Islam MeLarang Ibu Bapa Mencaci / Menyumpah Anak - PART 1 - ( UPDATED 30-1-2020 )

disini - PART 2 

Sering kita mendengar dalam kehidupan seharian, seorang yang bergelar ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan atau kesalahan yang dilakukan. 

Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan kata kotor atau pun doa yang tidak baik sehingga ia menjadi kebiasaan. 

Memang tugas sebagai seorang ibu di rumah mempunyai tugas yang sangat berat, ibu yang tidak berkerja akan mempunyai kerja yang tidak terbatas berbanding bekerja di pejabat selama enam hingga lapan jam. 

Ibu yang memiliki anak akan menjaga mereka sehingga 24 jam, itu belum lagi tugasan lain seperti melayani suami, memasak, mengurus rumah, menggosok pakaian dan sebagainya.

Tentu ibu yang sebegini perlu menyelesaikan tugas itu bersendirian dan biasanya apabila si ibu ini berada di dalam keletihan di tambah pula dengan kerenah anak sudah pasti si ibu ini tidak dapat mengawal emosinya. 

Maka keluarlah cercaan, cacian, makian, laknat dan sumpah yang tidak baik kepada anak mereka. 

Biasanya seorang ayah yang mendengar kadang hanya berdiam diri saja. 

Lalu bagaimana sebenarnya Islam memandang hal ini? 
Di dalam Islam kita dilarang sebagai ibu bapa melaknat anak, mengeluarkan kata-kata yang menghina, menyumpah, bukan hanya itu saja, kita juga pun dilarang menyumpah diri kita sendiri apabila ketika kita sedang marah. Sesungguhnya kita tidak mengetahui bila waktu yang kita ucapkan perkataan itu menjadi doa dan di kabulkan.

Jadi di bawah ini ada beberapa tip yang oleh diguna pakai.

Tip2 yang boleh di pelajari oleh ibu agar mereka mampu boleh mengawal emosi ketika marah. Antaranya:

1. Ketika ibu marah, ingatlah bahawa Allah selalu mengawasi dan melihat kita dan juga selalu kena ingat bahawa anak kita tidaklah terus dilahirkan menjadi dewasa dan memahami kehendak kita, ia melalui proses dari kecil hingga besar, di waktu anak kita kecil kita kena faham apa yang berlaku adalah satu fitrah keanak-anakan, mereka perlu bermain. Kalau si ibu ini faham akan situasi dan fitrah anak ini mungkin si ibu itidak terus marah dan memai serta menyumpah. Jadilah orang yang selalu berfikir

* Bukan kita juga dulu  anak yang nakal dan menyakitkan orang tua kita.

2. Tarik nafas dalam-dalam dan santai (relaks). Kalau waktu itu kita berdiri..duduk dahulu. tenangkan diri. Sebagai contoh, sungai yang berombak dan beralun susah untuk melihat apa yang ada di dasarnya..tetapi sudah tenang baru kita nampak keindahann di dalam air sungai tersebut. Sama juga sifat kita sebagai manusia..keputusan dan jawapan tidak akan datang waktu kita marah..perlu tenang.

3. Bila kedua-dua cara di atas belum boleh menguasai emosi segeralah beristighfar. Apabila ingin meninggikan suara maka lakukanlah sehingga anak mendengar suara kita.

4. Seseorang akan mudah marah akibat keletihan. Maka jangan memaksa diri dalam melakukan pekerjaan rumah sebaiknya tidurlah segera ketika anak tidur. Berbincanglah dengan suami berkenaan cara dan kaedah selain bacalah buku sebagai panduan.

5. Jangan lupa berdoalah kepada Allah agar hati ibu dalam genggaman-Nya. Insya-Allah, kita tidak akan membiasakan diri lagi menyumpah anak kita ketika marah.





disini - PART 2 

Ulasan

  1. Mak saya selalu memaki sya dgn mcm2 .. seperti babi,anak haram,setan,mcm2 lar .. smpai satu hari tuh saya .. sya menegur ..tapi mak saya cuma ckp "jgn mngajar ak cara nk ajaq anak" adakah salah.. seorang anak jika menegur ibu walaupun benda itu mmg salah ..

    BalasPadam
  2. Perbuatan mencaci ini adalah di tegah dalam islam. mengenai ibu yang selalu mencaci anak ini adalah satu perkara yang di larang dalam islam..cakap-cakap ibu merupakan satu doa untuk anaknya. ramai antara kita yang berkata bahawa mulut saja jahat tapi hati baik..hakikatnya apabila hati baik mulut juga pasti baik jadi bagi saya tiada istilah mulut jahat hati baik. jadi perbuatan menegur ibu itu adalah satu tanggungjawab anak juga..tapi mesti dengan cara yang berhikmah dan berlembut. apa jua yang berlaku antara ibu dengan anak..ibu tetap ibu, berdosa anak kalau menyakiti hati ibu..sekiranya dengan cara menegur tidak ada kesudahan...wajib bagi anak untuk mendoakan ibunya supaya Allah membuka pintu hanti untuk sedar..sedar supaya dapat melihat kebenaran..bukan mendoakan buruk2 untuk ibu. mudahan sdr/i menjadi anak yang baik-baik ye.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..Saya adalah anak yg sulung dlm keluarga dan punya seorg adik lelaki.Ibu pula adalah ibu tunggal,kerana arwah bapa sudah meninggal.Sejak akhir2 ini, ibu sering menyumpah saya sebagai bodoh, jahanam dan bnyk lagi perkataan yang kurang elok.Ini kerana,saya belum punya pekerjaan yang tetap walaupun sebenarnya saya mempunyai sarjana muda.Dia mengatakan dia tidak redha jika dia mati dahulu dan tidak sempat makan hasil gaji dari pekerjaan tetap saya.Dia jua mengatakan dia tidak mengizinkan kami sedekah Al-Fatihah dan tahlil untuknya.Baru2 ini,ibu tidak menerima duit $100 hasil pekerjaan tidak tetap saya..dan sekarang ibu menghina pekerjaan tidak tetap saya iaitu sebagai pendidik sementara.Saya rasa buntu kerana ibu tidak redha dengan ketentuan ilahi.Ibu lupa bahawa ada orang lain di sana lebih susah dari dia.Ibu juga sering membanding2kan saya dengan orang lain yang berjaya.Dan yang sedih sekali,ibu selalu tidak dapat menerima Dugaan hidup ani.Saya hanya mampu bersabar dan mendiamkan diri,dan tak putus2 berdoa semoga satu hari nanti,ibu akan sedar dan bertaubat kepada ALLAH.. Tolonglah saya..apakah yang lagi harus saya lakukan?

    BalasPadam
  4. Wsalam

    Buat Lisa..tiada perkataan lain yang dapat saya nasihatkan melainkan kata keramat ini " BerSABARlah". Harus kamu ketahui juga..tidak semua ibu yang bergelar ibu tunggal mampu menahan dugaan hidup..jadi kamu harus memahami situasi ini.

    Kamu harus buat ibu kamu gembira. Sentiasa berdoa supaya hati ibu lebih tenang. Kata2 herdik dari ibu kamu itu saya rasa bukan kehendaknya tapi mungkin atas dasar sebab dugaan hidup / msalah peribadi ibu kamu. Kamus wajib mendoakan ibu supaya ibu lebih memahami situasi yg kamu alami.

    Untuk kamu rajin2 berdoa..tekad dalam hati apa bila kamu dapat kerja yang bagus2 kamu akan jaga ibu dengan sebaik mungkin.

    Amalkan : Istighfar 100 x sehali
    oran gyang kerap istighfar akan di buka penyelesaian. Buat solat hajat supaya kamu dapat kerja yang baik2.

    InsyaAllah saya doakan kamu supaya mendapat apa yg di cita2kan.

    ameennn.

    BalasPadam
  5. saya dh berkahwin,,mak saya xsuka kan suami..tapi kalo suami ade duit die suka,,penah skali kami mmpunyai masalah kewangan,,mak saya memaki hamun saya dan suami,,sampai ckap saya dapat 'laki bangsat'..'org nk berlaki ko nk berlaki''tapi menyusahkan org'..walaupon suami tidak mendengarnya tapi saya rase terhina sgt..saya tidak melawan semasa die berkata begitu,,tapi saya tidak dapat lupakan segala kata-katanya,,hubgungan kami still lagi baik walaupun tiada ucapan maaf keluar dari mulut mak,,cuma saya baik dgn dia,,tp hati tidak memaafkan..sehingga sekarang perasaan marah saya pada mak masih ade..bgaimana saya harus buat...

