Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Ikhtiar, Syukur, Berserah

Ikhtiar itu adalah jalan untuk kita bersyukur atas kemurahan Allah Taala. Bukan dengan berserah membabi buta. Berserah membabi buta itu membawa kita kepada menafikan kemurahan Allah Taala. Syukur dengan kurniaan kebebasan memilih itu adalah untuk menambahkan lagi kesyukuran kita kepada kurniaan dan kemurahan Allah Taala. Makanya setiap detik perbuatan kita itu dapat membawa kita kepada Akhlak Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Hikmah: Telah aku derhaka kepada suami

Hikmah: Telah aku derhaka kepada suami Ketika aku sedang menanti teman menjemputku di masjid, aku melihat seorang wanita berjilbab seperti menunggu seseorang juga. Lalu aku menegurnya untuk berbual bual. Selepas bertanya khabar dan berbual seketika, tiba2 wanita itu bertanya kepadaku: “Cik sudah berkahwin?” Jawabku: “Belum.” Dan aku bertanya pula kepadanya: “Tunggu siapa?” Jawabnya: “Menunggu suami.” Aku melihat wanita ini membawa beg laptop dan satu beg yang besar. Seperti wanita berkarier. Lalu aku beranikan diri untuk bertanya: “Kakak kerja di mana?” “Alhamdulillah sejak dua jam tadi, secara rasminya saya tidak bekerja lagi”, jawabnya dan terpancar sinar kegembiraan di wajahnya. Lalu aku bertanya: “Kenapa?”. Jawabnya tegas: “Ini adalah langkah awal supaya wanita yang berkarier lebih taat kepada suaminya.” Aku kehairanan dengan jawapannya apatah lagi melihat dia tersenyum. “Saudari boleh saya ceritakan kenapa. Semoga ia boleh dijadikan pelajaran yang baik untuk saya”, kataku

KIsah 3 Pemuda Terperangkap Dalam Gua

Imej
KIsah 3 Pemuda Terperangkap Dalam Gua Daripada Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Khattab r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersadba:  Dahulu ada tiga orang berjalan-jalan kemudian mereka pergi ke sebuah gua untuk berteduh, maka mereka pun masuk ke dalamnya. Kemudian dengan tiba-tiba ada batu dari atas bukit yang bergolek dan menutup pintu gua itu sehingga mereka bertiga tidak dapat keluar dari gua. Salah seorang daripada merek berkata : 'Sesungguhnya tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu daripada bencana ini kecuali apabila kamu berdoa kepada Allah s.w.t dengan menyebutkan amalan-amalan soleh yang pernah kamu lakukan' Pemuda 1 : Kasihkan Ibubapa Salah seorang daripada mereka kemudian berdoa : 'Ya Allah, saya mempunyai ibu dan ayah yang sangat tua. Saya biasa memberi minuman susu buat mereka dahulu sebelum saya berikan kepada keluarga dan anak-anak saya. Pada suatu hari, saya terlambat balik daripada mencari kayu api dan saya da

Tips Untuk IbuBapa sebelum anak hendak hadapi peperiksaan

InsyaAllah..akan di bincangkan dengan sekadar izin Allah

Kurangkan Penggunaan Gadjet semasa bersama keluarga

Imej
Assalamualaikum Dah banyak yang aku perati, di kedai makan, di rumah, di majlis di mana2 saja..pasti ada yang tak lepas dari bermain dengan gadjet. tapi pernahkah kita memikirkan perasaan orang yang hampir dengan kita? suami kita, isteri kita, anak2 kita..bahkan yang lebih sedihnya ibubapa kita. di mana mereka semasa kita bermain gadjet !!!!! Kita sisih mereka tanpa kita sedar. Kita jauhkan mereka tanpa kita sedar...maka dengan ini sesuailah Beruntunglah bagi mereka yang dapat manfaatkan nikmat Allah SWT.

Kasihnya Ibu

Imej
Berhati-hatilah dalam menegur ibu, jangan sampai mengguris hati ibu. belajarlah cara menegur dengan berhikmah sekiranya ada perkara yang menyalahi syarak. Semoga pembaca menjadi anak yang soleh dan solehah.

