Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

Ikhtiar, Syukur, Berserah

Ikhtiar itu adalah jalan untuk kita bersyukur atas kemurahan Allah Taala. Bukan dengan berserah membabi buta. Berserah membabi buta itu membawa kita kepada menafikan kemurahan Allah Taala. Syukur dengan kurniaan kebebasan memilih itu adalah untuk menambahkan lagi kesyukuran kita kepada kurniaan dan kemurahan Allah Taala. Makanya setiap detik perbuatan kita itu dapat membawa kita kepada Akhlak Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Hikmah: Telah aku derhaka kepada suami

Hikmah: Telah aku derhaka kepada suami Ketika aku sedang menanti teman menjemputku di masjid, aku melihat seorang wanita berjilbab seperti menunggu seseorang juga. Lalu aku menegurnya untuk berbual bual. Selepas bertanya khabar dan berbual seketika, tiba2 wanita itu bertanya kepadaku: “Cik sudah berkahwin?” Jawabku: “Belum.” Dan aku bertanya pula kepadanya: “Tunggu siapa?” Jawabnya: “Menunggu suami.” Aku melihat wanita ini membawa beg laptop dan satu beg yang besar. Seperti wanita berkarier. Lalu aku beranikan diri untuk bertanya: “Kakak kerja di mana?” “Alhamdulillah sejak dua jam tadi, secara rasminya saya tidak bekerja lagi”, jawabnya dan terpancar sinar kegembiraan di wajahnya. Lalu aku bertanya: “Kenapa?”. Jawabnya tegas: “Ini adalah langkah awal supaya wanita yang berkarier lebih taat kepada suaminya.” Aku kehairanan dengan jawapannya apatah lagi melihat dia tersenyum. “Saudari boleh saya ceritakan kenapa. Semoga ia boleh dijadikan pelajaran yang baik untuk saya”, kataku

KIsah 3 Pemuda Terperangkap Dalam Gua

Imej
KIsah 3 Pemuda Terperangkap Dalam Gua Daripada Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Khattab r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersadba:  Dahulu ada tiga orang berjalan-jalan kemudian mereka pergi ke sebuah gua untuk berteduh, maka mereka pun masuk ke dalamnya. Kemudian dengan tiba-tiba ada batu dari atas bukit yang bergolek dan menutup pintu gua itu sehingga mereka bertiga tidak dapat keluar dari gua. Salah seorang daripada merek berkata : 'Sesungguhnya tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu daripada bencana ini kecuali apabila kamu berdoa kepada Allah s.w.t dengan menyebutkan amalan-amalan soleh yang pernah kamu lakukan' Pemuda 1 : Kasihkan Ibubapa Salah seorang daripada mereka kemudian berdoa : 'Ya Allah, saya mempunyai ibu dan ayah yang sangat tua. Saya biasa memberi minuman susu buat mereka dahulu sebelum saya berikan kepada keluarga dan anak-anak saya. Pada suatu hari, saya terlambat balik daripada mencari kayu api dan saya da

Tips Untuk IbuBapa sebelum anak hendak hadapi peperiksaan

InsyaAllah..akan di bincangkan dengan sekadar izin Allah