virus yang kecik tapi mampu menumbangkan manusia dengan izin Allah Taubat...Tau Buat...Taubat...Tau Buat, kita manusia ni memang taubuat, tapi jarang yang bertaubat dari telah berbuat sesuatu kesilapan. Setuju bila mana ada orang bagi tau itu salah, ini dosa, itu haram...ye ramai mengiyakan..sebab dah sedia tahu dan maklum tentang hukum. Paling tidak yang asas. Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak terlepas dari melakukan dosa, melainkan yang maksum. Jadi kita ni secara automatik tergolong dari golongan orang yang berbuat dosa. Maka tahulah kita bahawa terjadinya dosa di sebabkan kesilapan yang kita lakukan, secara nyata atau tersembunyi. Tetapi kenapa dah tahu itu dosa tapi masih terus berbuat dosa. Mungkin bila kita guna istilah dosa ramai yang tak mengaku ada melakukan dosa dalam waktu2 tertentu, tapi cuba kita guna perkataan kesilapan pasti ramai mengaku..dan dari kesilapan itulah timbulnya dosa. Makanya kita tetap melakukan dosa. Dosa yang kecil itu bila terlalu jauh d