    BalasPadam
  6. Pada Anonymous, kamu harus terus doa dan berdoa supaya ibumu berlembut dengan kamu. banyakkan menabur bakti dan mohon pada Allah supaya segala kemarahan kamu pada ibu kamu itu akan di ampuni oleh Allah. selalu-selalulah menghadiahkan alfatihah kepada ibumu selepas solat insyaALlah

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum. Saya dibesarkan oleh ibu bapa yang selalu bergaduh sejak kecil lagi. Sejak kecil saya dah dengar kata-kata makian ibu saya. Ibu selalu kata saya anak sial. Masa mula-mula saya tak melawan. Makin besar saya jadi anak derhaka pula sebab melawan kata ibu. Ibu saya kadang-kadang baik. Bila ibu baik, ibu baik sangattt. Jaga makan minum saya, bantuan kewangan dan pelajaran. Tapi bila ibu marah, ibu maki hamun saya macam-macam. "perempuan sundal, anak lahanat, anak sial," dan macam-macam. Ibu nak saya jadi peguam. Walaupun hati saya tidak lah untuk jadi peguam. Tetapi saya dah dapatkan 2 ijazah undang-undang untuk ibu saya. Tapi ibu masih tak puas hati selagi saya tak jadi peguam dan sering bandingkan saya dan sepupu-sepupu saya yang doktor. Ibu selalu pandang rendah pada saya. Ibu kata, "tak ada siapa nak pandang muka ko. Ko kalau kahwin pon suami ko akan tendang ko". Saya jadi takut nak bercinta. Umur saya 27 tahun,
    Saya cuba buat yg terbaik utk ibu saya bangga dengan saya. Saya dapatkan ijazah Masters utk ibu saya. Tapi ibu masih tak puas hati dengan saya. Dan sering memaki saya. Dari kecil sampai besar. Saya rasa mcm saya dah kena sumpah dengan ibu saya sbb sehingga harini, saya masoh tidak berjaya dalam hidup. Kerja pon tak dapat. Tapi saya percaya, mungkin rezeki saya belum sampai lagi. Saya sabar tunggu rezeki Allah. Tapi bampaknya ibu mcm tak redha. Dah sering menyalahkan saya. Saya memberontak. Saya melawan cakap ibu. Malu saya dengan jiran. Sebab dengar kami bergaduh. Saya tak tahan. Saya juga pening dengan hidup saya. Tapi saya sabar dan pendam. Tapi ibu kata saya tidak peduli tentang hidup. Saya nak keluar dgn kawan, whastapp dgn kawan, semua ibu control. Saya bukan budak kecil lagi. Saya buntu. Saya rasa berdosa melawan ibu, tapi saya tak tahu cara lain untuk tegur ibu, saya hanya mampu berdoa. Tolong doakan saya.

    BalasPadam
  8. salam..saya ada cerita mengenai mak saya… saya tidak tahu apa salah saya dekat mak… penah mak maki saya dgan pngil anak tidak guna hidup menyusahkan aku..saya hanya diam bila mak kata macam tu… apa saja saya buat mak akan caru salah… penah satu hari saya masak kat rumah sebab mak dengan ayah keluar… bila dia balik dia makan dua cakap masakan saya semua masin teeus dia buang… tapi ayah dengan adik2 makan diaorang cakap ok ja… tp bila adik saya masak wlaupon makanan tu masin mak boleh cakap tak pa nanti mak tambah air..sejak hari tu mak saya tak penah cakap dengan saya sampai sekarang… .saya dh tak tahu nak buat apa… saya x penah mintak apa2 pon dekat mak… mak penah cakap yang dia tak kan doakan saya….saya sakit pon saya diamkan je sebab tak nak mwnyusahkan mak dan ayah… saya tak tahu apa dosa saya kat mak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesian awak,.nk ngis bace kesah awak,.rupye ade yg lg teruk dri yg sye kne,.

      Padam
    2. Salam..terharu saya baca kisah sdri.NAsihat saya kerapkan hadiah alfatihah pada ibu mudah-mudahan hati ibu menjadi lembut. sekiranya sdri ada adik beraidk yang lain..minta mereka sama-sama gembirakan hati ibu. mana yang jauh minta selalu jenguk2 ibu. Berserah kepada Allah selebihnya.

      Padam
  9. ayah saya seorang yang panas baran dan tak boleh di tegur. dia suka pukul ibu saya & adik beradik. tapi bila dah sedikit berusia panas baran dia makin kurang. pernah suatu hari dia baling bola dkt ibu saya di kepala dgn sengaja sbb nak bergurau. saya cakap ayah jgn baling dkt kepala, tak elok. dgn nada yang elok. lepastu dia terus panggil saya anak kurang ajar & biadap sbb nak tegur ayah. dia cakap siapa kau nak tegur aku? dan maki hamun saya. kakak sulung saya tak bercakap dgn ayah saya sejak umur dia 16 tahun sbb ayah suka pukul. dia mmg panas baran. apa yang patut saya buat? diam saje ke?

    BalasPadam
  10. saya nk tanya.. mak sy selalu ckp perkataan MENYUSAHKAN pd anak2. sampai tahap adik sy penah terkilan hingga tak btegur dgn dia.. semua kesalahan dia akan cari. sy telah bertunang hingga ke hari ni tunang sy blm tetapkan tarikh perkahwinan. kerna dia masih lagi belum cukup duit,tetapi mak sy terlalu mendesak hingga dia suruh sy putuskan pertunangan.. dia cakap sy sudah malukan dia. tapi sy taktahu apa yg sy malukan. sedangkan sy bukan putus tunang,cuma belum cukup untuk dirikan rumah tangga..

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum.. saya anak sulung .mak saya selalu juga memaki hamun saya ... saya taw saya x la pndai sgt..semua sy buat.. semua salah .. kalau ada apa2 ja tuduh saya.. adik sy yg buat .. sya juga d salahkan.. mcm sy rasa sy ni bkn anak dy lg.. sy dah tak tahan da hdup cam ni..

    BalasPadam
  12. Kepada Anonymous August 27, 2014 at 8:57 PM

    Nasihat saya..muhasabah diri dulu..cari di mana kesilapan kita pada ibubapa, kalau ada rajin2 mohon maaf, dan jangan lupa salam dan cium tangan ibubapa bila hendak keluar rumah atau pergi mana-mana..lama kelamaan ibu akan berubah hati. setidaknya akan ada terdetik dan terlintas di dalam hati ibu utk memaafkan kamu.

    BalasPadam
  13. Kepada Anonymous September 27, 2014 at 3:06 PM

    Nasihat saya, selalu-selalulah bergurau dan bersembang dengan ayah..mungkin ayah sdra/sdri tiada tempat nak menyembang. usia yg meningkat mmg akan rasa sunyi. dan jangan ikutkan hati muda bila berdepan dengan ayah dan ibu kita. perkara yang lepas di biarkan lepas tak perlu di ingatkan2 kembali. untuk pengetahuan kamu bukan senang menjadi ibu dan ayah.

    BalasPadam
  14. Kepada Anonymous September 28, 2014 at 11:57

    Satu sahaja yang admin nak tekankan, pertamanya banyak membantu ibu walau di mana saja berada..jangan biarkan ibu keseorangan dalam membuat keputusan atau melakukan tugasan..kalau itu berlaku ibu akan merasa penat..bila penat hati tak tenang, otak akan runsing..bila semua tu ada dalam diri ibu..mulut akan keluarkan kata2 tak senang dan sedap di dengar..jadi bykkan membantu. bab pertunangan tu kamu harus menerangkan keadaan sebenar...jgn lama sangat ikat pertunangan macam2 boleh jadi. dan nasihat saya jaga diri elok2 dalam pertunangan.

    BalasPadam
  15. Anonymous September 29, 2014 at 6:41 AM

    Kamu kena paham dan perlu tahu apa sebabnya kamu di marahi..kadang2 kita sebagai anak ni mmg tak reti buat kerja..kalau buat kerja tak secantik ibu punya kerja..jadi kamu kena perkemaskan lagi kerja2 supaya ibu suka..ini bukan utk di waktu itu..tapi di waktu akan datang..tambah pulak sekiranya kamu seorang perempuan..wajib tahu hal2 melakukan kerja rumah.

    tak perlu rasa kamu bukan anak dia..tu membuatkan kamu bertambah jauh dari kasih sayang ibu

    BalasPadam
  16. Salam admin.. Sy jg mengalami masalah yg hampir sama.. Sy sudah berkahwin dan tggl bersama ibu akk dan abg ipar sy.. Ibu bapa sudah bercerai dan ayah meninggal syawal baru2 ini.. Ibu sy ade berkwn dgn ssorg dan selalu keluar malam.. Suami sy ada ajak sy keluar rumh ni sbb xtahan tgk ibu keluar mlm2.. Tp sy pjuk hingga sy bersalin thn dpn bln 2.. Tp keadaan jd runcing apabila adik2 ibu sy dapat hal keluar mlm dan suami terus ajk sy keluar dr rumah dan tggl di rumah arwah ayah sy.. Tp ibu xizinkan kami keluar sbb anak dia 2org saja xsggup tgk kami keluar.. Akk byk kali tegur ibu jgn keluar mlm dan berkwn dgn die sbb die hanya nk main2kn ibu sy je..tp ibu xblh terima kate ape yg die buat semua salah, klu korg(ank2) bahagia kenapa tidak die.. Ibu pon ma bahagia

    BalasPadam
  17. Sy btl2 keluar dan tggl di rumah arwah ayah.. Ibu ckp xmahu ambil tahu hal sy, nk bersalin kat mana,pantang kat mana ibu xmahu ambil tau.. Sy cuma perlukan ruang utk bertenang sbb sy mengandung..sy risau apa2 jd dkt anak sy ni

    BalasPadam
  18. Anonymous November 16, 2014 at 12:09 PM

    Wasalam wbth.
    ye..saya faham situasi puan, cuma perlu berhati2 dalam menasihati ibu.
    cadangkan pada ibu kalau betul ibu itu betul mahu jalinkan hubungan dengna lelaki itu, elok di kahwinkan.
    pada pandangan saya ibu itu sunyi. anak2 harus mainkan peranan untuk hidurkan hati ibu. seburuk2 mana perangai ibu dia tetap yg melahirkan kita di dunia..melihat bintang bulan dan dunia ni. tanpa dia tiadalah kita yang di katakan anak2.

