Pengalaman Di Mekah oleh Seorang Sahabat

Seketika Di Makkah

by Kiyai Umustaffar Mustaffar on Sunday, 04 September 2011 at 13:32 - di petik dari FB beliau

23 Ramadhan – Setelah selesai solat malam di Masjid Nabawi:
 saya disapa oleh seseorang lelaki berjubah hijau dan bertutur dalam bahasa arab. Lelaki itu berpesan supaya saya jaga solat dan sering berpuasa sunat dan jangan menyakiti hati sesiapa metalaah lagi membuat fitnah kerana Negara kamu katanya “ Tiada apa lagi untuk dicari kerana akan ditimpa musibah dari Allah SWT. Kemungkaran, penipuan, fitnah disana sini, kata mengata sesame sendiri, orang fasik merata-rata negeri,  rasuah merata-rata, harta anak yatim dipermainkan dan dibelanjakan kejalan yang tidak betul, arak sebagai Minuman pagi (air fresh oren), mandi sudah tidak berlapik lagi (Mandi bogel walaupun dalam bilik berkunci), Al-Quran tidak kedengaran lagi di rumah mereka, memakai layar (internet) untuk mencari jodoh, perempuan menjadi lelaki lebih banyak dari lelaki menjadi perempuan, Masjid hanya mainan Mata (tempat untuk tunjuk baik), rumah sendiri sudah seperti hotel, tiada lagi perjuangan Rasulullah SAW dalam hati mereka melainkan untuk kesenangan bagi mereka (segelintirnya)”.

Kemudian dia memberi salam lantas hilang beitu saja di depan mata saya. Saya menangis setelah ditunjuki akan Kekuasaan Allah SWT yang begitu aneh tetapi saya yakin ada sesuatu yang Allah SWT mahu tunjukkan.
Na’uzubillah….

25 Ramadhan – Ketika membuat saie berjalan antara Safa dan Marwah :
Seperti dalam panggung wayang, sehelai kain putih terbentang didepan mata saya. Besarnya sebesar langit yang diatas sehingga saya tidak Nampak jalan didepan dan dibelakang serta tidak Nampak tanah yang dipijak serta langit yang diatas. Semua putih seputih kapas.
Selepas itu dimainkan cerita :
1-      Perempuan yang diikat rambutnya serta dibakar dengan rumpunan batu2 yang terbakar panas oleh api yang marak kebadanya. Badannya hangus beserta jeritan yang sakit amat sangat..
2-      Kemudian seorang lelaki dan perempuan ditarik lidahnya kemudian dicincang dengan batu yang berapi dan kemudiannya dipancung lidahnya. Sebiji besi yang berapi dijolokkan kedalam mulut mereka. Nampak mereka bergelumpuran dan menjerit kesakitan yang amat sangat.
3-      Lihat air dan angin berkumpul menjadi satu dan meranapkan bahagian barat Malaysia serta perlahan-lahan menenggelamkan seluruh Malaysia. Hanya kedengaran beberapa suara azan dan takbir hanya untuk seketika.
Na’uzubillah…

29 Ramadhan – Ketika Bersolat malam di Masjid Nabawi berdekatan dengan Raudhah:
Seorang lelaki kelihatan turun dari bokah atap masjid (menembusi) serta turun betul-betul berdiri didepan saya selepas selesai salam.

“Saya utusan Allah SWT untuk member khabar padamu. Kamu Ya Mustaffa, handaklah mendidik generasi kamu sebelum mereka dihasut dan dikhianati oleh bangsaku yang masih lagi kafir dan kufur. Meraka akan dihasut agar membunuh sesame sendiri, makan harta anak yatim, merogol, maksiat didepan mata, teknologi diguna pakai bukan utk ibadah tapi membuat anaiyah, dan ingatlah wahai Mustaffa, Demi Allah SWT yang Maha Menciptakan aku, kau dan seluruh hambanya dialam ini, akan berlaku huru hara di Negara kamu sedikit masa lagi. Maka kamu nantikanlah kehadirannya nanti jika kamu tidak percaya akan kata-kata aku ini. Dan bertaubatlah serta sujudlah pada Tuhanmu sekiranya kamu yakin akan kata-kataku ini. Sesungguhnya Allah SWT itu tidak pernah mungkir janjinya melainkan hambaNya yang tidak pernah tahu bahawa mereka pernah dan selalu berjanji dengan Allah SWT tapi mereka engkar.. Sesungguhnya mereka itu dikalangan orang-orang yang fasik.”

Na’uzubillah…………

Ada banyak lagi kejadian aneh yang ditunjukkan oleh Allah SWT akan tetapi saya telah berjanji agar tidak menceritakan segalanya disini. Kerana akan timbul fitnah nanti... Segala cerita diatas adalah terjadi keatas diri saya sendiri dan Demi Allah SWT... Dia sajalah yang Maha Mengetahui sebab musababnya. Percaya atau tidak itu atas pendapat dan pemikiran masing-masing....

Wallah hu ‘alam………



:...bagi yang nak ambik iktibar di persilakan bagi yang tak kisah aku lagi tak kisah kat yang tak ambik kisah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ziarah Makam di Masjid Kg Hulu Melaka

Islam MeLarang Ibu Bapa Mencaci / Menyumpah Anak - PART 1 - ( UPDATED 30-1-2020 )

Buku Iqra