Langkau ke kandungan utama

Ziarah Makam di Masjid Kg Hulu Melaka


Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka.

Gambar dari internet


Dibina dalam tahun 1728, Masjid Kampung Hulu di Melaka adalah masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. 

Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga kaum Cina.

Pemerintah Belanda telah menugaskan Kapitan untuk mengetuai penduduk tempatan dalam pembinaan tempat ibadat mereka, Dato' Samsuddin Bin Arom, seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam, [ditugaskan pemerintah Belanda untuk membina Masjid Kampung Hulu. 

Binaan asal kemudiannya diperbaiki oleh Sheikh Al Omar bin Hussain Al-Attas.


Beduk ini terletak di bahagian atas pintu masuk Masjid.



Masjid ini mempunyai bumbung berlapis 3, dengan bentuk seakan-akan piramid. 

Ruang di antara lapisan-lapisan bumbung ini membolehkan kemasukan udara dan cahaya ke dalam masjid. 

Mereka percaya bahawa lapisan paling atas bumbung masjid bererti `iman manusia kepada tuhan’, lapisan kedua, `hubungan manusia dengan manusia’ dan ketiga membawa maksud `alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta’.

Bagi pandangan aku pula 3 lapis itu membawa erti Iman, Islam, Ihsan



Gambar Menara (di bawah) yang masih lagi berdiri kukuh di dalam kawasan masjid. Jika di perhatikan di melaka, masjidnya hampir kesemua mempunyai ciri-ciri yang sama.



Cerita ku : Sewaktu aku mula sampai di masjid ini aku merasakan sedikit sakit kepala, aku terasa semacam ada bebanan atas kepala..mungkin faktor cuaca barangkali, dalam aku melihat sekitarnya aku beralih ke kolah masjid. melihat gelagat tetamu yang hadir.
Dalam sedang aku bersantai-santai..terdetik dalam hati aku mengatakan "ada makam di sini"..apakah benar? Walhal ini bukan pertama kali aku jejak di sini,... terus aku ambil keputusan untuk meninjau-ninjau keadaan masjid, di samping mata ku mencari-cari benarkah ada makam di sini.
Sampai di perkarangan letak kereta aku melihat memang ada perkarangan kubur masjid, hampir kesemuanya batu nesan di warnakan dengan warna perak (silver), aku melepasi perkarangan tersebut sambil memandang-mandang batu nesan. Sampai lah di satu sudut aku melihat ada satu makam yang telah di pagarkan.
Makam siapakah? aku hanya melihat-lihat sahaja. di sampaing menghadiahkan fatihah. 
Dalam 10 minit aku kebahagian kolah masjid untuk selesaikan urusan ku..selepas selesai bertemu imam masjid..aku sembang ringkas..dari sembang itu lah imam itu memberitahu pada ku bahawa ada satu Makam Wali Allah..di belakang..seperti tersentak aku..maka benarlah kata hati ku "ada makam di sini" makam wali Allah rupanya.
Selepas selesai urusan ku aku kembali ke perkarangan kubur..aku teliti satu persatu dengan mata ku di manakah makamnya ?
Bila di fikirkan kembali bukankah mudah aku bertanyakan imam tu sahaja..tapi entah mengapa aku tidak bertanya..
Dalam meninjau dengan mata..aku melihat ada 3 buah kereta masuk di perkarangan masjid dan parking di sebelah kawasan perkburan...aku hanya melihat sahaja..mereka seperti menuju ke satu tempat seolah2 sudah biasa........MasyaAllah rupanya makam itu di situ...
Ya di situ...aku perhati mereka menghadiahkan bacaan mungkin al fatihah, selepas mereka berlalu pergi aku terus ke makam tersebut...Allahurabbi inilah makam yang terdetik dalam hati ku..Subhanallah. 





makam Wali Allah yang bernama Sayyid Abdullah Al-Haddad. 
Mungkin masjid ini istimewa kerana adanya makam ini wallahuaklam

Seperti kebanyakan masjid-masjid yang lain terdapat juga makam-makam yg di semadikan di perkarangan masjid kampung Ulu. Yang menarik dan istimewanya adalah Makam di  bawah ini. Di katakan makam ini adalah makam Wali Allah yang bernama Sayyid Abdullah Al-Haddad, seorang guru agama yang terkenal yang dianggap sebagai Wali. 

