Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Pertanyaan dari pengunjung

Cikgu Bie : "thanx for info camner nak ajar anak mengaji." Wsalam Cikgu Bie, blog ni di kongsi atas pengalaman saje. Mana ada manfaat boleh le di kongsi mana rasa tak sesuai itu adalah kelemahan saya dalam hal ini. Jawapan yang dapat saya kongsi pertamanya mak ayah mestilah tahu mengaji, keduanya ada rasa tanggungjawab pada anak untuk menerapkan bahawa Alquran itu mesti di baca Bila dah start mengajar mulakan dari bawah, guna Iqra (kaedah baca bukan mengeja)

Cepat Marah ajar anak

Ni memang akan berlaku pada mereka yang mengajar Iqra / mengaji. Apa pun tahniah le sebab ada hati nak ajar anak2 mengaji. Besar pahalanya. Mana taknye kita ajar asas bacaan sampai dia paham, sehingga satu masa dia berjaya mengkhatamkan AlQuran, pasti ada saham akhirat buat kita. Selagi mana anak-anak kita terus menerus baca alquran selagi tu bertali-tali pahala jatuh pada kita. Ok balik pada entry kita, perasaan marah meruap-ruap bila ajar pada anak yang jenis cepat lupa. Kadang tu dah berulang-ulang kali sebut/baca tapi masih tak ingat lagik. Kita pulak yang angin. ....kan tadi dah baca, yang ni sama la bunyi dia, tak ingat lagi ke... aisehh..bila di kenang2kan balik situasi ni, nampak kita yang tak reti mengajar. Sebenarnya dari pemerhatian saya, dia lupa di sebabkan kita bagi dia tekanan. Kita memaksa dia supaya dia ingat. Tak payah paksa-paksa, mana dia tak ingat tu kita noted kan. Takpe usah di paksa-paksa kita tak sakit hati anak tak tertekan. Tertekan ooooo...bayangkan kita yan

Soalan

salam...saya nak bertanya beberapa pertanyaan boleh? 1-bagaimana nak mengajar iqra dengan lebih cepat dan berkesan? Salam Sebenarnya kaedah Iqra' ni adalah kaedah cepat dan berkesan tinggal lagi bila kita nak mula mengaji dan mengajar anak2 kita mengaji. Saya kongsikan dari pengalaman saya ye. Secara ringkasnya : Pertamanya bergantung pada tahap kecekapan dan tahap ingatan anak2. Yang ni kena lihat sendiri tahap-tahap anak. Ada yang senang dapat tapi mudah lupa, ada yang susah dapat, tapi bila dah dapat laju je lepas tu, ada yang senang dapat dan senang ingat dan laju. Jadi kena peka dengan tahap2 anak. Keduanya Bergantung pada cara pembelajaran dan tunjuk ajar. Kita yang mengajar nak kena kreatif, bukan main baca saja. Sebab ada sesetengah anak2 ni dia hafal tapi tak kenal. Kalau jadi macam ni memang akan problem. Jadinya bila dah baca tu dan agak-agak macam dah dapat, cuba random kan tunjuk pada bacaan boleh mula dari bawah, tengah asalkan tidak menurut turutan. Ketiganya Suasa