    BalasPadam
  19. sebagai seorang isteri wajib mendengar kata2 suami. Dan keputusan yang keluar dari mulut suami haruslah mendatangkan manfaat pada isterinya. InsyaAllah semoga di permudahkan

    BalasPadam
  20. Assalualaikum..saya nak tanya apa hukum ibu yang sedang marah menuduh anak perempuan nya menyundal sedangkan anak dia tidak pernah melakukan perkara sebegitu..

    BalasPadam
  21. Wsalam

    Apabila seseorang dalam keadaan marah, ingatlah itu adalah tiupan iblis/syaitah pada hatinya. Sebagai seorang ibu yg marah pada anaknya ada 2 keadaan

    1- marah atas dasar nasihat
    2- marah atas dasar tiada kemurnian dalam perhubungan kekeluargaan

    persoalannya sekarang bagaimana hubungan kamu dengan ibu kamu. ? di situ akan ada jawapan kenapa keadaan itu terjadi

    dan perlu di ingat zina ni ada jenisnya

    Jenis2 zina selain zina persetubuhan haram
    “ ZINA MATA “ apabila mata itu digunakan untuk melihat sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala . Contohnya : Melihat auirat orang lain .
    “ ZINA TELINGA “ apabila telinga itu digunakan untuk mendengar sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala , contohnya : Mendengar lagu-lagu yang bertentangan dengan Islam . Mendengar umpatan dan carutan .
    “ ZINA HIDUNG “ apabila hidung itu digunakan untuk mencium sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala , contohnya “ Sengaja mencium bau wangi daripada wanita yang tidak halal untuk kita .
    “ ZINA MULUT “ apabila mulut itu digunakan pada perkara yang tidak dibenarkan oleh Allah Ta’ala , contohnya : “ Menikmati makanan dan minuman yang dilarang “ .
    “ ZINA TANGAN “ , apabila tangan digunakan untuk perbuatan maksiat ( menderhakai Allah Ta’ala ) .Contohnya : “ Tikam “ nombor ekor ataupun meraba .
    “ ZINA KAKI “ , apabila digunakan untuk maksiat ( menderhakai Allah Ta’ala ) , contohnya : “ Melangkah masuk ke pusat-pusat maksiat dengan niat untuk berbuat maksiat “ .

    Jawapan untuk yg bertanya baik p ulih semula hubungan kamu dengan ibu kamu. saya percaya pasti ada perselisihan faham yang kuat antara kamu dengan ibu.

    BalasPadam
  22. Assalam.Admin.mohon pnjelasan..Apa hukum nya..bila c ibu menyalahkan anak perempuannya, yg sudahpun Berumahtangga dn.sudah punya anak org anak...ni. c anak ini sering mengambil berat akan c ibu yg tinggal bersama kakaknya yg sdh berumahtngga juga
    ..soalan saya
    .c ibu ini memberitahu ank yg lain.. supaya menasihati anaknya yg prihatin ni
    Berhenti.utk menfitnah dn memburuk burukkan dia. C ibu membuat andaian dn tafsiran yg Negatif tentang anak tadi...
    bahkan c ibu terus mengungkit 1 persatu bahawa anak nya ini yg lebih2 perangai buruk. Berbanding ank yg tmpat dia berteduh itu..c ibu menuduh tiap kali c anak ini dtg melawat dn.mnjenguknya d rumah anak lg 1 ni..anggapan ibu. C anak ini saja nak.mnghendap..dn mnfitnah dia yg bukan2. C ibu smpai berkata dgn.keras.
    Jika c anak tadi tidak hentikan perangai buruk itu...Dia tidak akan mengampunkan anak itu Dunia dn akhirat.
    Bila c ibu berkata begitu
    ..apakah c anak boleh d timpa malang atas sbb c ibu itu berkata begitu..? Apakah c anak juga d kira.anak yg Derhaka..? Sedangkn.c anak itu bukan.begitu..mohon penjelasan tuan Admin....tq

    BalasPadam
  23. Umur saya bru 14 thun...tpy sepanjang saya hidup dn sudah pandai membaca dan memahami apa yg dikatakn ibu saya...Saya slalu terkilan dn mkn haty..ibu saya slalu menangkn anak sulung dia...alhamdulilah...saya masih mempunyai ayah yg sgt memahami saya dan slalu memberi saya nasihat yg terbaik...tpy...saya tak mahu perkara ini berlanjutan sampai saya dewasa...saya ingin merasai kasih sayang ibu saya selagi dia hidup...saya dh usaha bermacam'2 ihktiar...tpy ibu tetap sama...walaupun apa yg along lakukan tu salah...ibu tetap menyalahkan saya...saya tertekan...pernah terlintas difikiran saya utk melarikn diri dry rumah sewaktu darjah enam...tpy dihalang oleh rakan baik saya...perkara itu berlanjutan sehingga saya terpaksa bejumpa dgn pakar psikolgi dn menjalani rawatan selama 6 bulan...tolong bantu saya:')

    BalasPadam
  24. Mcm saya ni mak saya suka sangat kata anak sial , anak haram babi kat saya ..saya dalam hati rasa sedih sangat... dah la tahun ni nak amik spm..dpt pulak doa bukan2 ...

    BalasPadam
  25. boleh ke seorg nenek mengaku pada org yg cucu dia tu anak dia?boleh ke seorg nenek menjaga cucunye selama 12 tahun berkata pada cucunye bapak kau dah jual kau pada nenek?boleh ke seorg nenek kasi balik cucunye pada mak bapak kandung nye bila org tanya dia mana cucunye dia jawap mak bapak dia dah ambil balik biasalah anak dia dah besar... saya sabar kerana dia mak saya tapi dia menggunakan kelemahan saya hanya tidak mahu org tahu yg dia hanya menggunakan cucu nye untuk kepentingngan diri dia dan ego dia.

    BalasPadam
  26. To: Anonymous March 20, 2015 at 10:51 PM

    Memang sepatutnya bukan perkataan yang sebegitu di keluarkan oelh seorang ibu pada anaknya..bukan sahaja bila anak nak ambil peperiksaan tetapi di waktu hari2 yang lain...cumanya dari pihak saya, saya nasihatkan pada awak..cuba muhasabah diri sendiri dan renungkan2 di mana ada kesilapan pada diri awak tu...sebab pada pandangan saya tiada sebab orang nak maki hamun kita..melainkan orang tu mmg tak waras. wallahuaklam

    BalasPadam
  27. To : Anonymous February 14, 2015 at 2:07 PM

    Lupakan apa yang terlintas dalam fikiran kamu tu..buat sahaja yang terbaik..sebab manfaatnya nanti atas diri kamu. jangan kusut kepala dengan perkara yang remeh ye

    BalasPadam
  28. To norazlan khamis :

    kes awak ni macam ada konflik keluar yang lepas2..minta ibubapa awak selesaikan masalahnya dengan ibubapanya (nenek kamu)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalahnye time ibu bapa saya bercerai umur saya baru 10 tahun dan saya anak yg kedua dan saya ada 4 adik beradik sekarang pun adik2 saya semua bermusuh dengan saya kerana mak bapak saya terlalu pentingkan diri diaorg sampai busukkan nama anak dia sendiri

      Padam
    2. Sekarang ni saya ada 7 org anak yg pertama dah berumur 21tahun selama saya kawin sama isteri dari anak 1 sampai 7 keluarga saya tak pernah datang melawat anak2 saya dan saya rasa macam saya ni takde keluarga takde ibu bapa alhamdulillah bantuan dari segi susu anak2 saya dan tempat pelindung semua dari keluarga mak mentua saya alhamdulillah ...

