Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Sekiranya Dosa Itu Berbau..

Salam Di katakan anak-anak adam (manusia ) ini tidak ada sesaat pon yang tidak melakukan dosa melainkan para-para nabi dan rasul yang di jauhkan mereka dari melakukan dosa (maksum). Bayangkan sekiranya dosa itu berbau seperti mana baunya bangkai2. Nauzubillah.. Dosa yang paling ketara pada kita semua ini ialah LALAI INGAT ALLAH dalam setiap detik dan masa. Masakan tidak, detik jantung dalam badan kita ini tidak pernah berhenti dan tidak pernah merungut menjalankan perintah Tuhan. Tapi bagi kita sedikit pun tidak pernah nak melihat itu adalah Rahmat dari Allah Taala. Nafas turun naik tidak pernah ingkar dan tidak pernah merungut menjalankan peintah Tuhan. Jadikanlah detik nadi itu tasbih kita, untuk ingat Allah di mana2 sahaja kita berada.

Mesti Kreatif Mengajar Anak - Iqra'

Assalamualaikum Sekarang ni memang banyak kaedah untuk mengajar anak dalam membaca dan mengenal huruf jawi / alquran, tapi  bagi saya ia bukannya bergantung pada kaedah semata, yang terlebih penting adalah seberapa kreatif orang yang mengajar pada anak2 kita dan juga kesabaran itu amatlah penting. Anak-anak ini kalau korang perasan, mereka ini tidak pandai menghafal tapi lebih kepada pemahaman..bila dah faham secara automatik baru mereka akan TERhafal. Sebab tu kaedah gambar  banyak membantu. Jadi cuba gunakan kaedah gambaran dalam operasi mengenal huruf sampai sini dulu semoga manfaat. InsyaAllah