Langkau ke kandungan utama

Pengalaman aku mengajar Iqra


Saya ada le sikit-sikit mengajar Iqra' ni, macam yang saya cite lepas-lepas tu. Tolong Mak saya mengajar budak-budak mengaji. Yang saya peratikan budak-budak yang tak tahu dari mula mengaji lagi senang ajar dari budak yang boleh baca merangkak-rangkak tanpa kaedah Iqra.

Pengalaman 1

Boleh baca tapi merangkak-rangkak, bacaan banyak tak betul..kebiasaan kes yang macam ni dulu mengaji kat orang lain tapi tiada siapa yang nak tegur salah atau betul

Anak-anak yang boleh baca tapi merangkak-rangkak (biasa dah naik quran ni, kes asal boleh baca sikit-sikit terus ubah tak boleh macam ni) tanpa tahu panjang, pendek dan tak kenal mad, payah nak ajar balik..sebab anak-anak ni dah sebati dengan bacaan yang salah. Jadi kita nak betulkan balik dah payah. Maklum le dalam Quran ni ayat dah mula bercantum berbanding dengan Iqra..Iqra ada step by step.

Jadi kalau kena kes macam ni nak tak nak kena turun balik Iqra. Terpaksa. Sebab nak kenal kan balik huruf-huruf mad dan bacaan yang panjang pendek. Tak pe le...ambik le masa sampai dia paham..bila dah paham terus ke Quran balik..tapi kebiasaannya ambik masa juge. hehehe

Berbanding dengan anak-anak yang tak tahu mengaji..ini senang..cuma follow step aje. Yang penting kita yang mengajar kena Sabar.

Pengalaman 2

hari ni ingat esok dah lupa..

Hari ni baca ok, memang tip top..esok dah tak ingat. Kes macam ni yang saya perasan anak yang tak cukup rehat, atau senang cakap siangnye banyak main. Jadi dalam fikiran dia ingat apa yang dia main petang tadi.

Kalau kes yang macam ni, kita yang mengajar kena banyak puji waktu tu..kalau dia baca betul..hah puji dia..nanti di kembang semangkuk.

Pengalaman 3

Sekali tidur daaa....

Ada sesetengah anak ni..kepala memang pandang Iqra' kita ingatkan dia membaca bila kita tenguk betul-betul..laaa, sekali tidurrr daaa...

Kalau kena kes macam ni ambik rotan..rotan Iqra' dia, "..pappppp..." hah terkejut beruk le dia nanti. Lepas tu baru segar..hehehhe

Pengalaman 4

...dah tak tahannnn...

Kes yang macam ni memang biasa berlaku, kalau tengok ada anak-anak yang gelisah aje kan...perhatikan dulu, agak-agak dia dah tak tahan..hah cakap "nak buang air pegi tandas..." hah laju je...keh keh keh..biasa berlaku tau..

Pengalaman 5

...kejap-kejap pandang kita..

Kes ni kadang saya pelik juge...dia baca pastu pandang kita, baca sikit pandang kita...puas saya fikir apa hal budak ni...last saya tanya pada mak pasal budak tu..mak cakap budak tu dia ada takut skit..OOOoooo..takut rupanya, mana tak nye kan budak kalau dia tengok rotan memang kecut perut..

Kalau kes macam ni kita kena lembut skit..bukan auuuwww daa..pujuk dia kata bagus, pandai..ni pon akan kembang..senang nak ajar..

Pengalaman 6

...tersengguk-sengguk..

Ini kes mengantuk le ni..siang dah puas main, lari sana lari sini..bila mengaji dah macam ayam patuk makanan aje..kalau kena gaya ni rotan amat memerlukan, hah apa lagi.."...piappp.." (pukul lantai aje). tapi ada sesetengah tu saya suh budak-budak ni pegi basuh muka. bukan apa kadang kesian ada...lawak pon ada.

