Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Ciri - Ciri Autisme

Imej

MENGENAL ASAL-USUL SOLAT

MENGENAL ASAL-USUL SOLAT 1.SOLAT SUBUH, Yang mula-mula melakukannya ialah nabi Adam .a.s,iaitu ketika beliau keluar dari Syurga lalu dihantar ke bumi,perkara pertama yang dilihat oleh beliau ialah kegelapan dan ini membuatkannya takut. Apabila fajar Subuh terbit,nabi Adam terasa sedikit kelegaan lalu bersembahyang 2 rakaat,kerana: a. Bersyukur terlepas dari kegelapan malam b. Bersyukur kerana siang menjelma 2.DZUHUR, Nabi Ibrahim a.s.mula-mula melakukan solat Dzuhur ,iaitu ketika Allah memerintahkan beliau agar menyembelih anaknya nabi Ismael a.s. Perintah itu datang tatkala gelincir matahari,selepas itu nabi Iberahem sujud, kerana: a. Bersyukur bagi penebusan anaknya b. Dihapuskan kedukaan anaknya dan dirinya c. Memohon keredhaan Allah d. Bersyukur kerana qurbannya(anaknya Ismael) ditukar dengan Kibasy 3.ASAR Nabi Yunus a.s. yang pertama melaksanakan Solat Asar,iaitu ketika Allah mengeluarkan beliau daripada perut ikan paus,yang memuntahkan beliau

Hijab Kekasih ( M Nasir)

Imej
 Dari Penulis Lirik Hijab Kekasih (http://www.youtube.com/user/tokasid) Salam semua, Disini saya terpanggil untuk membetulkan keadaan yang tersalah sangka sebilangan You Tube creator. Nama saya Syed Seth Benyahya atau lebih dikenali ' Seth ' dalam penulisan lirik dan saya jugak adalah penulis lirik Hijab Kekasih. Selain Hijab Kekasih, banyak lagi lagu-lagu yang saya tulis seperti Senja nan Merah, Seloka cak kun cak dan lain-lain lagi. Di sini saya ingin menceritakan apakah sebenarnya cerita di sebalik Hijab Kekasih.. Hijab Kekasih mengisahkan seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang namanya saya lupa akan tetapi saya terpanggil untuk menulis tentangnya kerana setiap kali saya terbaca kisahnya saya terasa amat sebak sakali sehingga boleh mengalirkan air mata. Ia mengisahkan seorang sahabat nabi yang terlalu sukar untuk mendapat jodoh kerana keadaannya yang hitam dan hodoh dipandang orang. Lalu pada satu hari dia berjumpa Nabi dan ceritakan mas

Didik Anak

Dalam memarahi atau menegur anak-anak yang nakal(terutama untuk hal yang sama), pastikan dimulakan ucapan dengan AstaghfirULLAH atau Laailaha illALLAH, dengan kadar suara yang TINGGI, kerana ucapan tersebut merupakan ucapan yang akan lekat dalam minda atau consious mind mereka. Hakikat kepada ucapan tersebut, apabila diucapkan, anak-anak pasti akan terdiam seketika, ini ada lah kerana tindak balas neuron ASAL dalam tubuh manusia, dan setiap perkataan yang akan keluar selepas dari ucapan itu akan terkawal, resonans akan sampai dalam gelombang yang baik pada pembentukan sakhsiah anak-anak. Penting kepada Ibu supaya tidak terkeluar kalimat-kalimat yang tidak sepatutnya keluar ketika marah. Mustahak buat Bapa, agar tidak melakukan perbuatan yang tidak sewajarnya dibuat pada anak-anak tersebut ketika amarah. Nakalnya anak-anak yang masih kanak-kanak bermaksud memerlukan PERHATIAN dari Ibubapa. Liarnya anak-anak yang sudah Aqil Baligh bermakna SUARA HATI mereka tidak difah

Muhasabah : Kenapa Hati Menjadi KERAS

Muhasabah : Sayangi Anak Untuk Akhirat Mereka

Biasakan lah anak-anak dengan memandang ke arah Akhirat..SubhanaALlah

6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi..

6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi.. Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia : 1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup. 2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya. 3. Al-Hunaanah : Ingin

Sindrom Marah, Tengking & Pukul Anak Di Khalayak Ramai

Imej
 http://ibubapabijak.blogspot.com/2013/03/mhi-tv3-sindrom-marah-tengking-pukul.html Alhamdulillah hari ini saya ke udara lagi di Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Hosnya ialah M.Zul dan Faria. Bersama kami berbincang tentang bagaimana segelintir ibu bapa sanggup memarahi malah memukul anak-anak mereka di tempat awam.   Berikut ialah antara nota-nota perbincangan saya: 1. Ibu bapa perlu sedar bahawa dunia ini adalah sebuah "taman permainan" yang besar bagi anak-anak. Oleh itu, tidak perlulah kita terlalu tertekan apabila mereka terlebih "excited" tatkala dibawa ke tempat awam. Biarkanlah mereka berlari dan bermain asalkan tidak membahayakan diri DAN tidak mengganggu orang lain (jika tidak, kita mesti tegur dengan cara berhemah). 2. Standard ibu bapa adalah tinggi sedangkan anak-anak tidak mengetahuinya. Oleh itu ibu bapa perlu bijak dalam menyampaikan pesanan sebelum tiba ke lokasi kejadian.  Beritahu awal-awal beberapa perkara

Video Pilihan

Beratnye Beg sekolahh...

Imej
Kesian aku tengok anak-anak yang sekolah ni..beg bukan main berat lagi..terbongkok2 jalan keluar sekolah..lari pon macam berjalan aje dah rupanya..berat sesangat. aku sendiri ambik anak2 aku balik dari sekolah terasa sangat beratnya. nak kata tak ikut jadual..tak jugak. Dan satu lagi aku dengar sekolah anak aku ni tak di benarkan bawak beg yang ada roda. sebab budak2 ni bila turun tangga bukan di angkat beg...di seretnya..udah le bising, mengamuk cikgu. hahahah...nasib le. "......Remaja sekolah yang menggalas beg dengan berat melebihi antara 10 dan 15 peratus daripada berat badan mereka berisiko mengalami sakit belakang dan masalah berkaitan, menurut satu kajian terkini. Penyelidik berkata, keadaan itu bertambah buruk seandainya remaja terbabit tidak melakukan senaman secukupnya. Kajian tersebut dilakukan terhadap lebih 1,400 pelajar berusia antara 12 dan 17 tahun, di 11 buah sekolah, di sebuah wilayah barat laut Sepanyol. Penyelidik turut mengumpul makluma

Apa ke hey..taknak pegi sekolah..

Imej
gambar hiasan Assalamualaikum.. Baru-baru ni sorang rakan sepejabat panggil aku..bertanyakan bagaimana nak nak buat kalau anak tak nak pegi sekolah..sampai sekolah je menangis..tengok kawan lain menangis anak dia pon nangis sama..ishhh, dah dekat sebulan sekolah pon macam2 hal lagi..bila sembang2 aku rasa takde apa la kot kat budak tu..mungkin semangat aje lemah. Jadi member aku ni pon minta aku buatkan air..aku cakap ikhtiar boleh la....2 hari lepas tu aku bagi sebotol air mineral..aku suh dia bagi minum sama lap kan pada ubun2 sebelum tidor.. 3 hari lepas tu aku tanya keadaan anak dia.."Huh...(sambil tunjuk ibujari "good"). member aku cakap sekarang ni anak dia plak halau dia suh balik...tak yah tunggu. hahahahah... Alhamdulillah....