Ulasan

Artikel yang ramai baca

Islam MeLarang Ibu Bapa Mencaci / Menyumpah Anak - PART 1 - ( UPDATED 30-1-2020 )

disini -  PART 2  Sering kita mendengar dalam kehidupan seharian, seorang yang bergelar ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan atau kesalahan yang dilakukan.  Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan kata kotor atau pun doa yang tidak baik sehingga ia menjadi kebiasaan.  Memang tugas sebagai seorang ibu di rumah mempunyai tugas yang sangat berat, ibu yang tidak berkerja akan mempunyai kerja yang tidak terbatas berbanding bekerja di pejabat selama enam hingga lapan jam.  Ibu yang memiliki anak akan menjaga mereka sehingga 24 jam, itu belum lagi tugasan lain seperti melayani suami, memasak, mengurus rumah, menggosok pakaian dan sebagainya. Tentu ibu yang sebegini perlu menyelesaikan tugas itu bersendirian dan biasanya apabila si ibu ini berada di dalam keletihan di tambah pula dengan kerenah anak sudah pasti si ibu ini tidak dapat mengawal emosinya.  Maka keluarlah cercaan, cacian, makian, laknat dan sumpah yan...

Buku Iqra

CIRI-CIRI DAN 10 SIFAT KAEDAH IQRA' salah satu cover buku iqra..ada yang warna hitam (1-6) ada yang asing2 1-6 1. Bacaan Terus (Tanpa Analisa dan Dieja) Pelajar tidak diperkenalkan terlebih dahulu kepada nama-nama huruf hijaiyah dan tanda-tanda bacaan. Mereka terus diperkenalkan bunyi satu-satu huruf dengan menggunakan bahan pengajaran. 2. Penggunaan Teks Tertentu Pengajaran dan pembelajaran menggunakan satu set buku yang mengandungi 6 naskhah. Pelajar menggunakan mengikut tahap-tahap masing-masing, bermula dari buku pertama. Disusun secara berjilid, dengan kulit buku berwarna-warni yang harmoni sehingga menarik minat pelajar untuk saling berlumba dalam mencapai warna-warni 6 jilid itu. Ianya juga untuk tidak menimbulkan rasa jemu. 3. Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif (CBMA) Yang belajar adalah murid, bukan guru-gurunya, jadi setelah guru menerangkan pokok pengajaran dan pelajar sudah jelas mengulangi beberapa kali (Talaqqi Musyafahah), maka pelajar disuru...

Belajar Mengaji Secara Online

Boleh kah belajar mengaji secara online ? Persoalan ini kalau dilihat mesti dari golongan orang2 dewasa punya pertanyaan.  Jawapannya boleh takde salahnya..cumanya tidak lah sesempurna orang yang berlajar secara berdepan (beguru) sebab dalam mengaji alquran sebutan dan tajwid diutamakan. Bagi yang nak belajar atau sedang belajar secara online anggaplah itu satu dorongan dari Allah untuk terus belajar mengenal dan melazimi ayat2 Quran. Sekiranya jujur dan ikhlas pasti akan di bukakan jalan untuk bertemu guru untuk mengajar. Dalam pembelajaran online seharusnya dapat melancarkan bacaan dan menghayati bacaan. Jadi jika itu yang kita mampu teruskan. Untuk anak-anak belajar secara online ini satu cara / kaedah terbaik bagi memupuk minat belajar Iqra, banyak sudah kita lihat interaktif dalam menarik minat belajar pada anak-anak. Mudah-mudahan minat mengaji dapat di semat dan di pupuk dalam jiwa kita. InsyaAllah.

Doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya

Doa Pendinding & Penggerak sangat wajar diamalkan di zaman ini.  Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut; Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;   Ayat Penggerak  Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut; Tidak Beruntung, Menanggung Rugi Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal Berbahaya Melarat, Bertambah Payah Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan; Beruntung, Tidak Menanggung Ru...