      Padam
    3. Kalau saya nak terangkan org tua saya diaorg tak mahu dengar diaorg kalau boleh nak saya halau mak mentua saya dari rumah saya supaya diaorg boleh duduk dalam rumah saya tapi jaga anak2 saya diaorg tak mahu ...

      Padam
  29. To : Anonymous December 17, 2014 at 7:39 PM

    Kalau ingin berbakti pada ibubapa jangan mengharapkan perhatian mereka..kalau bebar2 kita rasakan itu tanggungjawab kita pada ibubapa..lakukan sahaja..doakan supaya ibubapa kita itu di tempatkan di kalangan orang2 yang Allah kasihi..insyaAllah akan ada perubahan pada ibubapa tu nanti

    BalasPadam
  30. to : noor azlan kamis
    sebab tu saya bagi tahu kena selesaikan konflik keluarga dahulu..kena bermuzakarah / berbincang. selesaikan elok2.

    ini masalah keluarga. kalau pergi kaunseling pon mereka akan cari puncanya dahulu..bukan terus tuju pada individu.

    BalasPadam
  31. mak dan ayah sy tiada sebarang mslh rumahtangga.ayah sy seorg yg penyabar.dia ssh utk memarahi ank2 malah cuma mengeluarkan kata2 yg agak tegas saja.berbanding mak sy,beliau sering mengeluarkan kata2 kesat dan pda satu tahap sgt mengguris hati saya.menjangkau usia 18 tahun ni mak sering memaki hamun sy dgn mngeluarkan kata2 anak sundal,babi,ank xkenang budi,ank xkn selamat didunia dn akhirat dn bermacam lagi...ketika dari sy menduduki exam Spm pun mak sering memaki sy.sehingga kan sy dh xde perasaan utk berkata apa2.malah sy lebih bertindak dgn mendiamkan diri.apa shaja kehendak beliau sy ikutkn.kini sy dh 18 thun sy membuat keputusan utk meneruskn pelajaran pda peringkat stpm.mak sering memaki hamun lagi sy setiap pagi sebelum sy ke sekolah..sy takot kalau kata2 beliau akan temakbul kerna sy ingin menuntut ilmu.sy risau ilmu yg sy pelajari tidak berkat kerana mak slalu maki sy dgn berkata 'kau jgn ingt kau belajar tu bgus sgt,kalau aku kata gagal,maka gagal la kau.tak sng idup dunia akhirat... tapi sy hnya mendiamkn sja diri xmelawan mahupun bertelagah ...sy hnya bersabr dn trus brsabar.adakah ini tindakan yg btol sy lakukan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cara saudari ni dah betul...cuma buat satu perkara ni..setiap kali nak keluar pergi kemana-mana salam tangan ibu/bapa.

      insyaAllah

      Padam
  32. salam...ibu saya selalu memarahi sya walaupun disebabkan perkara kecil..ibu sering berkata 'sial','laknat', " Kau takkan selamat"..dan mcm2..lg kata kesat..sya kecewa walupun mmg saya ada buat kesalahan tp "hukuman" itu berlalu berat buat saya..saya dah meminta maaf pada ibu dan ibu maafkan..soalan saya : adakah setelah ibu memaafkan sya, semua kata2 ibu itu akan terhapus ataupun sya perlu menyuruh ibu menarik balik kata2nya..supaya hidup saya selamat dunia & akhirat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam

      sebagai anak kena faham juga situasi ibu dan bapa..kadang ibubapa ni ada masalah di luar tapi di bawanya kerumah..yg jadi mangsa anak-anak. sebagai anak tolong jangan bukak ruang2 kemarahan ibu bapa.

      dan ibu bapa juga harus tahu..cuba tanya pada diri sendiri "APA KENA AKU HARI-HARI NAK MEMAKI HAMUN ANAK-ANAK

      Padam
  33. Assalamualaikum

    Ibu bapa saya sering bergaduh sejak saya kecil, skrg saya berumur 23 tahun. Mereka bergaduh disebabkan hal keluarga ayah saya, sewaktu saya kecil, ayah byk mengikut telunjuk keluarganya, di mana byk yang kalau dilihat, tak kena pada gayanya, macam mana ibu saya dilayan dengan tidak baik oleh keluarga ayah saya yg membuatkan banyak yang mak saya perlu berubah dan berkorban demi untuk keluarga ayah saya tapi tak pernah dihargai... Dan sekarang, kami memang tidak rapat dengan keluarga belah ayah... Tapi sekarang, mungkin disebabkan terlalu lama makan hati, mak saya jadi berkasar dengan ayah saya atas benda2 kecik atau besar, pantang silap sikit, melentinglah jadinya dan bergaduhlah mereka... Sewaktu kecil, saya byk menangis kalau mereka bergaduh, dan mereka akan cakap "jangan ambik kisah/campur dalam apa yg mereka gaduhkan" Saya menghabiskan hampir seluruh masa saya di rumah dan hampir setiap hari mereka bergaduh. Sampai skrg mereka tetap akan cakap saya tak perlu masuk campur, saya mintak mereka utk jangan bergaduh depan saya tapi jwpn yg saya dpt ialah 'nak buat macam mana, dh kamu ada'
    Kadang2 saya rasakan mereka mcm dah tak malu bergaduh jika ada org lain. Pernah sekali kawan saya tumpang tidur di rumah dan terdengar mereka bergaduh dan kawan saya bgtau saya dan saya hanya mampu berdiam sahaja.

    Saya dh cukup penat dari segi mental dan emosi untuk buat2 tak tau, kalau saya senyap, saya sendiri sakit, kalau saya meluahkan, akhirnya saya sendiri disalahkan sbb diibaratkan terlampau memikirkan dan ikut campur. Saya diminta untuk faham macam mana mak saya dilayan dahulu dan perlakuannya sekarang disebabkan layanan dahulu. Saya bkn tidak faham, tapi bg saya, layanan buruk tak patut dibalas dengan layanan buruk. Dan paling utama, saya sbg anak rasa adalah sgt tak patut untuk ibu bapa bergaduh depan anak2. Apa yg patut saya lakukan? Saya tak suka benda ni jadi, tapi mcm semakin kurang hormat sy terhadap mereka, sy benci bila saya rasa mcm ni, tapi sy sedih bila sy disalahkan kerana tak faham kenapa mereka bergaduh. Saya takut andai satu hari, saya btl2 tak ambik kisah apa yg berlaku. dan satu lg yg saya sedih ialah bila 'maaf tapi nanti buat lagi' lebih baik dari 'maaf, janji tak buat lagi'. Bagi saya maaf tu satu benda yang besar dan bukan benda yang boleh pura2 cakap tanpa memaksudkannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. situasi sdri ni kalau tak kena gaya dan cara boleh menyebabkan sdri hilang pedoman..pertama jaga masuh dan diri jangan sebab masalah keluarga sdri bebas kan diri dengan gejala tak sihat...apa yg boleh di buat cari tempat yang menenangkan cari rakan sebaya yang dapat mengajak kita ke arah positif. cari minat yg boleh mendapatkan hasil insyaALlah akan di lupakan masalah kelaurga

      Padam
  34. ibu cakap saya TAKDE OTAK sbb saya tercampurkan kulit kacang dlm kacang yg dah bersih

    masalah orang lain lagi teruk rupanya.
    tapi perlu ke dia keluarkan ayat mcm tu? dia tak tahu ke setiap percakapan utk anak dia tu makbul?

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap lepas ni jangan buat lagi..rajin2 membantu ibu supaya setiap apa yang kita buat itu tidak kekok dan kurang kesilapan lagi

