Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015
Dua Kejahatan Di segerakan Balasannya di Dunia by Abu Basyer on Friday, October 8, 2010 at 3:06pm Sahabat yang dirahmati Allah, Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi) Berdasarkan hadis di atas jelaslah bahawa balasan kepada kedua-dua maksiat tersebut di atas akan mendapat balasannya secara tunai di dunia ini sebelum azab yang lebih dahsyat akan diterimanya di hari akhirat nanti. Dua dosa besar iaitu melakukan zina dan menderhaka kepada dua orang tua adalah perbuatan dosa yang tidak ditangguhkan Allah hingga hari kiamat tetapi diberi balasan kerana perbuatan tersebut meroskan keturunan dan menafikan hak dan kemuliaan orang tua yang melahirkan dan membesarkannya. Pertama : Kejahatan  zina. Dalam sebuah hadis, baginda s.a.w. ada bersabda maksudnya : "Wahai orang yang beriman, takutilah kamu akan zina, kerana akibat daripadanya ada enam per