LillahiTaala - Kerana Allah Taala

Alhamdulillah dah masuk minggu pertama dalam melakukan ibadah puasa 2014..alhamdulillah. LillahiTaala - Kerana Allah Taala adalah perkataan atau lafaz yang biasa kita ucap di akhir lafaz niat. tapi apa maknanya ? Berbuatlah tanpa ada rasa ralat dan meminta2

Doa Melembutkan hati manusia

Assalamualaikum ALQuran merupakan Kalamullah, yang mengandungi pelbagai mukjizat, rahsia dan petunjuk dan di dalamnya ada penawar dan penyembuh. Bagi merawat hati, AlQuran lah penawar yang paling ampuh, di awalnya surah Alfatihah juga di namakan Ayat Penyembuh. Jadi pada mereka yang mempunyai masalah galilah AlQuran. Bagi mereka yang sering berdepan dengan manusia yang keras hatinya antara amalan untuk melembutkan hati ialah Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar al-Khattab r.a, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha). Lainnya bagaimana Allah melembutkan besi untuk Nabi Allah Daud a.s. Maka amalkanlah doa-doa ini. Amalkanlah selepas solat, 1- Alfatihah 2- Surah al-Hasyr ayat 21 3-  Baca Surah Taha ayat 1-5. dan berdoalah dengan doa nabi Daud  “Ya Allah, lembutk

Mengapa Perlu Marah-Marah

Bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.     1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?     2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?     3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita? Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah? Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon? Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan. Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membi

Tidak Mampu menggembirakan hati ibubapa.

Assalamualaikum Ada beberapa komen dalam blog ini yang menyatakan perasaan sedih apabila di maki, dicerca, di hina oleh ibubapa sendiri atas sebab-sebab tertentu. Puas juga aku melihat dari pelbagai sudut untuk mencari apakah puncanya. Adakah ia sememangnya tabiat ibubapa yang suka menghina atau mencerca itu sudah menjadi kebiasaan, atau ada di sebabkan perkara lain ? Jawapan ini hanya kamu sahaja yang tahu. Tetapi dalam agama islam mentaati ibubapa itu ada di tuntut sehingga redha Allah itu terletak pada redha ibubapa. Cuba kita pusingkan masa sekejap..aapakah yang membuatkan ibubapa kita itu mempunyai  masalah dengan kita? Muhasabah semula. di hujungnya nanti akan kita nampak di mana kesilapan. Bagi yang sudah berumah tangga adakah perkahwinan kita itu tidak mendapat restu dari ibubapa? Atau bila kita susah baru kita mengadap ibubapa? Di mana kita sewaktu ibubapa kita susah? atau ibubapa kita itu bukan ibu kandung kita ? Ya mungkin barang kali. Tapi adaka itu semua tiket untuk

Berguru itu Wajib

Berguru biar pada orang yang ariff dan tahu akan sesuatu ilmu. bukan berguru dengan Pen. Dalam mengaji ada cara untuk menyebut huruf2. Dan apabila berguru secara depan kita akan di ajar cara2 menyebut huruf. Di mana keluarnya huruf dan bagaimana memasukkan, membunyikan dan mewaqafkan. Nak memurnikan alquran kita yang perlu membacanya, Ya mendengar juga mendapat pahala. Tapi adalah lebih baik kita yang membacanya. Kalau sekadar meniru gaya bacaan (melagukan) ayat2 quran tiada masalah.

Sekiranya Dosa Itu Berbau..

Salam Di katakan anak-anak adam (manusia ) ini tidak ada sesaat pon yang tidak melakukan dosa melainkan para-para nabi dan rasul yang di jauhkan mereka dari melakukan dosa (maksum). Bayangkan sekiranya dosa itu berbau seperti mana baunya bangkai2. Nauzubillah.. Dosa yang paling ketara pada kita semua ini ialah LALAI INGAT ALLAH dalam setiap detik dan masa. Masakan tidak, detik jantung dalam badan kita ini tidak pernah berhenti dan tidak pernah merungut menjalankan perintah Tuhan. Tapi bagi kita sedikit pun tidak pernah nak melihat itu adalah Rahmat dari Allah Taala. Nafas turun naik tidak pernah ingkar dan tidak pernah merungut menjalankan peintah Tuhan. Jadikanlah detik nadi itu tasbih kita, untuk ingat Allah di mana2 sahaja kita berada.

Mesti Kreatif Mengajar Anak - Iqra'

Assalamualaikum Sekarang ni memang banyak kaedah untuk mengajar anak dalam membaca dan mengenal huruf jawi / alquran, tapi  bagi saya ia bukannya bergantung pada kaedah semata, yang terlebih penting adalah seberapa kreatif orang yang mengajar pada anak2 kita dan juga kesabaran itu amatlah penting. Anak-anak ini kalau korang perasan, mereka ini tidak pandai menghafal tapi lebih kepada pemahaman..bila dah faham secara automatik baru mereka akan TERhafal. Sebab tu kaedah gambar  banyak membantu. Jadi cuba gunakan kaedah gambaran dalam operasi mengenal huruf sampai sini dulu semoga manfaat. InsyaAllah