      Padam
  35. Assalamualaikum.
    saya anak kedua dari 3 adik beradik hasil perkahwinan pertama mak saya.
    Sejak dari dulu memang kami adik beradik selalu dimaki hamun terutama selepas kedua ibu bapa saya bercerai. Saya fahan situasi mak sy. Dan sebab itulah jrg saya bersuara walaupun dia maki mcm mana tanpa usul periksa. Keadaan makin teruk bila dia bertemu jodoh dgn bapa tiri, hidupnya tak bahagia sampai mak diceraikan. Apa yg saya nampak mak seolah2 tak redha dgn takdir yg Allah tentukan. Dia salahkan bekas2 suami,anak2 yg kena tempias. Kena maki anak derhaka tak semena2, kadang2 benda kecil diperbesarkan. Pernah satu masa kawan perempuan tumpang tidur rumah, selalunya saya beritahu. Tapi mass tu dah terlalu lewat dan kawan saya last minute tak ada tempat tidur. Saya tidur diluar sebab bilik cuma ada 1 kipas kecil dan tak muat untuk dua org. Dia buka pintu tgk susuk badan besar dia igt lelaki. Tanpa buka lampu dan minta penjelasan sy, dia terus msg dan maki hamun. Salah saya tak msg dia dulu tapi bukankah kalau nak menuduh seseorg tu berzina kita kena ada dua org saksi. Semua salah faham dan saya tak kisah kalau kena caranya. Tapi dia dah menyumpah anak berbuat maksiat tanpa usul periksa. Itu yg buat saya terkilan. Saya pernah cuba menegur cara dia memarahi adik saya yg belajar tahfiz. Masa mood dia baik dia akan ckp adik sajalah harapan mak nak masuk syurga. Sikit pun saya tak cemburu malah berbangga. Tapi bila ada yf tak kena pada matanya, dia akan sumpah adik saya dan cakap perangai spt bapanya. Saya tak melawan katanya. Puas tegur secara halus bila mood dia tgh okay. Saya tak sanggup tgk adik bongsu terima nasib yg sama spt kakak2 dan abangnya. Saya cuba lari dr rumah semata2 utk elakkan dari dia menyumpah sy lagi. Tapi kesiankan dia sebab adik lelaki saya seorg yg panas baran dan takut apa2 jd padanya kalau tersalah kata nanti. Kadang2 buntu dgn nasib yg menimpa keluarga kami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. msalah sdri ni macam masalah kebanyakan orang lain jugak..di sebabkan keadaan anak-anak jadi mangsa..masalah keluarga mesti di selesaikan antara keluarga juga..paling kuat saya boaleh bagi nasihat adalah bersabar..tapi seakat mana nak bersabar kan? ok jalan pertama cuba jalankan tanggungjawab sdri sebagai anak terhadap ibubapa...selebihnya bina hidup sdri sendiri...kalau perlu pindah..bg tahu elok2 pada ibubapa untuk pindah cari alasan munasabah..seperti sambung belajar.

      Padam
  36. Assalammualaikum .. Saya nak tanya. Ape hukum seorang bapa memperkecilkan anaknye yg dlhrkn cacat (sumbing) anak perempuan. Anaknye da berumur 32 tahun dan sudah tidak bekerja dan masih belum berkahwin. Adakah anak tersebut masih lagi tanggungan ayahnye..dan pe plak hukum ayAhnya pilih kasih di antara ank perempuannya itu dgn anak lakinye yg berumo 22 tp tidak bekerja.. Anak lakinye cacat dsebbkn kmlangan.. Tp masih mampu berjalan n sepatutnya bekerja.. Tetapi malas.. Ayahnye selalu mrmpertikaikn anak perempuan nya.. Supaya sedar diri... Kerja yg harusnya dlakukan oleh lelaki.. Dsuruh ank perempuannya lakukan.. Jika ank perempuan nye tak leh lakukan.. Ayahnya marah n maki dgn kata kasar. Perckapan ayahnye sering menyakitkan hati anaknye.. Sehinggakan anak perempuannye meninggikan suara.. Ayahnya pula.. Lagi tinggikan suara.. Dan mengeluarkan kata2 kasar yg menguris ati anknya.. Sedangkan ayahnye seorang yg solat.. Wajarkan seorang ayah maki anaknya dengan kata kasar dan menyumpah anaknye..
    Saya inginkan pendapat tehadap situasi tersebut.. Apa yg ptt anak perempuan tu lakukan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. walau apa yg berlaku jangan derhaka pada ibu dan bapa..itu point pertama. ayah ssdri tu dalam keadaan bingung dan tertekan dengan keadaan semasa. apa yang sdri perlu lakukan jalan tanggungjawab sadri sebagai anak terhadap bapa..selebihnya serahkan segalanya pada Tuhan.

      Padam
  37. salam admin ...
    ayah sy selalu mrh sy tanpa sbb . selalu sy kena mrh maki hamun . bru lalu kejap dh kena cop bodoh . pernah satu malam tu , dia balik lewat . kebetulan sy tk tido lagi. tergerak hati nak bukakkan pintu untuk dia . sebelum sempat sy bukak dia dh msuk , sy plak bru keluar dri bilik . dia terperanjat terus maki2 sy . dia ckp kalau dia mati terpernjat dia nk sumbat sy dlm penjara . bertapa terkilannya sy bila seorang ayah nk massukan anak dia dalam penjara atas alasan yg tak masuk akal . niat sy mlm tu nk bukakan pintu tak sangka jdi mcm tu . mmg menusuk betul la dia ckp mcm tu , tmbahan pulak sy ni perempuan . sifat sensetif tu sgt kuat . tgok kawan2 lain punya ayah semua layanan cukup sempurna . sedangkan sy ?? kdg2 sy menagis bila teringatkan perbuatan ayah terhadap sy .

    BalasPadam
    Balasan
    1. dari penelitian saya ayah sdri ni orang yg cepat stress dan cepat rungsing . mungkin sebab penat. jadi cara terbaik layan ayah tu macam raja

      Padam
  38. Salam smua..
    Sy adalah anak sulung kepada 6 adik beradik. 1 adik perempuan sy da berumah tangga dan lg 2 sudah pun bekerja. Sy pula adalah seorang duda anak satu. Sy bercerai dgn bekas isteri sy salah satu puncanya adalah sy terlalu mementingkan ibu bapa sy. Sy sanggup menjual rmh (cadangan ibu bapa sy) utk menolong ibu bapa melunaskan hutang dan duduk bersama mereka. Akhirnya bekas isteri jd bosan lalu curang dan meninggalkan rmh dan anak perempuan kami bersama sy hingga kami sah bercerai. Hingga kini bekas isteri sy x pedulikan anaknya dan menhilangkan diri. Sy pula masih menetap dgn ibu bapa sy bersama adik beradik. Namun..sy tetap dikenakan byr sewa bulanan tiap2 bulan. Ibu bapa sy ini bersikap boros belanja dan mempunyai pemikiran yg cetek ketika menghadapi masalah kewangan. Walaupun sy kerap membantu dan kami adik beradik memberi wang bulanan tp tetap jgk tak mencukupi pada mereka. Baru2 ni sy menegur..kerana mereka seolah menyalahkan kami tentang hutang2 yg mereka tidak.lunaskan..seperti bill air lampu. Namun mereka tidak pernah mengaku kesilapan dan seolah seperti mereka tidak pernah membuat kesalahan dan tidak pernah ingat pengorbanan sy selama ini. Selama sy duduk bersama mereka...mereka mencatur makan minum sy dan cucu mereka dirumah. Seperti..bila habis memasak..bahagian lauk sy dan anak sy diasingkan..sy dan anak sy hnya mendapat bahagian yg sikit hingga kan hnya cukup utk mkn dua kali saja dlm sehari. Jika mereka smua telah mkn..sisa lauk yg tidak habis itu barulah dipelawa utk sy dan anak sy mkn. Sy bersabar selama ini dgn sikap mereka. Mmg sukar dipercayai inilah cara layanan mereka terhadap sy. Tapi demi Allah inilah yg sy hadapi. Sy merasa kesal dgn diri sy. Apakah sy harus terus bersabar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasihat saya sila berpindah bina hidup baru dan rajin solat dan berdoa. biar kita penat di dunia tapi rehat di akhirat

      Padam
  39. Sy nk brtanya...3 hari lepas ibu sy memukul sy di badan dan kpla..shngga lebam....kerana sy di
    fitnah oleh adk sy sndri....sy nk tanya...brdosa ka klau ibu memukul sy yg dh brkahwin....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang2 ibu pukul yang tua sebab nak mengajar yg muda..ibarat kata orang dulu2..nak marah menantu anak di tangankan. cumanya kalau ianya betul2 fitnah slow talk dengan adik dengan hati kita tersemat sifat kasih dan penyayang..selepas itu tak usah di fikirkan lagi..apa yang penting hati kita tak terbeban dengan fitnah itu

      Padam
  40. Assalamualaikum..

    Saya dari kecil hingga sekarang sering melihat pergaduhan ibubapa saya, ini kerana saya anak sulung dan berumur 22tahun dan mempunyai 2 orang adik( 19yrs & 16yrs). Ibu saya jenis suka mengarah ayah saya itu ini dan berkata kesat pada ayah saya sambil menonjol-nonjol kepala ayah, tapi saya pelik kenapa ayah saya berdiam sahaja seolah olah takut kpd ibu.. pergaduhan antara mereka selalu berkaitan dgn duit. Ibu saya sering mengatakan ayah lelaki tak guna.. menyesal kahwin dgn ayah saya kerana dia tidak dapat menjadi kaya dan hidup mewah.. hal ini sehingga sekarang.. tetapi bagi saya ianya cukup sahaja untuk kami sebab ada lagi mereka yg susah. Bukan gaji ayah 500per month ke apa, gaji ayah hampir cecah 3k tapi saya faham dgn kami hidup di bandar..