Ulasan

Artikel yang ramai baca

Islam MeLarang Ibu Bapa Mencaci / Menyumpah Anak - PART 1 - ( UPDATED 30-1-2020 )

disini -  PART 2  Sering kita mendengar dalam kehidupan seharian, seorang yang bergelar ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan atau kesalahan yang dilakukan.  Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan kata kotor atau pun doa yang tidak baik sehingga ia menjadi kebiasaan.  Memang tugas sebagai seorang ibu di rumah mempunyai tugas yang sangat berat, ibu yang tidak berkerja akan mempunyai kerja yang tidak terbatas berbanding bekerja di pejabat selama enam hingga lapan jam.  Ibu yang memiliki anak akan menjaga mereka sehingga 24 jam, itu belum lagi tugasan lain seperti melayani suami, memasak, mengurus rumah, menggosok pakaian dan sebagainya. Tentu ibu yang sebegini perlu menyelesaikan tugas itu bersendirian dan biasanya apabila si ibu ini berada di dalam keletihan di tambah pula dengan kerenah anak sudah pasti si ibu ini tidak dapat mengawal emosinya.  Maka keluarlah cercaan, cacian, makian, laknat dan sumpah yan...

Buku Iqra

CIRI-CIRI DAN 10 SIFAT KAEDAH IQRA' salah satu cover buku iqra..ada yang warna hitam (1-6) ada yang asing2 1-6 1. Bacaan Terus (Tanpa Analisa dan Dieja) Pelajar tidak diperkenalkan terlebih dahulu kepada nama-nama huruf hijaiyah dan tanda-tanda bacaan. Mereka terus diperkenalkan bunyi satu-satu huruf dengan menggunakan bahan pengajaran. 2. Penggunaan Teks Tertentu Pengajaran dan pembelajaran menggunakan satu set buku yang mengandungi 6 naskhah. Pelajar menggunakan mengikut tahap-tahap masing-masing, bermula dari buku pertama. Disusun secara berjilid, dengan kulit buku berwarna-warni yang harmoni sehingga menarik minat pelajar untuk saling berlumba dalam mencapai warna-warni 6 jilid itu. Ianya juga untuk tidak menimbulkan rasa jemu. 3. Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif (CBMA) Yang belajar adalah murid, bukan guru-gurunya, jadi setelah guru menerangkan pokok pengajaran dan pelajar sudah jelas mengulangi beberapa kali (Talaqqi Musyafahah), maka pelajar disuru...

Belajar Mengaji Secara Online

Boleh kah belajar mengaji secara online ? Persoalan ini kalau dilihat mesti dari golongan orang2 dewasa punya pertanyaan.  Jawapannya boleh takde salahnya..cumanya tidak lah sesempurna orang yang berlajar secara berdepan (beguru) sebab dalam mengaji alquran sebutan dan tajwid diutamakan. Bagi yang nak belajar atau sedang belajar secara online anggaplah itu satu dorongan dari Allah untuk terus belajar mengenal dan melazimi ayat2 Quran. Sekiranya jujur dan ikhlas pasti akan di bukakan jalan untuk bertemu guru untuk mengajar. Dalam pembelajaran online seharusnya dapat melancarkan bacaan dan menghayati bacaan. Jadi jika itu yang kita mampu teruskan. Untuk anak-anak belajar secara online ini satu cara / kaedah terbaik bagi memupuk minat belajar Iqra, banyak sudah kita lihat interaktif dalam menarik minat belajar pada anak-anak. Mudah-mudahan minat mengaji dapat di semat dan di pupuk dalam jiwa kita. InsyaAllah.

Ziarah Makam di Masjid Kg Hulu Melaka

Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Gambar dari internet Dibina dalam tahun 1728, Masjid Kampung Hulu di Melaka adalah masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal.  Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga kaum Cina. Pemerintah Belanda telah menugaskan Kapitan untuk mengetuai penduduk tempatan dalam pembinaan tempat ibadat mereka, Dato' Samsuddin Bin Arom, seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam, [ditugaskan pemerintah Belanda untuk membina Masjid Kampung Hulu.  Binaan asal kemudiannya diperbaiki oleh Sheikh Al Omar bin Hussain Al-Attas. Beduk ini terletak di bahagian atas pintu masuk Masjid. Masjid ini mempunyai bumbung berlapis 3, dengan bentuk seakan-akan piramid.  ...

Doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya

Doa Pendinding & Penggerak sangat wajar diamalkan di zaman ini.  Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut; Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;   Ayat Penggerak  Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut; Tidak Beruntung, Menanggung Rugi Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal Berbahaya Melarat, Bertambah Payah Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan; Beruntung, Tidak Menanggung Ru...