Ikhtiar itu adalah jalan untuk kita bersyukur atas kemurahan Allah Taala. Bukan dengan berserah membabi buta. Berserah membabi buta itu membawa kita kepada menafikan kemurahan Allah Taala. Syukur dengan kurniaan kebebasan memilih itu adalah untuk menambahkan lagi kesyukuran kita kepada kurniaan dan kemurahan Allah Taala. Makanya setiap detik perbuatan kita itu dapat membawa kita kepada Akhlak Nabi Muhammad Rasulullah SAW.
disini - PART 2 Sering kita mendengar dalam kehidupan seharian, seorang yang bergelar ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan atau kesalahan yang dilakukan. Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan kata kotor atau pun doa yang tidak baik sehingga ia menjadi kebiasaan. Memang tugas sebagai seorang ibu di rumah mempunyai tugas yang sangat berat, ibu yang tidak berkerja akan mempunyai kerja yang tidak terbatas berbanding bekerja di pejabat selama enam hingga lapan jam. Ibu yang memiliki anak akan menjaga mereka sehingga 24 jam, itu belum lagi tugasan lain seperti melayani suami, memasak, mengurus rumah, menggosok pakaian dan sebagainya. Tentu ibu yang sebegini perlu menyelesaikan tugas itu bersendirian dan biasanya apabila si ibu ini berada di dalam keletihan di tambah pula dengan kerenah anak sudah pasti si ibu ini tidak dapat mengawal emosinya. Maka keluarlah cercaan, cacian, makian, laknat dan sumpah yan...
Ulasan
Catat Ulasan