    Yang paling saya sedih ibu saya mula berubah sejak adik kedua masuk matriks dan saya belajar di universiti. Perubahan dia yg paling dasyat saya pernah lihat.. ibu kuruskan kan badan dan mula membeli produk2 untuk cantik untuk kurus. Sekarang ni zaman technology, baik2 ibu tak tahu IT sampai dia tahu lebih.. saya taktahu dia berkenalan dgn siapa dalam social ntwork. Dan dia sering keluar rumah tanpa izin ayah dgn memakai pakaian yang bertudung tapi telanjang.. em saya sendiri malu dgn ibu saya bila depan kawan2. Ibu berubah seperti ingin menjadi remaja mcm saya. Dulu saya freehair dan ada laa baju2 masa freehair saya simpan je dalam almari tapi bila saya balik U ibu pakai semua baju saya masa saya freehair sedangkan baju tuagak mendedahkan aurat laa bagi kita yg bertudung. Ayah nampak tapi dia sikit pun tak tegur ibu... pernah ibu keluar sehingga 3 4pagi baru balik.. pernah 9pagi baru balik..

    Hubungan ibu dgn kami adik beradik tidak lah sebaiknyg disangkakan. Ibu memaki saya sundal, bohsia, babi, bodoh, bangsat macam2. Masa ni saya masih sekolah. Ibu maki sebab saya keluar hantar buku kawan di lorong belakang. Ibu lempang saya. Apa salah saya.. sekarang bila dia dah berubah dia maki kami adik beradik.. berambus semua ! Mampus je bagus hidup menyusahkan aku! (Dlm jeritan yg kuat). Rumah saya teres dua tingkat, dah tentu jiran dgr. Saya jenis tidak melawan sebab saya jenis menangis seorang diri, saya pendam semua.. saya belajar utk dapatkan segulung ijazah utk ibubapa saya. Tapi sekarang ibu tak pernah heran lansung pasal saya. Dan result saya yg saya impikan utk hadiahkan pada ibu pun saya tak mampu sampaikan sebab saya terlalu stress. Saya mendapat Kepujian Dekan dan ini saya ingin hadiahkan pada ibu saya. Tapi dgn perangai ibu yg tak pernah berubah membuat saya rasa tak perlu sampaikan pd dia.

    Hari-hari saya seperti hamba. Ibu tidak pernah jalankanntugas sebagai seorang ibu (sekarang). Dia duduk bilik bermain handphone. Bila nak makan dia jerit kpd adik, mak nak makan masak kan. Seperti ibu tiri. Ibu juga memburuk kan kami didepan kawan kawan, saudara mara dan juga ayah. Sebab ayah bekerja dan selalu takda dirumah. Bila ayah balik ibu belakon dia mengemas rumah. Sedang saya dan adik dah kemas. ibu saya jenis suka membebel. Dan cakap kata kata kesat pada anak anak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya buntu. Saya tahu ini semua ujian dari Allah swt. Tapi saya tak kuat. Saya harap admin dapat memberi saya nasihat agar sayandapat menjadi lebih tabah dan kuat untuk mengharungi semua ini. Trima Kasih.

      Padam
    2. Wsalam..

      apa yang saya perhatikan ibu sdri mmg ada masalah dari segi pegangan hidup..kurang mendapat didikan agama atau tidak pernah dapat didikan agama akan membuat seseorang itu lari dari aturan-aturan yang di syariatkan dalam agama..terutama peraturan di dalam perhubungan kekeluargaan.Tidak selayaknya sikap seorang isteri berkelakuan seperti itu terhadap suami.

      Bagi saya sekiranya sdri ingin menasihati ibu saya berharap perlu dengan cara sgt berhikmah..tidak boleh membuta tuli shj..sbb kemungkinan akan berlaku perselisifaham yg akan lagi besar. seeloknya ada pihak lain yang memberi nasihat. Saya tak nak sentuh bab ibu bapa sdri..sebab saya pasti mesti ada beberapa faktor antara mereka yang tidak sehaluan..apabila tidak sehaluan akan berlaku kepincangan.

      Sila fokus pada diri sdri, teruskan pelajaran capaikan smpai tahap yang selesa..bina hidup baru, bantu adik bantu keluarga setakat terdaya. Azamkan hidup dengan ada pegangan dalam beragama..percaya cakap aya..orang yang tidak berpegang pada syariat Agama akan pincang hidup..sebab tidak dapat mengenal apa itu salah dan silap...bila tidak mengenal salah dan silap maka tidak pula ambil kisah ianya satu dosa atau tidak.

      melihat diri sdri yang dapat keputusan yang bagus, itu tanda masih ada rahmat atas diri sdri..makanya gunakanlah Kurniah Rahmat itu untuk mendoakan ibu dan bapa dibuka pintu hati untuk berkasih sayang.

      insyaAllah

      Padam
  41. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  42. Assalamualaikum...nk ditanya...mak tu tk berdosa ke memanggil anak munafik dan dajjal kerana pada dia saya tk solat tetapi hakikatnya saya solat...hanya ALLAH yg melihat dan mengetahui...saya seorang yg tk tahan bebelan....jadi saya menjawab seperti 'darjat ibu tinggi ke panggil orang munafik?' Dan pertengkaran ditimbulkan.. Saya pun ada perasaan...tkkan dengan ibu sendiri kita kena jadi patung smpaikan dicaci pun ibarat saya ni tkde perasaan... Abeh bile gaduh arwah nenek terlibat....katanya nenek kaulah jadikan kau gini...tk habis2... Nenek juga kena...yg dah kat liang lahad tu jugak dia mengata...saya tk terima...saya menjawab...kerana saya tahu saya benar...lagi2 dia kata menyesal melahirkan saya...mak tu tk berdosa ke? Jadi saya nk tahu sape yg berdosa? Saya yg menjawab kerana benar atau mak yg tk redha mencaci anaknya dan mengutuk maknya di dlm kubur?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam.

      Untuk meletakk sesuatu itu dosa atau tidak, halal atau haram harus di lihat dari sudut hukum syarak. Walaubagaimana pon hanya ALlah Taala sahaja yang layak menghukum, kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.

      Pertengkaran antara ibu dan anak adalah satu yang boleh berlaku dan tak mustahil tidak berlaku. Hanya mereka yang kuat pegangan agamanya tidak akan mencemuh diri orang lain. Untuk masalah kekeluargaan secara hakikatnya seorang pon tidak akan dapat mengetahui dan mencari punca melainkan mereka yang terlibat sahaja. Maknanya orang luar tidapat dapat mengetahui mana yang betul mana yang salah hanya kerana dengan cerita-cerita yang di dengarkan. Harus di dengar melalui dari ke 2-2 pihak.

      Sebenarnya punca ibu memaki anak, anak melawan cakap orang tua, adalah di lihat dari beberapa faktor yang menjadi punca..faktor utama..gagalnya ibubapa itu memberi contoh yang terbaik buat anak. ke 2 faktor pengaruh anak ini terhadap sekeliling menyebabkan anak-anak ini menjadi liar jiwanya.

      Kalau benar kita seorang yang berpegang pada agama dan jiwa kita dididik dengan solat tiada istilah melakukan kemungkaran.

      Untuk soalan ini, kalau tanya siapa berdosa..elok selidiki hati sendiri2 dahulu. Apakah berani anak mengatakan ibunya seorang PENDOSA? atau kita mengubah diri kita dan berkasih syang dengan ibubapa, melainkan ibubapa itu mendorong anak-anak ini ke arah kemaksiatan.

      Padam
  43. Admin.. Saya nak minta nasihat..fikiran saya sdh mcm buntu tak tahu nak buat ape lagi.

    Mak dan abah selalu marah. Dlu saya dibesarkan cukup ada pembantu rumah. Tapi sekarang tidak. abah selalu marah, sebab saya tak buat kerja rumah. Tapi sebenarnya saya sedang belajar untuk membuat sesuatu sedikit demi sedikit. Tp sampai sekarang, apa yg saya buat itu, pasti kurang di mata abah dan mak. Saya ada rasa juga, ada kh saya sebenarnya bukan anak yg mereka inginkan? Mak dan abah lebih sayang kat abang dan adik. Kami yg perempuan ni, sering d marah kerana tak pndai buat kerja rumah. Sedangkan kite masak, kadang sapu rumah, jaga adik saya yg OKU. Mungkin sebab kita tk buat depan mak dan abah, kami d katakan tk buat kerja rumah. Tapi, saya takut Allah. Saya tak nak.. Menunjuk2kan apa yg saya buat. Saya pernah coba untuk bunuh diri, tp tak berani. Nak lari dri rumah pun, tk tahu nak pegi mana. Sya selalu doa untuk diberikan jalan dan minta lembutkan hati parents kita. Tapi.... Tak tahu lah. Allah belum kabulkan doa kita. Saya tak nak susahkan mak dan abah lagi. Jujur, saya tak pernah rasa pelukan mak dan abah. Kadang saya mintak tuhan tuk ambil saya. Saya dah tk tahu nak buat camne lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum
      Kebiasaannya anak perempuan mmg akan di latih sebegitu..sebab perjalanan anak perempuan bukan setakat di rumah tapi akan di tempuh di alam perkahwinan..dan apa yang di latih dan di bebelkan ibubapa sdri itu adalah kebaikan utk diri sdri..percayalah..cuma usahakan buat yang terbaik dan selalu bertanya cara-cara untuk melakukan yang terbaik pada ibubapa. bayangkan di alam perkahwinan nanti sdri tak pandai melakukan kerja rumah..yang di hadapai nanti bukan keluarga sdri sahaja tapi adalah keluarga suami. tak perlu lari dan bunuh diri itu bukan penyelesaian. just fun buat kerja rumah..berbeza anak lelaki dengan anak perempuan..saya yakin suatu hari nanti pasti sdri teringin hendak berterima kasih pada ibubapa atas apa yang mereka buat..cumanya di sebelah pihak ibubapa perlu tahu cara dan kaedah untuk hargai anak2 yang telah melakukan kerja rumah.

