Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Islam MeLarang Ibu Bapa Mencaci / Menyumpah Anak - PART 1 - ( UPDATED 30-1-2020 )

Imej
disini -  PART 2  Sering kita mendengar dalam kehidupan seharian, seorang yang bergelar ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan atau kesalahan yang dilakukan.  Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan kata kotor atau pun doa yang tidak baik sehingga ia menjadi kebiasaan.  Memang tugas sebagai seorang ibu di rumah mempunyai tugas yang sangat berat, ibu yang tidak berkerja akan mempunyai kerja yang tidak terbatas berbanding bekerja di pejabat selama enam hingga lapan jam.  Ibu yang memiliki anak akan menjaga mereka sehingga 24 jam, itu belum lagi tugasan lain seperti melayani suami, memasak, mengurus rumah, menggosok pakaian dan sebagainya. Tentu ibu yang sebegini perlu menyelesaikan tugas itu bersendirian dan biasanya apabila si ibu ini berada di dalam keletihan di tambah pula dengan kerenah anak sudah pasti si ibu ini tidak dapat mengawal emosinya.  Maka keluarlah cercaan, cacian, makian, laknat dan sumpah yang tidak baik kepada anak mere

Jaga Aib

Aib secara sepintas lalu bermakna keburukan / kekejian / kelemahan. Menceritakan aib orang bermakna menceritakan keburukan / kekejian / kelemahan orang lain. Haram hukumnya. Hadis Rasulullah SAW: “Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”  Dalam rumahtangga : Jangan menceritakan/buka aib pasangan suami/isteri pada sesiapa pun walaupon ahli keluarga. Bila kita menceritaka bermakna kita telah membuka aib diri sendiri. Dan kebanyakan dengan berlakunya hal ini akan berlaku keretakan hubungan. Perlu di ketahui oleh kita bahawa setiap manusia itu mempunyai kelemahan yang sedia ada dalam diri. Kelemahan yang ada pada diri ini telah di titipkan dari azali. Isteri cermin untuk melihat Suami   Anak-anak cermin untuk melihat ibubapa. sebab tu orang dulu2 selalu tanya " kamu ni anak sapa" bermaksud dengan kenalnya ibubapa itu tadi orang dah dapat agak sifat ibubapa jadi acuan dari ibubapa akan terbentuk pada anak-anak. Apa tujuan ke