan "pancung" terus lintasan yang datang..tetapi sekiranya kita tidak pasti dengan keputasan lintasan itu ucapkan lah Auzubillah....rojim. nota: ada perkara yang awalnya nampak betul tapi di hujungnya membawa kepada kefasikan.

Ibu-ibu / Bapa-bapa Tolonglah jangan hina / herdik anak-anak

Imej
marah anak itu perlu tapi lihat situasi dan keadaan Sekali lagi saya mohon pada ibu-ibu / bapa-bapa..tolonglah jangan herdik anak2..kesian pada mereka. Apa bila berlaku situasi ini anak-anak akan tersepit dalam masalah ini. Nak di lawan DERHAKA..nak di terima segala cemuhan terasa sedih / kecewa / mcm2 lagi perasaan akan timbul. Manakan tidak di cemuh oleh ibu sendiri bukan orang lain...anak2 lain mendapat pujian dan galakan dari ibubapa mereka..tapi anak2 ini menanggung derita. Terima la kekurangan anak...terimalah ketentuan Tuhan. Jangan di sumpah seranah anak..itu amanah Allah...kalau kamu tidak menjaga anak bermakna kamu tidak menjaga amanah Allah. Anak-anak yang belum cukup umur sekiranya ia berbuat baik ibubapa mendapat pahala. Kalau anak ini sudah dewasa bagi anak2 ini peluang untuk fikir dan membuat keputusan. Kita sebagai ibubapa, hanya menunggu apa keputusan anak ini, baru kita buat keputusan..bukan meletakkan kesalahan yang belum tentu itu adalah kesalahan atau k

Doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya

Imej
Doa Pendinding & Penggerak sangat wajar diamalkan di zaman ini.  Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut; Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;   Ayat Penggerak  Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut; Tidak Beruntung, Menanggung Rugi Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal Berbahaya Melarat, Bertambah Payah Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan; Beruntung, Tidak Menanggung Rugi. Berhasil,

Perlu ada keserasian dengan anak

Assalamualaikum wbth Alhamdulillah semoga yang membaca berada dalam Rahmat Allah hendaknya. Ada yang tanya bagus ke Kaedah al-Baghdadi (salah satu cara mengajar mengaji), ye pernah juga mendengarnya..tapi tidak pulak tahu bagai mana kedahnya, tidak mengapalah apa pun caranya yang nak di tekankan di sini ialah adakah kita ibubapa ada keserasian mengajar dengan anak ? Itu persoalannya. Bagi saya walau apa pun kaedah yang di gunakan secanggih mana pon teknik pembelajaran sekiranya tiada keserasian antara ibubapa dan anak tak kemana juga..bahkan akan bertambah rungsing ada. Seorang yang bekerja sebagai guru tidak mampu mengajar anak di rumah sebab tiada keserasian. maksud keserasian yang saya maksudkan di sini ialah, penerangan dan pemahaman dan juga keserasian komunikasi antara ibubapa dan anak. Alasan yang di berikan ialah: anak mengada-ada bila ibubapa mengajar anak tidak fokus bila ibubapa mengajar anak tidak rasa takut / hormat bila ibubapa mengajar dll Kalau ini berlaku

ANAK TIDAK MAHU KE SEKOLAH

ANAK TIDAK MAHU KE SEKOLAH Assalamualaikum wbth Sekadar perkongsian, sekiranya anak-anak kita yang dulunya rajin ke sekolah, suka pergi sekolah tetapi sejak akhir2 ni perubahan telah berlaku..dari rajin terus pada malas, atau menangis untuk ke sekolah, memberontak untuk pergi ke sekolah cuba selidik apakah puncanya 1. Buat lah pemeriksaan secara ringkas tentang tahap kesihatan, kalau-kalau ada mengalami masalah kemurungan atau sakit fizikal yang lebih tepat jumpa doktor. 2. Buat sedikit kaji selidik tentang masalah yang di hadapi di sekolah, mungkin ada kawan2 yang suka membuli dia. 3. Semak balik janji2 kita pada anak, kalau-kalau kita pernah janji padanya sewaktu di awal persekolah. Mungkin di sebabkan janji yang tidak tertunai mengakibatkan anak kita malas atau tak nak pergi kesekolah. (biasa janji hadiah pada awal peperikasaan) 4. Sekiranya semua di atas tiada masalah, pergi pula pada rohani. Mungkin semangat anak ini lemah untuk kesekolah..jadi sebagai ikhtiar mesti kemb

Bila DIA berkehendakan

Bila Allah berkehandakan kamu berubah dari satu sifat ke satu sifat..maka turutilah, kerana mudah bagi Allah untuk mengubah nasib dan sifat seseorang. Hari ini kita mencaci, mencerca, mengherdik..tapi bila Allah singkapkan hijapnya seseorang itu untuk melihat rahsiaNya pasti manusia itu akan berubah hidup. dari jahat pada baik, dari malas kepada rajin, dari tak mengenal dosa kini bersedih dengan dosa yang di lakukan. Apa kata kita bila orang itu kita pernah mengumpat, menghina, mengata bagai...berani kita nak pergi minta maaf, mengaku kesalahan kita...?? Mudahan2an kepada mereka yang di beri taufik dan hidayah kekal lah hendaknya dalam Rahmat Allah. Ameen