      saya doakan sdri menjadi anak yang baik. amennn

      Padam
  44. ada sambungan di bahagian 2
    http://mengaji-iqra.blogspot.my/2015/12/jangan-herdik-dan-memaki-hamun-anak.html

    BalasPadam
  45. Salam saya ada masalah dengan ibu saya,ibu saya selalu tengking dan menghina saya dengan perkataan yang tak elok.ada suatu hari ni masa ibu saya sedang menghina saya saya menegurnya dengan mengatakan bahawa ibu yang tak cukup memberikan didikan agama kepada saya dan kami sekeluarga tidak pernah solat berjemaah di rumah seperti keluarga lain.ibu dan ayah juga tak pernah ajar saya dan kakak cara nak solat jadi kami dah terbiasabtak solat.adakah saya derhaka kepada ibu saya apabila saya menegur kesalahannya itu.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam..ok tinggalkan pasal ibu sekejap.
      persoalannya kenapa sdri tidak meletakkan diri sdri untuk belajar agama kalau dah tahu sdri tidak dapat didikan agama..kalau sdri pergi belajar agama pasti ibu sendiri akan berubah secara automatik..tak caya cuba try test..pegi belajar agama

      Padam
  46. Assalam, sy seorg ibu kpd sorg anak.. anak sy lelaki umur 4 thn, mmg nakal.. sy sorg yg byk membesarkan dia sb suami berjauhan.,kdg2 sy stress sb tpaksa menjaga anak sorg diri, dgn penat bekerja lg, belum msuk part anak sakit demam, anak sy mmg keral sakit demam dan ini buat sy btambah stress.. anak pulak dh umur 4 thn kdg2 msh x reti nk pkak baju sndri, mandi sndri..walau diajar byk kali.. sy mmg stress sgt2..apa yg menjadi mslh ialah kdg2 sy ilang ptimbangan dan memaki anak sndri.. anak pulak dgr dan diam je.. ape yg patut sy buat utk tenangkan diri dan tidak memaki anak sy.. sy akui sy trlalu stress dgn idup sy

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam..puan sudah merujuk pada pakar ke keadaan anak puan? bukan apa, sekiranya ada masalah dari pertumbuhan anak tu mmg akan ada masalah dari segi menerima arahan. pernah berlaku pada kawan saya..anaknya sudah nak menerima arahan bila ke pakar ada masalah, iaitu autism.

      yang kedua, puan harus luahkan pada suami puan, cerita dari hati ke hati..kalau suami puan faham mesti akan ada tindakan susulan, mungkin dia akan luangkan masa. sebab kes puan ni bukan masalah pada anak tapi masalah pada hubungan suami isteri. keletihan puan tu yg buat puan stress. anak tu ibarat trigger sahaja. Ye saya akui hubungan suami isteri yang berjauhan ini mmg akan membuat tekanan yang kuat. luahkan keletihan puan pada suami..tapi bukan merungut ye..ok wassalam

      Padam
  47. Asslm

    Sya anak kedua dri 3 adik beradik yg sulong abg sya yg number3 adik perempuan saya .. saya ni mcm dipinggirlan oleh mak dan ayah sya .. klw keburukkan tuh suma ada pada sya klw kebaikan suma pada adik dan abang saya .. mak dan ayah saya selalu maki saya .. diorang slalu kata "xde otak ker nak fikir dah lah xpanadai malas belajar " saya tau saya xpandai tapi dorang selalu hina saya .. apa saya buat suma salah .. saya xtahu nak buat mcm mana sya bru 14 tahun .. kadang2 saya belajar xpndai sbb stress dgn mak ayah saya .. sye xbley fokus walaupon sye bce buku .. hampir setiap hati dorg nak maki saya klw abg dan adik saya dorg menggunakan ayat yg elok .. klw saya nak maki jer .. sya berasa saya ni dipinggirlan dan xde kasoh sayang .. apa yg saya perlu buat ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikum salam

      saya faham situasi kamu..dan kamu masih peringkat umur untuk meningkat dewasa. pertama-tama sekali kamu harus faham keadaan hidup bekeluarga, saya pasti bukan sakamu sahaja yang alami tapi ramai lagi remaja yg seumur dengan kamu mengalaminya, dan sekiranya kamu tidak mempunyai fikiran yang positif kamu akan memberontak..tapi itu bukan penyelesaian buat diri kamu. apa yang kamu kena buat adalah lakukan diri kamu sebagai seorang anak yang baik..anak yang baik ini akan membuat ibu bapa tenang. apa yang membuat kamu terasa terpinggir adalah perasaan kamu..apabila ibubapa selalu menyuruh tandanya ibubapa itu ingat pada kamu. cumanya cara ibubapa kamu itu yang lebih kepada kekerasan. saya harap kamu tidak abaikan tanggungjawab kamu sebagai anak. Yakinlah saya faham situasi kamu. cuma nasihat aya jadikan diri kamu ni anak yang baik. saya doakan untuk kamu.

      Padam
  48. Saya xpasti adakah sy jd anak derhaka bila mak sy dduk disebelah dgn suara & nada yg tggi suruh perlahankan volume tv dan ayah sy bercakap dgn nada marah cakap tgok tv mcm org pekak..sedangkan tv tu bkn sy yg buka...pada awalnya mak & ayh yg dengar lagu di tv dan buka volume yg kuat. Sy tukar kpada chanel lain kerana anak buah sy. Dan sy hanya cakap bukan sy yg buka tv tu & tgok & trus perlahankan volume tv.Ayh terus marah dan ckp sy menjawab. Untuk mengelakkan pertengkaran, sy ambil hp sy & terus masuk ke bilik. Di luar blik ayh masih membebel cakap sy anak kurang ajar,xboleh ditegur.
    Bg sy menegur secara elok boleh je & sy akan terima. Minta ckp elok2 sruh perlahankan tv skit...cukup...ni siap ckp tgok tv mcm org pekak..slame ni sy sbr bila mak suka ckp mnjerit2 dgn sy & ayh akn sokong sgala apa yg mak ckp..sy dh bertunang & sy jd xsabar nak kahwin & keluar dr rumah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum

      hidup tak selalu indah..itu antara pepatah orang melayu..cuma kamu anggaplah itu adalah satu hari yang kamu tidak suka..sekadar itu sahaja. hari2 yang lain buatklah jadi indah. tak perlu simpan dalam hati. kamu tidak derhaka selagi kamu tidak melawan.

      Padam
  49. Assalamualaikum,

    Mertua sy suka memaki hamun suami sy dan menyatakan suani sy adalah seorang anak yg xberguna dan tidak boleh diharap serta derhaka disebabkan suami sy tidak mampu memenuhi kehendaknya. Bapa mertua sy telah pun berhenti kerja serta mempunyai hutang keliling pinggang, sikapnya yg suka berhutang, membazir pd benda/keadaan yg tidak perlu dan suka bertangguh dlm segala hal pembayaran keperluan. Keluarga mertua sering menghubungi suami untuk meminta duit bila mereka memerlukan, utk pengetahuan admin suami hanya mampu memberikan ibubapanya mengikut kemampuannya sebanyak rm50 sebulan, tetapi mereka akan kerap kali sebulan menghubungi suami sy utk meminta duit kerana memerlukannya. Bkn suami sy xnk tolong, tp perbelanjaan kami sekeluarga pun hanya cukup2 mkn sehingga hujung bln. Tabiat mertua sy yg suka berhibur di persatuan tari menarinya yg agak jauh dr tmpt tgglnya kdg2 penyebab mereka selalu mengalami mslh kewangan kerana tiada punca pendapatan. Mereka sering ke sana utk hiburkan hati katanya. Bagi sy dalam usia yg makin meningkat ini byk lg cara utk berhibur. Sy kesal kerana ibubapa mertua sy tidak penah memahami suami sy serta ibu mertua sering mendoakan anak2 kami akan berkelakuan tidak baik terhadap kami bila mereka dewasa kelak. Berdosakah suami sy kerana tidak dapat memenuhi kehendak ibubapanya?? Salah apakah anak2 kami didoakan sedemikian??

