Bukan Ustaz bukan ustazah
Kita yang bukan status Ustaz dan ustazah ni boleh ke mengajar iqra kat anak2 kita ni? Assalamualaikum , Syukur pada ALlah di beri ruang untuk berceloteh, ok boleh ke kita yang bukan ustaz dan ustazah ini mengajar iqra pada anak2 kita? Secara peribadi aku melihat untuk permulaan mendidik anak apa salahnya, dan di mana salahnya. Pengenalan harus bermula di dalam rumah, jadinya kepada ibu bapa yang bukan status ustaz dan ustazah mulakanlah dengan permulaan yakni pengenalan mengenal AlQuran, supaya ia mendatangkan minat pada anak2. Cumanya sekiranya mampu untuk menghantar anak2 ini pada mereka yang ada tauliah mengajar iqra teramatlah bagusnya, yang paling penting bukan datang duduk baca dan balik. Mesti di selitkan belajar tajwidnya sekali. Jadi pada peringkat permulaan bermulalah di rumah, sekurang2nya anak2 kita tahu yang kita sebagai ibubapa ini boleh mengaji dan tahu mengaji. Jangan kasi malu sama anak yeeee