Jangan eksen dengan amalan yang banyak

Kalau kamu rasa amalan kamu yang buatkan kamu masuk syurga Allah..kamu jangan berangan.. Tapi YES kita di tuntut supaya banyakkan amalan...supaya apa, dengan amalan itu lah nanti kita membayar segala hutang2 kita di dunia..jadi di mana amalan kamu yang banyak itu? semuanya telah di bayar ganti rugi. ganti rugi pada siapa? kepada orang2 yang telah kita zalimi, orang yang pernah kita mengumpat, orang yang pernah kita ketuk kepala, orang yg pernah kita bohong..itu pada manusia..haiwan, tumbuhan ... ???? Ikhlaskan amal itu supaya ALlah sendiri yang gantikan di akhirat kelak. Kita tak nak jadi manusia yang di hitungkan oleh ALlah dengan amalan kita, pasti banyak cacat celanya amalan kita.. ada yang sempurna kita rasakan amalan kita tapi cacat di sisi Tuhan..jadi mana yang sempurna amalan kita.. kita nak jadi manusia yang di masukkan syurga tanpa di hisap / di hitung. Jadi lah golongan yang IKHLAS dalam amal ibadat. Orang yang ikhlas tidak menuntut apa2 habuan dari Allah...amalny

Jaga hari siangmu

Malas, mengantuk, letih dalam beribadah adalah di sebabkan apa yang kamu kerja di siang hari. Jagalah waktu siang seperti mana kamu melabuhkan badan kamu di malam hari. Malas beribadah adalah tanda hati sudah di gelapkan. Di gelapkan kerana waktu siang hari. Hati-hati di waktu siang, jagalah mata, telinga, tangan, kaki, mulut, perut dan kemaluan..itu semua pintu kepada kemalasan dalam beribadat. Banyak makan di siang hari buatkan kita malas untuk beribadat. Kurangkan makan benda yang berdarah (daging, ikan dll). Banyakkan makan sayur2an akan membuatkan badan jadi ringan untuk beribadat. Jaga mata, jangan melihat perkara yang mendatangkan dosa..akibatnya mata hati akan tertutup, tidak dapat melihat rahsia alam dan rahsia hidup. Kita perlu tahu rahsia hidup supaya hidup kita tidak menjadi tanda tanya..tanda tanya yang macam mana ? Tanda tanya yang membuatkan kita putus asa dari melakukan sesuatu perkara. Bagi yang celik dan terang mata hati..dia melihat sesuatu itu langsung semu

YASSIN kan air minuman

Assalamualaikum.. Untuk bagi anak yang kuat ingatan dan juga lapang hatinya untuk menerima pelajaran kerapkan bagi anak minum air Yassin. Kaedah bacaan Surah Yassin ini terlalu banyak..tapi di sini nak kongsikan satu cara yang mudah untuk amalkan bacaan surah Yassin untuk anak-anak. Baca Yassin macam biasa tapi sampai di setiap ayat yang ada "..mubin.." berhenti sejenak dan berdoa. syaratnya DOA hendaklah sama. Se eloknya di tulis doa tu di kertas supaya tidak lupa. Dalam Yassin ada 7 perkataan MUBIN jadi hendaklah 7 kali berdoa. Ulang setiap doa tu minimum 3 kali. Semoga manfaat.
“Semua anak dilahirkan pintar , tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi yang jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah Pakar Motivasi Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain. Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama. Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu: Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak. Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun se

Biarkan anak bertanya

Assalamualaikum Pernah alami dengan pertanyaan yang bertubi-tubi dari anak kita sendiri ? Apa rasa? Memula ok le kan..lama2 ada yang rasa macam jemu nak menjawab...tapi pada pemerhatian aku la kan, anak yang banyak bertanya ni merupakan perkembangan yang sihat buat fikiran dia. tak kiralah apa soalan yang di ajukan...sebab itu adalah proses perkembangan dia. Sesetengah dari kita bila anak banyak bertanya...jawapan herdik pulak yang kita bagi. bukan saja membantutkan pemikiran tapi membuatkan putusnya kasih sayang anak pada ibubapa. Kita yang pisah kan mereka dari kita. Untuk makluman, kebanyaknya ...soalan dari anak-anak ini datangnya dari hati yang bersih, hati yang bersih mudah menangkap ilham yang datang dari yang HAQ. sebab tu kadang2 soalan yang di tanya kita sendiri tak mampu nak bagi jawapan yang terbaik. Kalau kita orang yang pandai..secara tidak langsung kita akan dapat belajar dengan soalan2 yang di ajukan dari anak-anak kita. Jadi tok sah jemu dengan soalan anak2. R