Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Bila DIA berkehendakan

Bila Allah berkehandakan kamu berubah dari satu sifat ke satu sifat..maka turutilah, kerana mudah bagi Allah untuk mengubah nasib dan sifat seseorang. Hari ini kita mencaci, mencerca, mengherdik..tapi bila Allah singkapkan hijapnya seseorang itu untuk melihat rahsiaNya pasti manusia itu akan berubah hidup. dari jahat pada baik, dari malas kepada rajin, dari tak mengenal dosa kini bersedih dengan dosa yang di lakukan. Apa kata kita bila orang itu kita pernah mengumpat, menghina, mengata bagai...berani kita nak pergi minta maaf, mengaku kesalahan kita...?? Mudahan2an kepada mereka yang di beri taufik dan hidayah kekal lah hendaknya dalam Rahmat Allah. Ameen

Jangan eksen dengan amalan yang banyak

Kalau kamu rasa amalan kamu yang buatkan kamu masuk syurga Allah..kamu jangan berangan.. Tapi YES kita di tuntut supaya banyakkan amalan...supaya apa, dengan amalan itu lah nanti kita membayar segala hutang2 kita di dunia..jadi di mana amalan kamu yang banyak itu? semuanya telah di bayar ganti rugi. ganti rugi pada siapa? kepada orang2 yang telah kita zalimi, orang yang pernah kita mengumpat, orang yang pernah kita ketuk kepala, orang yg pernah kita bohong..itu pada manusia..haiwan, tumbuhan ... ???? Ikhlaskan amal itu supaya ALlah sendiri yang gantikan di akhirat kelak. Kita tak nak jadi manusia yang di hitungkan oleh ALlah dengan amalan kita, pasti banyak cacat celanya amalan kita.. ada yang sempurna kita rasakan amalan kita tapi cacat di sisi Tuhan..jadi mana yang sempurna amalan kita.. kita nak jadi manusia yang di masukkan syurga tanpa di hisap / di hitung. Jadi lah golongan yang IKHLAS dalam amal ibadat. Orang yang ikhlas tidak menuntut apa2 habuan dari Allah...amalny

Jaga hari siangmu

Malas, mengantuk, letih dalam beribadah adalah di sebabkan apa yang kamu kerja di siang hari. Jagalah waktu siang seperti mana kamu melabuhkan badan kamu di malam hari. Malas beribadah adalah tanda hati sudah di gelapkan. Di gelapkan kerana waktu siang hari. Hati-hati di waktu siang, jagalah mata, telinga, tangan, kaki, mulut, perut dan kemaluan..itu semua pintu kepada kemalasan dalam beribadat. Banyak makan di siang hari buatkan kita malas untuk beribadat. Kurangkan makan benda yang berdarah (daging, ikan dll). Banyakkan makan sayur2an akan membuatkan badan jadi ringan untuk beribadat. Jaga mata, jangan melihat perkara yang mendatangkan dosa..akibatnya mata hati akan tertutup, tidak dapat melihat rahsia alam dan rahsia hidup. Kita perlu tahu rahsia hidup supaya hidup kita tidak menjadi tanda tanya..tanda tanya yang macam mana ? Tanda tanya yang membuatkan kita putus asa dari melakukan sesuatu perkara. Bagi yang celik dan terang mata hati..dia melihat sesuatu itu langsung semu

YASSIN kan air minuman

Assalamualaikum.. Untuk bagi anak yang kuat ingatan dan juga lapang hatinya untuk menerima pelajaran kerapkan bagi anak minum air Yassin. Kaedah bacaan Surah Yassin ini terlalu banyak..tapi di sini nak kongsikan satu cara yang mudah untuk amalkan bacaan surah Yassin untuk anak-anak. Baca Yassin macam biasa tapi sampai di setiap ayat yang ada "..mubin.." berhenti sejenak dan berdoa. syaratnya DOA hendaklah sama. Se eloknya di tulis doa tu di kertas supaya tidak lupa. Dalam Yassin ada 7 perkataan MUBIN jadi hendaklah 7 kali berdoa. Ulang setiap doa tu minimum 3 kali. Semoga manfaat.
“Semua anak dilahirkan pintar , tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi yang jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah Pakar Motivasi Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain. Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama. Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu: Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak. Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun se