RAHSIA MANUSIA DI JADIKAN DARI TANAH

dari blog Ust Haji Hanafi Rahman El-Fesfanji 


 
Dalam buku saya berjodol Perubatan Islam Klasik, saya telah membincangkan tentang apakah yang di maksudkan dengan kata manusia di jadikan dari tanah. Bermula dari beberapa keterangan yang terdapat dalam Al Quran dan hadis, maka sifat tanah tetap wujud dalam keseluruhan diri dan  kehidupan manusia.

walaupun rupa tanah sudah tiada lagi pada diri manusia, seperti juga bekas-bekas makanan yang di perbuat dari bahan tanah, setelah di bentuk dan di warnakan, tiada lagi rupa tanah, demikianlah juga sifat manusia.

dalam dalam rawatan unsur tanah dari pelbagai aspek banyak menjadi bahan perubatan satu sifat semulajadi yang Allah SWt jadikan pada tanah ialah mempunyai  sifat magnetik dan tarikan graviti yang berbeza antara jenis-jenis yang berbagai-bagai. Maka ia mengeluarkan nafas bumi yang bagai-bagai yang mempunyai pengaruh dan kesan yang tidak sama antara seorang manusia dengan seorang manusia.

maka wujudnya cuaca yang berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain mempengaruhi seseorang dan juga kelompok manusia di situ. warna kulit, -----adalah contoh pengaruh yang di berikan oleh tanah bumi

demikianlah dalam diri manusia juga terdapat tenaga magnetik dan tarikan yang sifatnya seperti graviti bumi.

bakat, minat , kecenderungan dan kepandaian

Bakat, minat, kecenderungan, kemahiran, kepandaian dan daya ketahanan semula jadi yang kita lihat terpancar pada diri seseorang semenjak kecil dalah terjemahan dari magnetik dan graviti tanah yang berbeza-beza yang ada pada diri mahusia. sebab itulah kita melihat, walaupun satu keluarga terdiri dari beberapa adik beradik yang membesar dalam persekitaran yang sama, makan makanan yang sama, segala-galanya adalah sama, tetapi bilamana besar, mempunyai kehidupan  yang berbeza-beza, berjaya dan gagal dalam lapangan yang berbeza-beza. ini semuanya adalah terjemahan yang menerangkan tentang sifat tanah yang berbeza-beza, yang tidak akan di fahami oleh sesiapapun walaupun oleh ibu bapa atau diri orang itu sendiri . ini kerana pemilihan diri seseorang itu tidak mampu di lakukan oleh sesiapapun. ia adalah dengan kehendak dan pilihan Allah.

demikianlahlah warna kulit seseorang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ziarah Makam di Masjid Kg Hulu Melaka

Islam MeLarang Ibu Bapa Mencaci / Menyumpah Anak - PART 1 - ( UPDATED 30-1-2020 )

Buku Iqra