Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Ziarah Makam di Masjid Kg Hulu Melaka

Imej
Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Gambar dari internet Dibina dalam tahun 1728, Masjid Kampung Hulu di Melaka adalah masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal.  Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga kaum Cina. Pemerintah Belanda telah menugaskan Kapitan untuk mengetuai penduduk tempatan dalam pembinaan tempat ibadat mereka, Dato' Samsuddin Bin Arom, seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam, [ditugaskan pemerintah Belanda untuk membina Masjid Kampung Hulu.  Binaan asal kemudiannya diperbaiki oleh Sheikh Al Omar bin Hussain Al-Attas. Beduk ini terletak di bahagian atas pintu masuk Masjid. Masjid ini mempunyai bumbung berlapis 3, dengan bentuk seakan-akan piramid.  Ruang

Salam Ramadhan 2016 - PUASA

Salam ramadhan, hari ini merupakan hari ke 2 kita berpuasa. Bulan yang penuh dengan limpahan. Golongan Awam Secara zahirnya di bulan ramadhan kita akan berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga, ini adalah puasa bagi orang-orang yang awam. Orang awam ini adalah orang yang mengaji di kategorikan sebagai orang yang biasa-biasa sahaja, beramal ibadah pun sekaar biasa-biasa sahaja. jadi layaklah mereka menerima ganjaran yang biasa-biasa. Golongan Pertengahan Setengah lagi adalah golongan orang yang berpuasa menahan lapar dan dahaga SERTA mereka menahan diri daripada melakukan perkara yang haram, termasuklah perbuatan yang boleh merosakkan HATI seperti ujub, takbur, hasad. Golongan ini adalah golongan yang atas sedikit dari yang pertama tadi. Walaupun mereka menjaga hati dari melakukan perkara yang boleh merosakkkan hati tapi masih mengharapkan ganjaran pahala. Golongan ini sekiranya ia terus menerus menjaga hati mereka akan di angkat martabatnya oleh Allah menjadi Ahli Ibadah. Golon