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam

      bantu sekdar termampu sahaja. perangai pelik2 masa dah tua elok la di tinggalkan sebab tak mendatangkan faedah. tapi klau nak menegur ibubapa ni kena dengan penuh hikmah.

      Padam
  50. assalammualaikum admin, saya mempunyai sahabat yg skrg tidak bertegur ibunya krn dia kecil hati dgn kata2 ibunya yg mngatakan bahawa shbt ini menyusahkan dari kecil hingga ibu itu mengungkit "susu yg aku berikan tidak prnah aku mintk balik". hanya krn shbt ini bergaduh dgn adiknya krn adiknya nak menumpangkan kwn2 dan tidak benarkn shbt ini mengikut brsama krn tak mahu kwn2 si adk ini sempit. dan adik ni tlah kluarkn kata bahawa aku yg byar minyak dan duit kereta ini. terus shj shbt brkecil hati dan mngatakn kalau begitu tukar shj nama atas nama si adik. lalu ibunya mngeluarkn kata yg saya katakan td (anak yg mnyusahkan dari kecil, susu yg aku beri tidak prnah aku mntk balek) sehingga kini shbt sy sering menangis krn kata ibu itu mmbuatkan dia rasa diri shbt ini tidak brguna. Punca segalanya adalah perbalahan antara shbt ini dgn adknya. sungguh kata2 adiknya sgt mnyakiti hatinya hngga ibunya mrh pd shbt. admin boleh bantu saya mcm mne shbt sy nak buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam.

      perkara yg tuan ajukan ini, hanyalah salah faham dan ketidak fahaman tentang hablum minnas (hubungan sesama manusia ), dalam kes ini tidak perlu hendak menyalahkan sesiapa, tetapi perlulah bertolak ansur sesama keluarga.

      cadangan saya ialah raikan tetamu yang hadir bertegur sapa, cuba bayangkan apa bila rakan2 adiknya itu di raikan oelh abangnya. pasti tidak akan berlaku sedemikian, lain lah kalau kawan2 adiknya itu mempunyai akhlak yang buruk sehingga mengganggu keharmonian keluarga sahabat itu. minta sahabat itu perbetulkan keadaan dan di nasihatkan juga pada adiknya supaya tidak membawa sewenang2nya orang luar masuk ke rumah tanpa izin ahli2 yg lain. bila antara seama sendiri menghormati h ak2 peribadi masing2 pasti tiada salah faham. wassalam

      Padam
  51. assalammualaikum admin... saya selalu dimaki hamun oleh ayah dan juga ibu saya.. saya merupakan anak sulung dan masih menyambung pengajian di tingkatan 6.. perkataan2 seperti bodoh, bangang, bangsat, setan dah kerap kali saya dengar... kadang2 saya buntu.. apa patut saya buad.. semester 2 sangat padat dengan 3 kerja kursus yang saya kena buat.... saya banyak kerja dan saya buntu.. saya tidur pon lewat kerana banyak tugasan.. tapi saya dikatakan penting diri sendiri.. kerja2 mencuci pinggan mangkuk, mengemas rumah, membuang sampah saya yang kena buat sorang.. saya takut untuk tegur... saya takut kena maki lagi memandangkan tahun n i saya ada dua peperiksan STPM untuk penggal 2 dan 3... apa patut saya buat???

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam

      yang sebenarnya, situasi dan perkara macam ni dah menjadi terlalu biasa bagi masyarakat kita. Ini terjadi di sebabkan kurang faham tentang larangan agama dalam mengeluarkan kata2 kesat. kalaulah ibubapa ini tahu bahawa anak2 ini adalah satu ANUGERAH pasti tidak akan terjadi. ANUGERAH ini kalau benar2 di hayati pasti ibubapa akan hargai dan sayang pada anak2nya.

      Ok baik, dalam situasi saudari ini, saudari memang ada tanggungjawab pada adik2 dan lain, dan tanggungajwab ini perlu di galas oleh saudari..tetapi sebaiknya tugasan2 ini perlu di bantu oleh adik2 sama. Saya cadangkan, saudari berbaktilah pada ibubapa selagi mampu, kalau boleh,... buat tanpa di suruh..berhenti sebelum di minta. Orang yang berbakti pada ibubapa ini setiap apa yang di kerjakan akan di bantu Oleh Allah. tambah pula sadari ingin duduki peperiksaan, banyakkan doa supaya kerja2 yang saudari buat itu mendapat berkat dan rahmat dari Allah. satu cara yang sangat ampuh dalam kes saudari ini ialah...cuba dapatkan doa ibubapa supaya mereka doakan kejaayaan saudari. secara tidak langsung cara itu akan membuatkan ibubapa sdri akan merasa tersentuh dan paham bahawa sdri akan duduki peperiksaan..saya yakin selepas ini sdri akan dikurangkan bebanan urusan rumah.

      Padam
  52. nmpk mcm remeh tapi problem nie mmg serius dlm kalangan ahli keluarga. kata2 itu adalah suatu doa. kalau kita menyumpah anak2 dgn nama2 binatang, jadilah anak2 kita mcm binatang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. perkara ni dia akan membuat anak-anak akan membentuk satu pola yang akan memberontak. Satu masa mereka akan menjadi orang yang akan suka bertelegah. Ini kerana di sebabkan memendam rasa yang terlalu lama

      Padam
  53. Aku nak berhenti dari kolej sebab nak berpindah bidang yg aku minat . Sekali semua benda yg dia ungkit . Mak sendiri tak sedar yg dia panggil anaknya bodoh dan kata2 maki . Lepas tu abang aku yg hutang dengan aku tak nak bayar . Kau tunggu jangan sampai aku buat tuntutan sivil . Aku tau hukum dan undang-undang . Dia fikir perasaan sendiri , perasaan anaknya langsung tak fikir . Kau fikir aku ni lahir jadi boneka . Dilahirkan tanpa perasaan . Fikir guna otak dah tua2 pun perangai macam syaitan . Sekali kena tegur dgn anak sendiri dilabel derhaka .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Seeloknya jangan menderhaka, walau kita berada di pihak yang benar sekali pon. Kalau ada apa yang kita rasa tidak puas hati, fikir banyak kali, duduk semeja berbincang adalah lebih baik tetapi ia suatu yang sangat susah di lakukan, kebanyakan dia akan berkesudahan dengan pemusuhan. Nasihat saya, berhati-hati.

      Padam
  54. Assalamualaikum admin..mak saya selalu memaki hamun anknya dengan perkataan kesat dan mendoa ank nya derhaka dan mati cepat sedangkan kami tak buat masalah yang menyalahi syariat.. saya menikah kemudian sy bercerai dek kerana mak sy selalu meberi kata negatif seolah dia ingin sy patuh kepada dia drp suami sy.. dan smpai skrg sy trauma ingin menikah lagi kerana sikap mak sy yang terlalu menggunakan kuasa sebagai ibu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini lah kesudahannya apabila anak sering di caci, di maki, di hina, di herdik...kehidupan anak itu akan menjadi sengsara di asbabkan dengan kata2 ibubapa itu tadi. bukankah ia satu yang merugikan, sepatutnya perasaaan gembira yang akan timbul apabila melihat anak2 sudah mempunyai keluarga sendiri. kadang2 saya sendiri tak paham keadaan yang berlaku. Sebagai anak perempuan perlu mencari penjaga (suami) untk menjaga dirinya. Cuma pesan saya antara ibu awak dengan awak tiada persengketaan

      Padam
  55. Saya ni sorang je anak perempuan dalam adik beradik saya sedih sgt ustaz sebab mak saya selalu memaki saya cakap saya ni babi, gila, sial, celaka, betina jalang ada banyak lagi mak saya maki saya ni. Saya la yang paling teruk sekali kena marah dengan mak saya daripada kecik lagi. Mak saya sampai doakan saya ni cepat mati dia selalu cakap menyampah tengok muka saya ni. Mak saya cakap dia stress jaga saya ni. Mak saya marah saya selalu dia suruh saya duduk rumah nenek saya dia cakap kalau saya takde lagi senang. Mak saya suruh saya merambus daripada rumah duduk rumah nenek saya dia cakap dia tak nak bela saya. Saya kalau buat salah sikit nak marah saya. Kalau saya cakap saya ada sakit mesti mak saya marah dia cakap saya ni saja buat-buat sakit saya ni menyusahkan orang. Saya selalu tolong mak saya tapi selalu kena marah. Saya tak tahu nak pergi mana mak saya selalu cakap dia menyampah tengok muka saya ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ziarah Makam di Masjid Kg Hulu Melaka

Salam Ramadhan 2016 - PUASA